Khamis, 20hb Julai. 2 hari sebelum kejadian. Aku gi ambil sendiri baju dan bib. Tak rancang pun nak ambil sendiri. Tetapi disebabkan aku mendaftar manual je, aku tak dapat slip apa-apa pun. Yang ada hanya confirmation email sahaja. Tak yakin pulak nak minta orang lain ambilkan takut tak dapat. Jadi tengahari tu kebetulan ada masa terluang jadi jam 12:30 dah bersiap nak gi Pekan. Tapi ntah macam mana ada hal pulak, sampai-sampai dah jam 2 petang di Pekan. Nasib baik tak ramai orang. Dalam masa 10 minit dah dapat baju, tapi terlupa pulak ambil pin yang ada atas meja tu. Kejar masa punya pasal.
Baju Larian, memang diorang suka warna terang kut |
22hb Julai 2017. Sabtu. Hari kejadian. Jam 4.30 dah bangun nak bersiap-siap. Memang rasa mengatuk sangat sebab tak boleh nak tidur. Bukan sebab gabra tapi bila set nak bangun awal ni takut tak terbangun pulak. Lepas mandi dan minum oat sikit jam 5.20 pagi baru bertolak. Sampai Pekan dah dekat 6 pagi. Solat subuh di tempat parking kereta jer. Ada ramai jugak yang tumpang solat di situ jadi tak rasa kekok la nak solat. Sejadah dah siap awal-awal dalam kereta.
Sebelum Flag Off |
Sempat buat warm-up sikit sambil cari Botak. Tapi tak nampak pulak mana dia pergi. Di tempat flag off baru jumpa.
Tepat jam 6.20 pagi, flag off (nasib baik takde senamrobik). Pergh.... semuanya lari laju masa ni. Aku yang biasa lari perlahan ni memang terikut-ikut sikit dengan pace diorang tapi baru sampai 500m aku tak larat nak ikut lagipun takut pancit awal. Sampai km ke-2 aku dah jadi antara yang di belakang. Memang masa ni rasa down jugak sebab kena tinggal sampai satu tahap kaki aku sakit rasa macam nak krem. Baru 2km dah rasa nak krem, memang mental betul. Tapi aku terus juga lari walaupun perlahan. 'Pace' masih di bawah 10 min/km lagi. Agak seksa juga lari bila rasa kaki sakit dan mental pulak tengah down. Masa ni rasa bernasib baik sebab biasa buat 3km dan 6km masa latihan jadi walaupun mental dah down tapi badan masih boleh nak maintain slow jog lagi.
Tepat jam 6.20 pagi, flag off (nasib baik takde senamrobik). Pergh.... semuanya lari laju masa ni. Aku yang biasa lari perlahan ni memang terikut-ikut sikit dengan pace diorang tapi baru sampai 500m aku tak larat nak ikut lagipun takut pancit awal. Sampai km ke-2 aku dah jadi antara yang di belakang. Memang masa ni rasa down jugak sebab kena tinggal sampai satu tahap kaki aku sakit rasa macam nak krem. Baru 2km dah rasa nak krem, memang mental betul. Tapi aku terus juga lari walaupun perlahan. 'Pace' masih di bawah 10 min/km lagi. Agak seksa juga lari bila rasa kaki sakit dan mental pulak tengah down. Masa ni rasa bernasib baik sebab biasa buat 3km dan 6km masa latihan jadi walaupun mental dah down tapi badan masih boleh nak maintain slow jog lagi.
Peta Larian |
Sampai km ke-13, kena buat u-turn. Masa ni kalau ikut plan aku nak jalan saja sebab dah capai target 13km bawah 2 jam. Tapi rasa rugi pulak. Lagipun bila aku berhenti sahaja kaki rasa sakit. Jadi aku gagahkan diri lari perlahan dari 1km ke 1km lain sehingga lepas tahap 17km. Setiap water station aku akan berhenti untuk minum air. Takut dehydration, maklumlah tak pernah masuk event 21km ni.
Masa larian |
Selfie pertama masa lari |
Last Water Station |
Di Water Station terakhir ni aku saja nak selfie kenangan. Lepas habis lari baru perasan dalam gambar ada pasangan Rashidi-Vanida Imran. Aku sebenarnya tak perasan langsung ada diorang ni sebab memang fokus nak habis lari jer. Nampak jugak ada orang tahan nak selfie dengan diorang tapi memang aku tak cam langsung sebab sepanjang masa diorang ada di belakang. Dah jalan-jalan santai ni pun masih tak perasan lagi. Mula dari sini mereka dapat pintas aku dan terus menghabiskan larian. Aku mula tahu pun lepas ada runner yang sama-sama jalan santai beborak pasal artis yang lari bersama. Lepas dia tunjuk kat depan tu Rashidi, barulah aku tahu. Melepas nak berselfie... Nak kejar memang dah tak larat dah. Padahal masa di depan pintu masuk istana ada nampak diorang berselfie tapi masa tu diorang kat belakang, tak larat nak pusing.
Last 1km |
Nasib baik juga aku banyak bergambar kali ni sebab jurugambar yang terpilih tak memilih aku untuk bergambar untuk kali ini. Tahun lepas ada jugak 2-3 keping. Kali ini langsung takde. Sebab masa sampai di garisan penamat, Dato' Sri Najib dah sampai jadi semua jurugambar dah berlari ke pentas. Ceh.....
Habis pun |
Last 1km ingat ke nak lari tapi tak dapat dah. Jadi berjalan sajalah. Akhirnya habis dengan cacatan masa 3 jam 10 minit. Orang yang ke 151, kat belakang aku ada 10-15 orang je lagi. Ramai yang aku pintas masa mula-mula tu dapat kejar aku masa 3km terakhir tu. Jadilah..... lepas ni kena berlatih lebih sikit.
Larian tak konsisten |
Sedih bila Endomondo dan Strava terpadam masa larian. Endomondo terpadam semasa u-turn di 13km, Strava pulak terus terpadam. Nasib baik Mi Fit masih maintain.
Keputusan rasmi yang tak memberangsangkan |
Tak tipu, betul diorang ada |
Kesimpulannya, nak lari 21km ni bukan boleh latihan sekali jer. Mungkin 2 bulan sebelum dah mula buat setiap minggu larian penuh. Makan pun kena jaga jugak. Kalau ikut pace aku ni memang dah masuk kategori berjalan dah. Untuk masuk Full Marathon kemungkinan ambil masa lagi 2-3 tahun kalau ikut disiplin aku sekarang. Memang tahun ni aku kurang senaman. Bodyweight pun ketinggalan sekarang. Harap-harap dengan 21km ni naik balik semangat.
#udapekanbridgerun2017
#21km
#road2marathon
#larianpaceartist
#larianpaceartist