Sudah lama tak masuk apa-apa running event. Terakhir sekali larian Sarapan Pagi Milo. Itupun hanya santai-santai sahaja dengan anak-anak. Bila Uda umum nak buat sekali lagi Uda Pekan Bridge Run, terasa berminat pulak nak masuk. Kalau tahun lepas masuk acara 10km, kali ini nak cuba untuk 21km, Half-Marathon.
Kali terakhir buat larian jarak jauh ini adalah semasa kelas akhir dengan Allison Yee pada Februari lepas. Larian dari Sukpa - Kota SAS - IIUM - Sukpa. Yang lain buat Sukpa - Kota SAS - Sukpa tetapi disebabkan aku buat u-turn awal untuk solat subuh, aku buat tambahan lari dalam IIUM sebelum ke Sukpa semula. Larian biasa saja dengan 'pace' yang perlahan dan merupakan cubaan kedua aku belari melebihi 10km. Yang pertama tahun lepas, tapi lutut rasa sakit seminggu. Terus tak cuba dah sampai kelas Allison Yee tu. Jadi bila aku daftar untuk larian 21km Uda ni, aku sebenarnya memang tak fikir panjang pun. Terus nekad nak daftar. Pagi tu dalam group Whatsapp Freeletics Pahang ada sebut Uda buka kaunter pendaftaran di Widad UC, jadi tengahari tu aku terus daftar. Memang tak fikir apa-apa dah. Nak lari tu belakang kira.
Larian Februari lepas |
Kemudian tak fikir dah pasal Uda Pekan Bridge Run ni. Sampailah minggu lepas baru mula latihan. Latihan biasa sahaja, lari 3km dan 6km di sekeliling kawasan perumahan. Seminggu dalam 2-3 kali sahaja. Tetapi terfikir jugak dengan 3km dan 6km ni boleh ke nak habiskan 21km nanti? Lagipun mengikut kata Habib, kena buat latihan 80% dari jarak larian. Benda yang tak pernah buat, mana boleh nak bantai lari macam tu jer. Jadi pada 15 Julai, aku cuba nak lari lebih daripada 15km.
Pagi-pagi dah bangun. Jam 6.20 pagi aku mula lari. Larian solo sahaja sebab 'pace' aku tak sama dengan orang lain, teramat perlahan. Boleh masuk kategori orang berjalan. Takut buat orang tak puas hati pulak kena menunggu. Jadi berlarilah aku sorang-sorang di pagi hari yang gelap dan sejuk dari Sukpa ke Kota SAS.
Mula-mula memang okay jer sebab baru mula dan banyak menurun bukit. Jadi dapat kekal 'pace' bawah 8 minit/km. Tetapi habis sahaja turun bukit terus jatuh bawah 9 minit/km. Sampai penghujung jalan aku berehat sebentar dan buat u-turn pusing balik. Masa ni baru lepas naik bukit yang landai. Landai-landai pun penat juga bila dah lari jauh. Jadi larian balik ni aku banyak berhenti-henti. Berlari sikit lepas tu jalan, berlari lagi..jalan sampailah dalam 200m selepas daripada pondok pengawal, terus aku jalan saja. Pergh... tengok gaya macam tak percaya nak buat 21km. Baru 12km aku dah penat. Memang penat, jari kaki pun mula melecet. Jadi aku plan dengan keadaan sekarang ni untuk 21km nanti kalau sampai 12-13 km nak jalan sahaja yang selebihnya. Harap-haraplah tak sampai 'cut-of-time'.

Sampai kemuncak bukit, baru boleh lari sikit-sikit sampai lari satu pusingan di Taman Bandar dan balik ke Sukpa. Habis jugak larian percubaan ni. Jumlah jarak larian 17.71km. Kena lari lebih kurang lagi 3km untuk 21km. Oklah tu....
Kalau tengok daripada larian percubaan ini, aku rasa tak yakin nak habiskan 21km sebab terasa penat sangat masa lari. Jari kaki pun melecet-lecet. Jadi memang rasa kurang yakin nak lari untuk Uda Pekan Bridge Run nanti. Tetapi sebab dah daftar, memang kena jugak la lari.
Semasa larian percubaan ini, aku bawak 2 phone. Satu Mi Max dan satu lagi phone Yes. Disebabkan Mi Max ni besar dan berat, aku nak cuba guna phone Yes yang lebih kecil dan ringan semasa larian 21km nanti. Mi Max aku buka Mi Fit dan Endomondo dan Yes tu aku buka Strava. Ikut bacaan Strava aku dah lari 21.1km dan ikut Mi Fit dan Endomondo aku dah lari baru 17km. Jadi disebabkan tu tak jadi nak bawak phone Yes. Bacaan GPS jauh berbeza dengan jarak sebenar.
Pagi-pagi jalan lengang |

Bacaan Strava 21.1 km |
Bacaan Mi Fit 17.25 km |
Semasa larian percubaan ini, aku bawak 2 phone. Satu Mi Max dan satu lagi phone Yes. Disebabkan Mi Max ni besar dan berat, aku nak cuba guna phone Yes yang lebih kecil dan ringan semasa larian 21km nanti. Mi Max aku buka Mi Fit dan Endomondo dan Yes tu aku buka Strava. Ikut bacaan Strava aku dah lari 21.1km dan ikut Mi Fit dan Endomondo aku dah lari baru 17km. Jadi disebabkan tu tak jadi nak bawak phone Yes. Bacaan GPS jauh berbeza dengan jarak sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan