Baru-baru ini aku terjumpa satu journal berkenaan perbezaan antara Rasm Uthamani dan Rasm yang lain. Boleh lihat di laman ini Mushaf Imla’i dan Implikasinya dalam Pembacaan Al-Quran. Jadi teringat pula Muqaddam.
Muqaddam
Muka depan Muqaddam |
Masa kecik-kecik dulu aku mula belajar al-Quran dengan Muqaddam. Bermula dengan kenal huruf Alif, Ba, Ta sehingga dapat baca surah-surah lazim. Muqaddam ni kecik jer jadi ada yang panggil Muqaddam ni Quran Kecik dan Quran biasa tu Quran Besar.
Muqaddam ni nipis saje tapi tulisan dalamnya tebal-tebal dan rapat. Dari mula aku mengaji sampai la aku khatam Quran Besar memang mengaji dengan tulisan macam tu. Masa tu memang aku tak tahu pun Quran yang aku baca ni ikut Mushaf Majeed.
Contoh muka dalam |
Masa mengaji tu, guru yang mengajar lebih tekankan kaedah meniru bacaan. Mula dengan mendengar bacaan guru, lepas tu aku ikut. Bila dah lancar guru akan dengar dan betulkan saja. Jadi masa mengaji ni banyak tajwid selain hukum panjang pendek aku main langgar je ikut apa yang aku ingat. Mujurlah di sekolah petang ustazah ada terangkan tentang tajwid. Jadi tahulah sedikit tajwid dengan sebutan yang betul. Tapi Mushaf Majeed ini tidak ada tanda khusus untuk tajwid seperti Mushaf Uthmani. Memang perlu ingat huruf-huruf izhar dan hukum lain.
Mushaf Uthmani
Masa tu kalau gi mana-mana masjid memang masih pakai Rasm Majeed ni. Jadi sepanjang aku mengaji tu memang pakai Quran Mushaf Majeed.
Aku tak ingat bila bermula aku baca Mushaf Uthmani ni. Tetapi yang pastinya bila masuk sekolah menengah memang dah mula guna Mushaf Uthmani ni. Naskah Quran Mushaf Uthmani yang aku guna disekolah terdapat nota tanda-tanda tajwid di halaman belakang. Jadi aku belajar sendiri tanda-tanda ini. Dengan panduan dari ustaz-ustaz, memang lebih mudah baca dengan Mushaf Uthmani lebih-lebih lagi dengan tulisan yang jelas dan terdapat tanda tajwid. Tetapi akibat dari belajar sendiri-sendiri ini, ada juga tanda-tanda yang tidak terdapat dalam nota halaman belakang itu yang aku tidak mahir. Lebih-lebih lagi dari segi sebutan.
Aku tak ingat bila bermula aku baca Mushaf Uthmani ni. Tetapi yang pastinya bila masuk sekolah menengah memang dah mula guna Mushaf Uthmani ni. Naskah Quran Mushaf Uthmani yang aku guna disekolah terdapat nota tanda-tanda tajwid di halaman belakang. Jadi aku belajar sendiri tanda-tanda ini. Dengan panduan dari ustaz-ustaz, memang lebih mudah baca dengan Mushaf Uthmani lebih-lebih lagi dengan tulisan yang jelas dan terdapat tanda tajwid. Tetapi akibat dari belajar sendiri-sendiri ini, ada juga tanda-tanda yang tidak terdapat dalam nota halaman belakang itu yang aku tidak mahir. Lebih-lebih lagi dari segi sebutan.
Dalam Mushaf Majeed, semua kalimah Allah ditulis sama sahaja dan bagi aku ketika itu baca ikut yang mana aku rasa betul. Kebetulan pula bila bertalaqi dengan ustaz, tidak ada pula dibetulkan jadi aku tak pernah perasan yang ada perbezaan sebutan ini.
Tiada hamzah wasal |
Selain itu masalah dengan hamzah wasal. Di Mushaf Majeed, tiada hamzah wasal ini. Jadi bila dipermulaan ayat tidak berlaku masalah nak tahu baca baris atas, bawah atau hadapan sebab memang dah ada tanda baris atas. Contohnya seperti dalam surah al-Fatihah di atas. Jadi semasa mula-mula belajar baca dengan Mushaf Uthmani ni, memang semua tanda hamzah wasal saya baca baris atas.
Seingat saya, saya tidak menghadapi masalah membaca ketika menggunakan Mushaf Majeed ni walaupun tidak ada tanda tajwid khusus. Jadi kenapa perlu tukar ke Mushaf Uthmani?
salam.,
BalasPadambyk kesalahan dlm quran majeed tu kann., tapi sbb dh biasa baca dari kecik.,
Bukan kesalahan tapi cara baca lain.
Padamtp rasanya utk diri sy seorglh (org lain, sy x taulah bgaimana)..lg mudah baca quran ikut quran mushaf majeed ni...xtaulh sbb apa, mungkin sbb dh terbiasa dr kecik dulu...dan spjg mengaji dulu x ada berlaku kesalahan tajweed psl guru yg mengajar ckup berhati2...kebanyakan murid2 beliau bila khatam je quran dah blh jd guru quran..seingat sy...rata2 wakil hafazan dan tarannum sekolah sekitar tmpt sy mengaji dulu adalah anak murid beliau....ngaji dmulai kenal hruf dan baris, kmudian mengeja dr 1 prkataan ke 1 perkataan...lg susah masa tu mengeja pun dlm bahasa arab...contohnya..alif lam fathah AL...ha mim fathah HAM...dal dhommah DU..lam lam tasydid kasrah LILL...lam fathah LA...ha kasrah HI....bgitulah ....
BalasPadamKalau diingatkan semula memang ada beberapa perkara yang memudahkan penggunaan mushaf majeed. Contoh macam hamzah wasal. Kalau dalam mushaf majeed, dah ditandakan terus baris atas, bawah atau harapan. Sama juga bila tanwin bertemu hamzah wasal, sudah diletakkan nun kecil di bawah.
PadamMana bukti yg quran wahabi itu adalah resm uthmani?
BalasPadamSesiapa yg xikut telunjuk mereka, tidak akn ditambah kuota hj..
di Masjid Nabawi Madinah, terdapat Alquran uthmani (kulit hijau) dan Alquran majeed (kulit hitam). Jika yg Majeed ini salah dan berdosa, mengapa kerajaan Saudi membenarkannya di masjid yg suci itu?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAlhamdulillah
BalasPadamSemoga semua terus membaca al Quran
Saya dulu belajo majeed
Sekarang baca suruh anak2 check..
Dari kecil rasm majeed,tetiba ada hamzah wasl.
BalasPadamBoleh tau sejarah hamzah wasl.