Baru-baru ini aku nak 'renovate' rumah baru. Separuh ruang letak kereta dijadikan ruang tamu baru. Jadi meter elektrik yang sebelum ini berada dipintu masuk utama dah terletak di dalam rumah pula. Oleh sebab nak alihkan meter ini melibatkan wayar hidup, terpaksalah aku mencari tukang wayar untuk alihkan. Dah alang-alang tu, aku tanya juga upah untuk pendawaian lain.
Upah pendawaian
Harga
|
Nota
|
|
---|---|---|
Power Point | RM80 to RM100 setiap punca (harga tanam wayar) |
Setiap tambahan punca perlu bayar RM10 to RM15 |
Pemanas air | RM120-RM150 | Tidak termasuk upah pasang |
Pendingin hawa | RM200-RM400 | |
Pendawaian baru Lampu | RM40 | Upah pasang RM10. |
Pendawaian baru Kipas | RM40-RM50 | Upah pasang RM20 |
Alih meter (wayar hidup) | RM250-RM400 |
Harga ini aku dapat dari 2-3 orang wireman.
Okaylah.. tu cerita bab alihkan meter letrik. Kosnya macam tulah kalau nak upah orang. Tapi kali ini aku nak tulis untuk DIY pendawaian rumah sendiri. Sebab nak jimat kos, aku pilih untuk buat pendawaian sendiri. Sebab pernah buat wiring sendiri di rumah, jadi aku nak cuba buat wiring seluruh rumah pula. Bab meter tu takde pengalaman lagi, jadi memang kena upah orang.
Tapi yang aku terangkan ini hanya yang basic sahaja. Nak tahu lanjut, kenalah belajar lebih lagi. Kadang-kadang aku pun lupa, jadi apa yang ditulis ini hanya rujukan aku saja.
Tapi yang aku terangkan ini hanya yang basic sahaja. Nak tahu lanjut, kenalah belajar lebih lagi. Kadang-kadang aku pun lupa, jadi apa yang ditulis ini hanya rujukan aku saja.
Suis utama
Perkara pertama kena tahu wiring rumah ini adalah suis utama. Di papan suis utama ini beberapa benda yang perlu tahu:
Pengasing litar (Molded Case Circuit Breaker - MCCB)
Yang paling penting. Fungsinya untuk memutuskan bekalan eletrik. Nak ke kerja dalam keadaan wayar sentiasa ada arus. Silap-silap terkena renjatan elektrik. Jadi sebelum nak buat wiring, tutup suis ini dahulu.
Pemutus litar arus baki (RCB/RCCB)
Pemutus litar kenit (MCB)
Sama fungsi dengan MCCB tetapi pada kadaran yang lebih kecil. MCB ini yang akan disambungkan ke lampu-lampu, kipas-kipsa dan alatan letrik yang lain.
Jenis Litar
|
Unit
|
Saiz Kabel
(mm2) |
Nilai MCB
(Ampere)
|
---|---|---|---|
Litar Lampur/Kipas |
13
|
1.5
|
6
|
Penghawa Dingin dengan suis |
1
|
4
|
20
|
Pemanas Air dengan Suis |
1
|
4
|
20
|
Soket alir keluar 13A (Jejari) |
2
|
2.5
|
20
|
Soket alir keluar 13A (Jejari) |
4
|
4
|
32
|
Soket alir keluar 13A (Gelang) |
6
|
2.5/4
|
32
|
Jadual kesesuaian sais wayar dan jumlah bebanan
Kabel
Kebiasaannya di rumah hanya pakai kabel 1.5 mm dan 2.5 mm kecuali untuk penghawa dingin dan pemanas air. Jadi kalau untuk pendawaian di rumah, lebih baik beli 3 gulung wayar 1.5 mm dan 3 gulung 2.5 mm. Kenapa 3 gulung? Sebabnya untuk wayar Hidup (Live), Neutral dan Bumi (Earth).
Sais (mm)
|
Kesesuaian
|
---|---|
1.5 | Lampu, kipas |
2.5 | Power point |
4 | Peralatan yang menggunakan elektrik lebih seperti pendingin hawa dan pemanas air. |
Jadual saiz wayar dan kesesuaian
Wayar
|
Warna
|
---|---|
Bumi (E) | Hijau |
Neutral (N) | Hitam |
Hidup (L) | Merah |
Jadual warna wayar
Kebiasaanya warna hijau digunakan untuk wayar Bumi dan Hitam untuk Neutral. Kadang-kadang ada yang gunakan warna Putih untuk neutral. Warna merah pula untuk wayar hidup dari MCCB. Warna-warna lain seperi Biru dan Kuning digunakan untuk wayar dari kotak suis.
Sais
|
Harga
|
---|---|
1.5 mm | RM30-RM40 |
2.5 mm | RM50-RM60 |
Harga wayar dengan kelulusan SIRIM
Berhenti sini dulu, naik aku terangkan bagaimana aku buat wiring untuk rumah aku.
slm boleh tlg buat wiring tak?
BalasPadamMaaf, tiada kelulusan nak buat untuk orang lain.. Untuk diri sendiri boleh la..
PadamElakkan guna c32,c16 cukup, maksima c20 ,untuk soket rumah, 1 aircond kalau 1 hp pun brapa ampere saja, yang pasti tidak melebihi 5 ampere, kebanyakan contaktor nak untung banyak pakai c32 looping sampai 10 plug atau keatas ,wayar 2.5 mm, tu yang Sy selalu tngk, water heater memang besar ampere pkai, yg biasa punya 1 water heater pun dh berbelas ampere sekali on
Padamtq bos korang2 membalas, lagi satu nak tanya aper jenis amphere -volts suiz ---three pin plug, three pin socket perlu di beli atau berape unit yg di perlukan.suiz ke water heater ..jawapan tuan amat di hargai terima kaseh
Padamhi...tunjuk laa rajah wiring kotak fius db..
BalasPadamBolehlah belajar utk wiring rumah sendiri tujuan utk jimatkan kos.
BalasPadamKalau ada 3 wayar yg keluar, putih, hitam & hijau....yg putih tu wayar hidup. Nak lebih pasti guna test pen, lampu test pen akan menyala bila bersentuhan dgn wayar hidup
BalasPadamBerapa saiz biasa main suis dan rccb
BalasPadamSingle phase 60a atau 40a
PadamKalau 1 MCB 20 untuk 3 unit aircon boleh x
BalasPadamKebiasaan aircond 2HP menggunakan 15mA, jadi satu mcb c20 digunakan untuk 1 air cond. Jadi memang tak sesuai kalau gunakan untuk 3.
PadamKalau dari meter ke MCCB wayar saiz berapa yang sesuai
BalasPadamMeter ke db box bgus pkai 16mm,10 boleh juga, tapi sy recomment pakai 16
PadamKalau nk buat tambahan plug point saiz wayar brape 2.5mm k?? Lepastu adakah kene tarik k DB ataw sambung dri socket utama(asal) yg sedia ada
BalasPadamYe betul wayar saiz 2.5mm..kalau plug soket yg nak dibuat tu dkt dgn DB elok tarik dr DB je..kalo nk buat dkat dgn yg dh sedia ada tu, bole je tarik (looping) dr situ..wayar pn x byk guna..hehehe
PadamBiasanya 16m Dari meter, kalau sub dB baik 16m atau 10m
BalasPadamBoleh check dgn testpen Ada api takwayar putih tu, kalau tgk susunan colour wayar tu memang wayar api.
BalasPadamWyar putih biasanye wayar api@life dri suis ke lmpu atau kipas,jika on suis bru wayar putih tu ada api..
BalasPadamBoleh ka pakai wayar 2.5mm utk lampu?
BalasPadamBoleh ja bos, kalau bajet berlebihan. Tapi biasanya untuk litar lampu dan kipas, wayar 1.5mm dah cukup. Wayar 2.5mm biasanya hanya untuk kegunaan switch socket outlet.
Padamhallo boss..kalo lampu kipas pakei 2.5boleh? tq
BalasPadamKalau wayar untuk tanam saiz 0.4mm okkah
BalasPadamMaksud kmu earthing kh? Bgus jgn lh, earthing minima pkai 10 ,kebanyakan contraktor bg 2.5 mm saja untuk earthing
PadamSalam bos.. Tumpang tanya.. Sy nak tmbah 1 MCB khas utk 1 bilik.. Utk kegunaan lampu, kipas dan plug di bilik tersebut.. Apa saiz wayar yg sesuai dgunakan? MCB ke bilik guna 2.5mm dan utk ke brg elektrik guna 1.5mm..sesuai ke bos?
BalasPadamtake note;-
Padamcable size 2.5mm2 utuk power point.
cable size 1.5mm2 utuk lampu, kipas.
Litar lampu dan kipas boleh kongsi mcb. Seeloknya jgn kongsi litar kipas/lampu dgn litar soket/plug.
PadamKalau 1 bilik, u Kena pkai 1 c16 untuk soket, dan 1 c6 untuk litar lampu
Padamsalam bos, kalau saya nk buat wiring ke bilik besar dlmnya nk pasang 1 kipas siling,3 lampu,3 plug soket utk mesin basuh skali nak kena buat MCB khas baru dkt DB ke utk bilik tu? atau blh loop je?. DB saya ada MCB c20 tiga, c16 satu, c6 satu utk satu rumah.
BalasPadamBerapa banyak peralatan elektrik yang akan dipakai serentak? Tengok juga jenis litar. Selari atau gelang. Tapi untuk selamat, kurangkan soket 6 untuk satu MCB. Kalau untuk lampu dan kipas, bawah dari 10 untuk selamat. Tapi macam saya, setiap bilik saya guna satu MCB.
PadamBos nak tanya.. Wayar tiang elektrik blh sambung dengan wayar 2.5 tak
BalasPadamMaaf, diluar bidang. Tapi wayar dari tiang lektrik ke biasaannya guna wayar khas lebih daripada 2.5mm. Sedangkan wayar untuk water heater pun guna wayar 4mm.
Padamselamat petang bosku..nak minta kepastian dan pandangan . boleh tak wayar bumi dan wayar neutral kipas siling di bilik kasi join wayar bumi dan neutral lampu led di bilik itu juga.maksud saya di kasi sambung buat T tengah tu wayar lepas tu tutup balik guna wayar tape.?..apa pandangan kamu bosku?..
BalasPadamBiasa kalau nak tambah point, saya tak sambung terus. Kena buat loop jugak. Maksudnya potong wayar bumi dan neutral yang ada. Sekarang ada 2 bahagian wayar, kiri dan kanan. Kemudian kedua-dua bahagian wayar disambungkan dengan wayar dan disambungkan ke point tambahan. Satu wayar hidup ke suis.
PadamUntuk main switch & rccb brape nilai yang patut digunakan? Ade kira² ke?
BalasPadamSaya ada buat db box tambahan di dapur. Tarik dari db box asal d ruang tamu. Db box tambahan yu utk 8 soket dan 6 lampu, satu point ekon. Wireman tu guna kabel 6mm je, adakah ini selamat? Sebab saya tgk kabel dr meter ke dbbox asak 10mm. Minta pandangan sahabat2
BalasPadamslm bos nak tnya rumah saya pkai 2 mcb..mcb6 n mcb 16...tp plug kmbar2..soket plug xkembar 3..kdg2.cas henpon jd panas..sbb mmg semua pkai serentak..nak tnya boleh ke sy tukar mcb 16 tu ke mcb 20 ?
BalasPadamKalau ikut electrician yang datang ke rumah saya, dia biasa syor pakai mcb 20 untuk socket. Takde masalah untuk tukar ke dari mcb16 ke mcb 20. Tapi kalau jarak antara mcb tu jauh dan berlainan bilik, lebih baik asingkan ke mcb berlainan.
Padamsalam bos, kalau saya nk buat wiring tambah lampu. nak looping ambil dari point lampu sedia ada. Tapi, wayar neutral dan bumi dekat lampu sedia ada tu, dah pun ada 2 wayar (dah looping). boleh ke looping lagi untuk tambah lampu baru?
BalasPadamsalam.bos kalau pasang 1mcb20 untuk 7socket tujuan kegunaan tv,radio,chage phone..tak bahaya ke..
BalasPadamSalam Bo's, boleh Tak 1 mcb contoh c20 tarik 2 point berlainan? 1 mcb cucuk 2 wayar me 2 point berbeza, Tak looping dari point.
BalasPadamSalam bos mcm mana nk tau db box perlu tukar or tak perlu tukar yer...
BalasPadamLau nak pasang kipas siling baru kenak tarik wayar pergi main swis lagi ke? Atau boleh sambung dengan lampu?
BalasPadamBoleh tarik dari dari lampu saja. Satu wayar akan ke suis.
PadamHello bos..untuk pengetahuan bos..
BalasPadamKalau aircond nak kongsi point satu circuit...macam dua point untuk satu circuit...berapa amphere dia pakai bos?
Apa jadiya kalau pakai c32 untuk lampu dan kipas??
BalasPadamHello bos..kalau 2 biji aircond 1hp boleh guna mcb32 serentak ke?
BalasPadamKalau ikut kata electrician yang saya tanya baru-baru ini, kalau 1hp, tiada masalah.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKalau untuk lampu dan kipas, guna wayar 2.5 mm, ok juga ka?
BalasPadamBoleh saja.
Padamwayar 2.5mm brapa banyak boleh buat plug?
BalasPadamPlug bergantung bada suis di MCB, bukan wayar. Tapi arus tinggi kena guna eperti untuk air panas kena gunakan wayar yang tebal.
Padamwayar 2.5mm brapa banyak boleh buat plug?
BalasPadamKos sub db dari dpn ke dapur 25meter brp
BalasPadamsalam..tumpang tanya..berapakah saiz kabel yg sesuai untuk 1 unit aircond 2.0 hp dan berapakah mccb yg sesuai untuk aircn 2.0 hp tersebut
BalasPadam2.5mm kabel
Padam1hp c16 1 unit
2hp c20 1 unit
cable 2.5mm boleh support ekon hingga berapa hp
BalasPadamSalam.. saya nak pasang sub db di dapur. Berapa amp rccb yang sesuai jika dia main rccb 63 amp. Terima kasih
BalasPadamPakai 42amp pn blh.mcb pakai 20a,16a,6a utk lmpu n kipas.sya bt kt umah sya smua asing2.salin smua wire lma 1 umah.
PadamSoalan 1 : Point water heater dri pemaju rumah baru sudah ada tp kabel pendek,klu nk sambung ke kabel water heater boleh terus sambung wayar atau pakai connector tuk sambungan atau ada cara buat penyambungan kabel tersebut?
BalasPadamSoalan 2 : Kabel 4mm klu pakai plug 13A boleh ke ?
Assalam... nak tanya, boleh ke lampu guna mcb c20. Ada masalah tak..
BalasPadambolehke sy tukar mcb db box sy kpada c20 smua? skrg guna c20 2 dan c6 2 sya nk tkar yg c 6 tu kepada c 20 ?? blh x mohan bntu pencerahan ya tq..
BalasPadamBetul ke kalau guna wayar 4.0mm untuk aircond bole jimatkan electric
BalasPadamWayar putih tu wayar suis
BalasPadamslm tuan... nak tanya kalau nak tarik wire dari rumah ke kebun jarak 70 meter wire siaz apa perlu guna.. untuk guna water pump 2hp 1500 watt..
BalasPadamAssalamualaikum bos.. nak tanya boleh x kita looping Suiz lampu untuk tambah plug.....atau looping duizy plug untuk tambah lampu
BalasPadamAssalamualaikum shbt saya nk tyn klau mccb 63A elcb berapa pulak
BalasPadamAssalam tuan. Saya nk tukar regulator kipas siling. Tp wire yg ada di dinding ada 3. 2 putih, 1 hijau. Macamana cara nk sambung wire pada regulator baru. Tq
BalasPadamSambung aje dua wayar putih tu ke sambungan regulator iaitu satu input dan satu output. Terbalik pun tak apa. Yg hijau tu sambung ke body regulator jika bodynya besi. Kalau tak, tape aje hujungnya sebab takut tersentuh ke wayar live regulator dan boleh trip elcb.
PadamNak Tanya...Kalau pasang aircond 1.5hp Dan water heater...share mcb20 boleh tak...
BalasPadamTak boleh
PadamBoss tumpang tanya ada kalanya kabel neutral ada karen. Bahaya tak. Kalu pakai test pen boleh bagi bacaan 12 amp ke voltan kat kabel hidup live. Yg kabel neutral tu ada karen tak da bacaan amp ke voltan. So selamat ke wiring rumah sedia ada
BalasPadamSalam..
BalasPadam1.kalau kita guna wayar size 2.5 untuk neutral pergi ke lampu boleh x?
2.Boleh x kita tarik wayar neutral dari soket pergi ke terminal neutral lampu?
1) Boleh. Cuma kurang sesuai. Lebih sesuai jika guna 1.5mm dan harga wayar pun lebih murah.
Padam2) Tidak boleh. Sebab MCB untuk litar kuasa/soket adalah terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk litar lampu.
Salam tuan...nk tanya 1suis lmpu nk psang 8led siling kpur trmsuk led strep blh ka... dan gunakn controler untuk kawal lps on suis.. wayer lmpu boleh ke loping ke 8 led... dan led tu 1led 24wt.. harap dpt jwpn..
BalasPadam