Kebiasaannya di bahagian belakang kotak ubat akan ditulis dos ubat yang perlu diberikan. Dos ubat ini ditulis berdasarkan umur dan bukannya berat badan kanak-kanak. Kalau ambil di klinik biasanya dos ini sudah dikira oleh pegawai yang berkenaan tetapi kalau beli di kedai ubat biasa, hanya keterangan dibelakang kotak sahaja jadi panduan.
Jadi sebenarnya bagaimana cara untuk mengira dos paracetamol suspension ini?
Di pasaran kebiasaannya ada 2 kepekatan ubat, 120mg/5ml dan 240mg/5ml. Menurut Formulari Ubat KKM (Bluebook), dos ubat untuk Paracetamol ialah :
Kanak-kanak:
Bawah 1 tahun : 60 – 120 mg.
1 – 5 tahun : 120 – 240 mg.
6 – 12 tahun: 240 – 480 mg per dose.
Diambil setiap 4 – 6 jam mengikut keperluan
Maksimum 4 dos dalam tempoh 24 jam
Maka, pengiraan yang diambil ialah : 15mg/kg (15mg untuk setiap 1kg berat anak)
Jika berat anak ialah 10kg = 15mg x 10kg = 150mg
Bergantung kepada kepekatan ubat:
250mg/5ml (1ml ubat = 250mg/5ml = 50mg)Jumlah ubat yang perlu diambil:
120mg/5ml (1ml ubat = 120mg/5ml = 24mg)
150mg/50mg = 3ml (Paracetamol 250)Formula mudah adalah begini:
150mg/24mg = 6.25ml (Paracetamol 120)
(15mg x ( berat anak ) kg / dos kepekatan pcm) x 5
Berat anak (kg)
Kepekatan PCM
Dos (ml)
Kepekatan PCM
Dos (ml)
Sumber :
http://hsi.moh.gov.my/2018/02/26/pengiraan-dos-ubat-demam-kanak-kanak-paracetamol-suspension/
http://surayajafar.blogspot.com/2015/11/kiraan-dos-paracetamol-bayi-kanak-kanak.html
Terima kasih diatas perkongsian kira kira ini. Saya menjadikan blog ni sebagai rujukan saya setiap kali berat anak bertambah agar senang nak bagi makan ubat 🤗😍
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini..
BalasPadamSy refer blog ni dr anak pertama sampai anak dh 4.. tq atas sharing ini
BalasPadamBetul, dari anak 1st sampai ke 3 kat sinilah Sy rujuk cara kira ubat ni. Terima kasih admin
PadamTerima kasih dr. bermanfaat.
BalasPadamAda buat app tak. Mudah sikit
BalasPadamTak nak
BalasPadam