Memaparkan catatan dengan label children. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label children. Papar semua catatan

Isnin, 16 Julai 2018

Pengiraan Dos Ubat Paracetamol (Kalkulator)

Kebiasaannya di bahagian belakang kotak ubat akan ditulis dos ubat yang perlu diberikan. Dos ubat ini ditulis berdasarkan umur dan bukannya berat badan kanak-kanak. Kalau ambil di klinik biasanya dos ini sudah dikira oleh pegawai yang berkenaan tetapi kalau beli di kedai ubat biasa, hanya keterangan dibelakang kotak sahaja jadi panduan.

Jadi sebenarnya bagaimana cara untuk mengira dos paracetamol suspension ini?

Di pasaran kebiasaannya ada 2 kepekatan ubat, 120mg/5ml dan 240mg/5ml. Menurut Formulari Ubat KKM (Bluebook), dos ubat untuk Paracetamol ialah :
Kanak-kanak:
Bawah 1 tahun : 60 – 120 mg.
1 – 5 tahun : 120 – 240 mg.
6 – 12 tahun: 240 – 480 mg per dose.
Diambil setiap 4 – 6 jam mengikut keperluan
Maksimum 4 dos dalam tempoh 24 jam

Maka, pengiraan yang diambil ialah : 15mg/kg (15mg untuk setiap 1kg berat anak)

Jika berat anak ialah 10kg = 15mg x 10kg = 150mg

Bergantung kepada kepekatan ubat:

250mg/5ml (1ml ubat = 250mg/5ml = 50mg)
120mg/5ml (1ml ubat = 120mg/5ml = 24mg)
 Jumlah ubat yang perlu diambil:

150mg/50mg = 3ml (Paracetamol 250)
150mg/24mg = 6.25ml (Paracetamol 120)
Formula mudah adalah begini:
(15mg x ( berat anak ) kg / dos kepekatan pcm) x 5


Berat anak (kg)

Kepekatan PCM



Dos (ml)

Sumber :
http://hsi.moh.gov.my/2018/02/26/pengiraan-dos-ubat-demam-kanak-kanak-paracetamol-suspension/
http://surayajafar.blogspot.com/2015/11/kiraan-dos-paracetamol-bayi-kanak-kanak.html