Isnin, 20 Januari 2020

Pulangan Tunai TnG eWallet (e-Tunai Rakyat)


Masih lagi post tentang e-Tunai Rakyat. Antara 3 pengendali e-Tunai yang ada, aku me kotmilih untuk membuat permohonan e-Tunai melalui Touch 'n Go. Sebabnya, itu saja aplikasi e-wallet yang aku sudah siap pasang dalam telefon dan sudah buat pengesahan. Tinggal nak mohon saja.  Itupun aku hanya berjaya menghantar permohonan pada tengah hari walaupun dah cuba sejak jam 8 pagi. Ramai sangat yang memohon sampai jem server.

RM30 Exclusive Bonus
RM 30 berjaya dimasukkan pada hari keesokannya. Lebih 24 jam juga. Tetapi mana pergi bonus RM30?

Dah tukar jadi RM30 cashback
Rupa-rupanya bonus tu hanya gimick saja. Yang sebenanya, Touch 'n Go ni tawarkan pulangan tunai atau cashback. Pulangan tunai ni maksudnya kita kena guna dahulu baru tunai akan dimasukkan. Jadi pengguna kena membuat pembelian terlebih dahulu, kemudian baru TnG pulangkan RM30. Itupun dengan  mematuhi beberapa syarat.

Untuk dapat cashback ni, TnG memberikan pulangan tunai sebanyak RM5 untuk setiap pembelian RM20. Jadi kena buat 6 kali pembelian untuk dapatkan RM30 tu, itupun dibahagikan kepada 2 jenis pembelian iaitu pembelian atas talian dan pembelian di kedai-kedai yang menerima pembayaran melalui TnG dengan kedua-duanya terhad kepada 3 penggunaan sahaja.

6 kali pulangan tunai

1. Pembelian atas talian


Antaranya adalah:
  • Parking
  • Prepaid
  • Postpaid
  • Bil
  • Wayang
  • Tiket Penerbangan
  • SCAN – untuk perniaga atas talian seperti LAZADA dll.
Servis yang terdapat di aplikasi TnG ewallet
Mula-mula aku nak bayar bil-bil tetapi tak banyak pilihan yang ada. Untuk parking, Kuantan ni tiada dalam liputan dan tak pernah pulak aku parking sampai Rm20. Jadi aku tebus pulangan tunai dengan membuat pembelian di Lazada dan juga membeli top up di aplikasi Touch ' n Go ewallet.

2. Pembelian di kedai

Gunakan fungsi Scan atau Pay
Perlu menggunakan fungsi Scan ataupun Pay di aplikasi TnG ewallet.

Setakat ini aku dah cuba di kedai Guardian dan pasaraya Giant. Kebetulan Guardian ada membuat promosi potongan 50% untuk barangan perapian diri, jadi aku ambil barangan keperluan dalam RM20 dan bayar dengan Touch 'n Go. Cara nak bayar:

  1. Pastikan terdapat baki wang yang mencukupi.
    Baki mesti mencukupi
  2. Tekan butang Pay.
    Tekan Pay
  3. Tunggu hingga QR code kelihatan.
  4. Juruwang akan imbas QR code.
  5. Ambil resit.
Lihat Inbox untuk lihat transaksi

Biasanya aku dapat notifikasi tak sampai seminit. Cashback juga dapat hampir dalam masa yang sama. Untuk kepastian, boleh pergi ke inbox dan lihat transaksi yang telah dibuat.

Fully Redeemed

Setakat ini aku baru dapatkan RM15 hasil daripada 3 transaksi. Tetapi bila masuk laman web Touch ' Go, banner di atas ni keluar. "Fully Redeemed"..... sudah tak boleh nak claim ke?

Kemaskini 12 tgh:
Aku masih lagi dapat cashback hasil dari pembelian di Lazada. Nampaknya tinggal nak claim lagi RM10.

Ok, semalam beli barangan berjumlah RM70. Dapat cashbacks e-Tunai RM5 dan juga promosi Huat Face Festive Season RM6.88.

Rabu, 15 Januari 2020

e-Tunai Rakyat

e-tunai rakyat

Mulai hari ini, 15 Januari 2020 bermula 8.00 pagi, rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh menuntut wang RM30 daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch 'n Go.

Penerima yang layak

  1. Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun (lebih kurang RM8,333 sebulan)

Jumlah diterima seorang

  • RM30

Tempoh penggunaan

  • 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020

Cara memohon

Sila layari salah satu pengendali terpilih di pautan di bawah.

Grab Pay
GrabPay

Touch 'n Go

Boost

GrabPay

  1. Muat turun aplikasi Grab.
  2. Tekan "Payment".
  3. Tekan "Claim It Now" di pilihan e-Tunai Rakyat.
  4. Semak kelayakan.
  5. Sahkan identiti.
  6. Hantarkan satu swa-foto (selfie).

Touch 'n Go

  1. Muat turun aplikasi Touch 'n Go.
  2. Daftar akaun.
  3. Sahkan akaun.
  4. Tekan "Claim Now!" pada muka hadapan aplikasi.
  5. Tekan "Claim Now!"
  6. Sahkan profil dan tekan "Yes, Submit Now".
Cara daftar Touch 'n GO
Cara daftar Touch 'n GO

Cara memohon e-Tunai Rakyat Touch 'n Go
Cara memohon e-Tunai Rakyat Touch 'n Go

Boost

  1. Muat turun aplikasi Boost.
  2. Daftar akaun.
  3. Naik taraf ke Premium wallet dan sahkan.
  4. Tekan e-Tunai Rakyat initiative.
  5. Submit claim.
Cara daftar Boost
Cara daftar Boost

Cara memohon e-Tunai Boost
Cara memohon e-Tunai Rakyat Boost

Jumaat, 10 Januari 2020

Wang Tidak Dituntut


Walaupun sudah lama kerajaan war-warkan berkenaan Wang Tidak Dituntut ni, hanya baru-baru ini aku tergerak hati nak cuba semak. Itu pun setelah ada sistem atas talian di https://egumis.anm.gov.my/.

Pendaftaran Pengguna

Borang pendaftran atas talian


  1. Sila ke link ini https://egumis.anm.gov.my/register/refunduser untuk medaftar.
  2. Lengkapkan borang.
  3. Nama Pengguna ialah Username (bukan nama penuh)
  4. Di bahagian Kata Laluan, masukkan kata laluan sementara kerana pada Log Masuk pertama, akan diminta masukkan kata laluan yang lain.
  5. Tekan Daftar.
Masa aku cuba daftar, sistem (server) teramat lembab. Kemungkinan terlalu ramai pengguna.


Log Masuk

Log Masuk

  1. Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan.
  2. Tekan Log Masuk
  3. Masukkan Kata Laluan baru (ini untuk Log Masuk pertama kali)

Semak WTD

Klik pautan ini
Masuk No Kad Pengenalan
  1. Klik "KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" seperti gambar di atas.
  2. Masuk no kad pengenalan
  3. Tekan Cari
  4. Tunggu sehingga senarai akaun wang tidak dituntut dipaparkan.
Carian hanya dihadkan untuk 2 kali sehari sahaja.

Cara membuat tuntutan

Setakat ini belum ada lagi tuntutan secara atas talian. Kena pergi ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang terdekat. Boleh semak di pautan di bawah untuk melihat Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang terdekat.

Untuk memudahkan urusan, sebelum ke Jabatan Akauntan sila bawa:


  1. Salinan kad pengenalan atau passport
  2. Salinan buku akaun atau surat pengesahan nombor akaun bank
Sebabnya, permohonan tuntutan untuk akaun sendiri memerlukan kedua-dua dokumen ni. Untuk surat pengesahan nombor akaun bank, hanya perlu pergi ke kaunter bank dan minta pegawai cetakkan. Sebelum ini ada bank yang minta bayaran tetapi semasa aku pergi baru-baru ini, percuma.

Di JANM, berikan kad pengenalan kepada pegawai bertugas. Pegawai tersebut akan buat semakan dan akan berikan 2 kertas:
  1. Borang UMA-7
  2. Senarai akaun wang tidak dituntut
Lengkapkan borang UMA-7 dengan beberapa maklumat yang terdapat dalam senarai akaun yang diberi. Hantarkan ke kaunter 4 dokumen iaitu borang UMA-7, senarai akaun wang tidak dituntut, salinan kad pengenalan dan surat pengesahan nombor akaun bank.

Proses akan mengambil masa 1-3 bulan.

Semasa aku semak secara atas talian, hanya ada satu akaun sahaja yang tersenarai. Tetapi di JANM, tersenarai 2 akaun.