Walaupun sudah lama kerajaan war-warkan berkenaan Wang Tidak Dituntut ni, hanya baru-baru ini aku tergerak hati nak cuba semak. Itu pun setelah ada sistem atas talian di https://egumis.anm.gov.my/.
Pendaftaran Pengguna
Borang pendaftran atas talian |
- Sila ke link ini https://egumis.anm.gov.my/register/refunduser untuk medaftar.
- Lengkapkan borang.
- Nama Pengguna ialah Username (bukan nama penuh)
- Di bahagian Kata Laluan, masukkan kata laluan sementara kerana pada Log Masuk pertama, akan diminta masukkan kata laluan yang lain.
- Tekan Daftar.
Masa aku cuba daftar, sistem (server) teramat lembab. Kemungkinan terlalu ramai pengguna.
Log Masuk
Log Masuk |
- Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan.
- Tekan Log Masuk
- Masukkan Kata Laluan baru (ini untuk Log Masuk pertama kali)
Semak WTD
Klik pautan ini |
Masuk No Kad Pengenalan |
- Klik "KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" seperti gambar di atas.
- Masuk no kad pengenalan
- Tekan Cari
- Tunggu sehingga senarai akaun wang tidak dituntut dipaparkan.
Carian hanya dihadkan untuk 2 kali sehari sahaja.
Cara membuat tuntutan
Setakat ini belum ada lagi tuntutan secara atas talian. Kena pergi ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang terdekat. Boleh semak di pautan di bawah untuk melihat Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang terdekat.
Untuk memudahkan urusan, sebelum ke Jabatan Akauntan sila bawa:
- Salinan kad pengenalan atau passport
- Salinan buku akaun atau surat pengesahan nombor akaun bank
Sebabnya, permohonan tuntutan untuk akaun sendiri memerlukan kedua-dua dokumen ni. Untuk surat pengesahan nombor akaun bank, hanya perlu pergi ke kaunter bank dan minta pegawai cetakkan. Sebelum ini ada bank yang minta bayaran tetapi semasa aku pergi baru-baru ini, percuma.
Di JANM, berikan kad pengenalan kepada pegawai bertugas. Pegawai tersebut akan buat semakan dan akan berikan 2 kertas:
- Borang UMA-7
- Senarai akaun wang tidak dituntut
Lengkapkan borang UMA-7 dengan beberapa maklumat yang terdapat dalam senarai akaun yang diberi. Hantarkan ke kaunter 4 dokumen iaitu borang UMA-7, senarai akaun wang tidak dituntut, salinan kad pengenalan dan surat pengesahan nombor akaun bank.
Proses akan mengambil masa 1-3 bulan.
Semasa aku semak secara atas talian, hanya ada satu akaun sahaja yang tersenarai. Tetapi di JANM, tersenarai 2 akaun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan