Setelah hampir 5 tahun digunakan, akhirnya seterika wap air berjenama Philips ni rosak. Lampu biru di pemegang berkelip-kelip tak berhenti-henti dan tiada wap air yang keluar. Kemungkinan masalah pada pam air. Jadi hari ni bawa seterika ni ke Pusat Amway di Jalan Air Putih. Tetapi atas nasihat orang Amway, lebih baik hantar sendiri terus ke pusat servis khas untuk mempercepatkan proses baiki. Sebabnya Amway sendiri tidak baiki seterika ini tetapi akan hantar ke pusat servis. Jadi akan ambil masa yang lama.
Lampu biru di pemegang tak berhenti berkelip |
Jadi pusing balik masuk bandar ke Jalan Bukit Ubi. Mujur di atas jalan tak banyak kenderaan. Kejap je dah jumpa kedai. Pusat servis ni kedai kecik je. Sampai-sampai tak perlu nak terang apa-apa dah, technician/tauke kedai tu terus ambil seterika dan check satu-satu bahagian yang berkemungkinan rosak. Tak sampai 5 minit pun. Selepas check, memang betul la pam air rosak.
Sumber gambar dari Shopee. Jenama yang sama digunakan dalam Philips Steam Iron ni. |
Lepas habis baiki tu, sempat juga tauke tu bagi "short course" kat aku ni pasal penjagaan seterika ni. Repair dalam 10 minit tapi dia punya penerangan dalam 10 minit jugak. Antara yang aku ingat:
- Guna air bertapis. Jangan guna terus air paip sebab takut ada keladak yang boleh membuatkan bahagian dalam cepat rosak. Ada ditunjukkan tangki air yang gunakan air paip, memang kotor.
- Jangan masukkan pewangi, pelembut pakaian atau apa-apa saja ke dalam tangki air (kecuali air bertapis).
- Cuci seminggu sekali dengan memasukkan air melalui lubang De-Calc. Goncang beberapa kali sebelum keluarkan air yang dimasukkan tadi.
- Kadang-kadang ada permukaan seterika yang tak licin lagi. Boleh gunakan lilin khas yang dijual (RM38) untuk digosok di permukaan seterika.
- Kalau seterika dimasuki semut dan lubang wap tersumbat, isikan tangki air dengan 2-3 cm air. Hidupkan seterika sehingga wap air keluar. Baringkan tangki air ke sebelah kiri (hos penyambung dari tangki ke pemegang akan berada di sebelah bawah) dan tekan suis di pemegang sehingga air panas keluar melalui lubang-lubang di seterika. Yang ni kena lakukan di sinki sebab banyak air akan keluar.
- Di tangki ada butang Eco untuk mode jimat letrik. Selain tu Mod Eco ini jugak mengurangkan kepanasan menjadikan 70% daripada biasa. Jadi kalau nak guna kepanasan yang kurang, boleh gunakan mod ini.
- Di pemegang seterika ada butang untuk melepaskan wap air. Biasanya bila nak gosok akan tekan butang ni dan wap air akan keluar. Untuk memastikan wap air ini sentiasa keluar, tekan butang tu 2 kali dan tunggu sebentar. Wap air angin akan keluar sendiri tanpa kita perlu menekannya. Untuk berhenti, tekan butang sekali lagi.
Kali ini aku tak dapat nak baiki sendiri sebab harga sparepart pun dah sama harga dengan kedai. Di Shopee harga pam air tu RM178, kat kedai ni harga baiki RM180 (jumlah baiki termasuk harga sparepart) .
Sesiapa yang ada peralatan letrik jenama dalam gambar, boleh hantar ke kedai ni. |
p/s: Sesiapa nak beli seterika camni boleh contact aku. Yang baru lebih mudah untuk di servis dan ada beberapa lagi ciri tambahan.
Rm180 tu kos repair skali dgn sparepart ke?
BalasPadamYa, harga repair dan sparepart
PadamSalam, nak tanya pendapat, kenapa saya punya seterika philips ni wap keluar kat tangki ye, bukan di seterika?
BalasPadamKemungkinan ada belaku kebocoran. Ada sambungan dah longgar.
PadamMana nak beli lilin khas utk cuci permukaan seterika tu
BalasPadamKalau di Kuantan ni, ada dijual di pusat servis Philips.
Padambole tak kalau seterika lama kita trade in dgn seterika baru
BalasPadamKalau iron ni takde dengar lagi tapi yang periuk noxxa ada terbaca tahun lepas.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMacamana nak buat kalau biasa kain yang sulu senang hilang kedut, sekarang tak hilang.. Dah pergi pst srvis, xde mslh trsumbat ke ape. Wap mmg kaluar elok je. Permukaan ieon pn dh brsih guna lilin tu
BalasPadamApa kata pusat servis?
PadamKalau kedut tak hilang kemungkinan wap kurang panas sebab beroperasi dalam mode Eco.
Ata cuba tekan butang bawah pemegang 2 kali untuk wao sentiasa keluar.
Sama saya punya dari mula beli Walau dah iron kain tetap berkedut macam tak iron.
PadamKenapa air dlm tangki menggelegak keluar dari lubang tangki?
BalasPadamtu pulas tk betul tu penutup dia
PadamTumpang bertanya.. area kl selangor Kat Mana boleh servis iron Phillip ni ye?
BalasPadamMacam saya hari tu saya dapatkan dari pusat Amway. Jadi puan boleh cuba tanya di pusat Amway.
PadamKedai repair tu kat mana tu
BalasPadamJalan Bukit Ubi. Jalan depan Court Mammoth, sebelum simpang di Hotel Green Leaf ada barisan kedai sebelah kanan. Kedai tu kecik jer tapi ada nampak tulis Philips.
PadamAduhai...iron saya pun baru jadi kelip2 kat pemegang pagi ni...nak iron pakaian sekolah ank2 dgn baju krja lagi...srvis centre jauh...guna sejak 2015...stressnya...trpksa guna iron biasa sementara waktu...
BalasPadamBila dah biasa pakai seterika ni memang susah bila rosak. Tu sebab saya usaha juga cari kedai. Kalau hantar ke Amway, ambil masa beberapa hari.
PadamKat sabah d mana tempat servis
PadamTumpang tanya iron gc9622 allen key size apa ya blh guna utk bukak panel?
BalasPadamKisah saya hari ni berkenaan iron philips. Rasa nak kongsi kat blog tuan. Beli pam iron GC8625 kat shopee. Dah pasang tak boleh on juga. Call penjual tu, dia cakap masa mula rosak dulu ada lampu kelip2 ke. Sy cakap kelip kat iron dgn suis. Dia kata yg rosak tu pam dan mother board. Petunjuk pam rosak, lampu kelip kat atas iron. Mother board rosak, lampu kelip kat suis. Saya beli sparepart kat Seng Electronic Mergong, Kedah. Pam rm180, mother board rm178. Sekarang tunggu mother board sampai. Buat sendiri. Nak hantar kedai tak tau kedai mana. Terasa nak semak2 google, baru jumpa blog ni. Terima kasih atas info tuan.
BalasPadamKalau ikut memang nak buat DIY je, tapi sebab harga sparepart dengan harga reapir di kedai tak jauh beza, jadi saya hantar juga ke kedai. Lagi benda yang pakai setiap hari ni susah nak tunggu sparepart.
PadamSaya mujur yang jaga di Amway tu syorkan saya ke kedai repair terus, dia kata diorang pun hantar ke kedai tu kalau rosak. Jadi boleh ke office Amway kalau nak tahu kedai mana. Mungkin spare part pun boleh beli dari sana.
Sebenarnya, tak perlu tukar motherboard, kecuali jika ic motherboard y rosak, baru perlu tukar seketul yang baru.Itu pun dia akan tunjuk singal . Tak pelah , anggap sebagai kos pembelajaran
PadamNk tnya klu nk tukar wayar bape kosnya?
BalasPadamWayar apa ye? Biasa kalau tukar wayar ni murah je dan boleh DIY kalau tahu. Tapi saya bukan pakar, jadi baik tanya kedai dulu. Kedai yang saya pergi ni tak cas apa-apa pun kalau nak check problem apa. Lepas detect problem baru dia tanya nak repair atau tak.
Padamwire tu kita panggil hose cord, ikut jenis model, kalau model yg selalu guna, GC8616, GC8625 , RM 165
PadamSiapa ada masalah dgn hose tu.. selaly bergeser ngan board smpu koyak?
PadamBos.. Water pump ni kalau Lain2 jenis boleh masuk x.
BalasPadamtak boleh tuan, setiap jenis model ada pump yang berlainan, ramai DIY, tapi tersalah beli model pump
PadamSeterika saya hanya panas dan wap x keluar.Lepas seterika baju kain tetap berkedut.Kenapa ye?
BalasPadamKemungkinan tersumbat. Cuba tips no. 5. Seterika ini mengunakan wap air untuk menggosok pakaian. Jadi kalau wap air tak keluar, pakaian akan masih berkedut.
PadamSaya baru kena pagi tadi, so cari kat Google jumpa satu kedai repair kat kajang. Dati pagi mesej tokey kedai bila boleh dtg, so dia free 6.30pm. Sampai kedai terus jumpa.. confirm water pump rosak. Tanya caj berapa? Tokey ckp rm 300 tukar pum dan service. Mak oii harga KERASNYA. Tokey ckp brg luar biasa. Apa ingat lepas gosok baju boleh terbang ke? Adoii..terpaksa jugak la repair kat situ walaupun hati tak redho. So far aku sendiri boleh repair cuma nak urgent punya pasal. Pengajaran, barang mahal mudah rosak rupanya. Beli ferari tak boleh guna ron 95. Hehehehe.
BalasPadamKalu kat jb kat mane tmpat servisnye ye en
BalasPadamSaya pulak wap terus keluar. Apa masalah nye..tolong saya bang..
BalasPadamtolong...
BalasPadamiron saya hr tu lampu kat pemegang tu kelip2 laju. xkluar wap. dh tukar pam, beli kat shopee. pastu ok balik. 3 minggu lepas tu. wap tiba2 xkeluar lagi tp lampu kat pemegang tu menyala mcm biasa je. ape ye mslhnya.
Steam iron philips saya x berfungsi. Dah beli setahun tapi ni first time nak guna. Sedihnya.
BalasPadamTuan, klu ada sisa plastik msuk lm lubang stim dan x kluar wap...bolih baiki tk, rosak apa dan brp kos klu bikin
BalasPadamKenapa dekat pemegang tu lampu tak hidup dan lampu dekat power on tu berkelip2 ye
BalasPadamKalau kelip biasanya kena De-Calc. Biasa kalau jadi begini saya tutup suis dan biarkan sejuk. Kemudian buang air di bahagian bawah. Biasa lepas buat okay semula.
PadamKenapa lampu dkt pemegang tak hidup adakah normal
BalasPadamIron Phillips saya keluar wap tapi butang wap tak berfungsi..wap sentiasa keluar je..apa masalah ya?
BalasPadamKemungkinan suis di butang tu dah rosak.
PadamIron Saya Tak panas .Mengapa agaknya?
BalasPadamIron saya pun baru minggu lps rosak pum..utk sementara boleh pakai mcm iron biasa kan?
BalasPadamDekat kl dekat mana ya.. servis yg cepat kalau rosak?
BalasPadamSaya pakai philips amway yang purple dulu..
BalasPadamSkrg rosak..
Nak repair rm500
Berbaloi repair @ beli baru?
Saya pakai philips amway yang purple dulu..
BalasPadamSkrg rosak..
Nak repair rm500
Berbaloi repair @ beli baru?
Strika philips saya berkelip dekat atas strika, kt mne kedai yg blh repair tu
BalasPadamRepair iron philips 0199567411
BalasPadam