Sabtu, 18 Mei 2019

Tertinggal tanda baris di dalam Quran Tajwid berwarna

Alhamdulillah bulan Ramadhan ini diberikan kelapangan masa untuk membaca al-Quran. 

Aplikasi Quran KSU

Baru-baru ini saya mencuba menggunakan Quran Tajwid berwarna di Laman web hasil usaha King Saud University di http://quran.ksu.edu.sa. Saya pilih tatapan Quran Tajwid berwarna.

Pilihan Hafs - Tajweed

Laman ini saya buka di komputer untuk mendengar bacaan al-Quran yang di sediakan sambil membacanya. Disamping itu saya ada membuka aplikasi Quran di telefon bimbit sebagai penanda mukasurat berhenti.

Sedang saya dengar dan baca al-Quran yang terpapar, saya klik muka surat seterusnya tetapi daripada pergi ke satu mukasurat seterusnya, saya di bawa terus ke mukasurat 501. Oleh sebab saya tak perasan, saya teruskan juga sampai hampir habis mukasurat 501 tu. Tetapi apabila sampai di ayat ke-30, terdapat masalah nak membaca kerana ada satu huruf tidak bertanda. Saya sangkakan tanda mati tetapi dari bacaan Imam al-Huthaifi, sepatutnya ada tanda atas (baris atas - Fathah).

Surah al-Jaathiya, Ayat:30
Jadi saya semak dalam telefon bimbit memang ada Fathah untuk huruf Mim tersebut. 

Menggunakan paparkan Quran biasa
Kemudian semak lagi di dalam al-Quran yang lain-lain. Terdapat satu Quran dengan cetakkan tajwid berwarna dan hanya Quran cetakkan ini yang mempunyai masalah yang sama.

Quran Tajwid berwarna yang lain. 
Saya tak tahulah jika ini adalah untuk semua Quran Tajwid Berwarna atau untuk edisi yang saya miliki ini. Tetapi dari semakan saya di "online", aplikasi yang mengguna mushaf tajwid berwarna menghadapi masalah yang sama. Jadi saya tak tahu samaada ini salah satu tanda tajwid atau pun satu kesilapan cetakkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan