Isnin, 13 Mei 2019

Semakan Arah Kiblat dan Cara Menentukannya


Setiap kali datang bulan Mei atau Julai, perkara yang perlu kita lakukan adalah membuat semakan arah kiblat menggunakan kaedah Istiwa' Utama Matahari di Kaabah. Jadi untuk mengetahui secara terperinci, saya layari laman web Mufti Wilayah Persekutuan. Kalau nak diikutkan buat sekali pun sudah cukup selagi tak berubah kedudukan Kaabah. Di sini aku catatkan hasil dari laman web tersebut.

Bila berlaku?

28 Mei (5.16 petang) dan 16 Julai (5.28 petang) SETIAP TAHUN.
27 Mei (5.16 petang) dan 15 Julai (5.28 petang) setiap tahun lompat.

Apakah Istiwa's Utama Matahari

Matahari di atas Kaabah
Istiwa' utama matahari atau istiwa' adzam di Kaabah merupakan fenomena di mana matahari akan berada di titik Zenith ketika istiwa'.  Perkara ini akan berlaku dua kali dalam setahun apabila nilai sudut istiwa' matahari akan bersamaan dengan nilai laitud Mekah di mana Kaabah terletak.

Dalam erti kata yang lain, matahari berada betul-betul tegak di atas Kaabah. 

Apabila isitwa' utama berlaku, bayang bojek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menetukan arah kiblat di tempat-tempat lain di muka bumi.
Oleh sebab matahari berada tegak di atas Kaabah, bayang-bayang objek tegak di kawasan lain akan jatuh ke arah bertentangan daripada Kaabah. Jadi arah kiblat adalah arah bertentangan daripada arah jatuh bayang.

Panduan membuat semakan arah kiblat

Gunakan kayu lurus dan ditegakkan
  1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
  2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh dilteak tali yang diikiat pemberat di hujung tiang berkenaan.
  3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari.
  4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM.

Pengalaman sendiri


Kebiasaanya saya hanya menggunakan bayang dari pintu rumah. Buka pintu rumah dan biarkan cahaya matahari masuk. Kebetulan cahaya matahari betul-betul di depan pintu rumah pada ketika ini jadi mudah gunakan bayang pintu sahaja. Bila gunakan qiblatfinder dari Google, memang tepat-tepat garisan dengan bayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan