Rabu, 27 Jun 2018

Rubik's Cube Tahap 1: Silang Putih

Tahap 1: Silang Putih

Sekiranya sudah mahir untuk selesaikan satu permukaan, boleh teruskan ke Tahap 3

Pada Tahap 1 ini, kita akan cuba dapatkan keadaaan kiub seperti gambar di bawah ini.
Matlamat Tahap 1
Ada beberapa keadaan dan cara untuk mendapatkan Silang Putih ini. Sebagai permulaan, boleh selesaikan dengan urutan Biru, Oren, Hijau dan Merah.

Perhatian: Contoh di bawah mengambil kira permukaan Biru berada di sebelah kanan dengan permukaan kelabu adalah hadapan (Front).






Contoh dengan permukaan Biru berada di hadapan (F) dan Oren di sebelah kanan (R):



Terus selesaikan permukaan lain sehingga menjadi begini:
Pengenalan
Tahap 1: Silang Putih
Tahap 2: Penjuru Putih
Tahap 3: Baris Tengah
Tahap 4: Silang Kuning
Tahap 5: Permukaan Kuning
Tahap 6: Baris Atas

Isnin, 11 Jun 2018

Cara mudah selesaikan Rubic Cube

Baru-baru ini aku ada pergi ke kedai Mr. DIY. Niat awal nak beli adapter pam tapi masa lalu kawasan permainan, anak dah ternampak Rubik's Cube. Nasib baik harga RM5.90 jer. Daripada kena beli mainan yang lebih mahal, aku pun belikan.

Bila dah main tu, anak tak tahu pula nak betulkan semula. Jalan mudah si kakak akan cabut satu-satu dan pasang semula. Bukan senang nak pasang balik dan seperti biasa akhirnya aku jugak kena buatkan. Aku ni pulak sepanjang hayat tak pernah dapat selesai kiub ni. 

Rupa-rupanya bila beli kiub ni ada didatangkan sekali dengan tutorial. Jadi dengan berpandukan manual yang diberikan, aku dapat siapkan untuk pertama Kalinga Rubik's Cube ni. Ambil masa 30 minit juga. Itupun lepas tambah tutorial dari aplikasi dalam handphone.

Lepas tu lagi ligat diorang main. Berpuluh-puluh kali jugak kena selesaikan sebab setiap sorang aku beli satu. Akhirnya lepas 2 hari tak perlu nak tengok tutorial. Dari 30 minit, dah jadi 15 minit.. Kemudian 5 minit dan sekarang 3 minit. Okla tu 3 minit, tapi nak kejar rekod dunia 4 saat memang mimpi jer la...

Jadi hasil daripada pengalaman aku ni, aku rasa nak tulis tutorial sendiri. Langkah demi langkah yang bagi aku paling mudah.

Pengenalan

Sebelum terus masuk tutorial kena kenal dulu kiub ni. Rubik's Cube terdiri daripada 26 kiub kecik yang saling bersambungan. Di tengah-tengah kiub ni ada bebola yang memegang 6 kiub yang tak berubah kedudukannya. Kiub-kiub ni boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

Kiub Tepi (Edge Pieces)

Kiub yang mempunyai dua (2) warna. Terletak ditengah-tengah baris.
Kiub tepi yang mempunyai dua (2) petak berwarna

Kiub Penjuru (Corner Pieces)

Kiub yang mempunyai tiga (3) warna. Terletak di sudut atau bucu Rubik's Cube.
Kiub Penjuru mempunyai tiga (3) permukaan berwarna

Kiub Tengah (Center Pieces)

Kiub yang mempunyai satu (1) warna sahaja. Terletak ditengah-tengah permukaan. 6 kiub inilah yang dinyatakan di atas tadi. Kedudukan kiub ini tidak berubah dan boleh mewakili warna permukaan Rubik's Cube dengan kedudukan:

Kiub Tengah mewakili warna permukaan
  • Merah bertentangan dengan Oren
  • Biru bertentanngan dengan Hijau
  • Putih bertentangan dengan Kuning
Warna bertentangan Merah - Oren, Biru - Hijau dan Putih - Kuning

Bahagian Muka Kiub

Setiap bahagian permukaan akan diwakili dengan satu huruf BOLD seperti di bawah:
(R)ight - Kanan
(L)eft - Kiri
(U)pper - Atas
(D)own - Bawah
(F)ront - Depan
(B)ack - Belakang

Memutarkan Kiub

Langkah ini amat penting untuk mengetahui arah mana kita perlu memutarkan kiub. Pastikan permukaan hadapan kiub setiasa menghafal anda sepanjang masa apabila mengikut langkah atau algorithm yang disediakan.

Tanda ( ' ) bermaksud arah lawan arah jam. Contohnya untuk permukaan hadapan (Front). F bermaksud memutarkan muka hadapan mengikut arah jam dan F' bermaksud memutarkan permukaan hadapan mengikut arah lawan jam.


Mengikut arah jam
Melawan arah jam (simbol ')
Sepanjang tutorial ini, muka hadapan kiub adalah disebelah kiri selain daripada yang dinyatakan.



Setiap putaran hanya memerlukan 1/4 putaran, bukannya satu putaran lengkap.
Ok, dah tahu serba sedikit tetang kiub ni, kita teruskan ke Tahap 1: Silang Putih. Kalau sudah biasa selesaikan 1 permukaan, boleh terus ke Tahap 3.

Jumaat, 9 Februari 2018

Muat turun subtitle dengan VLC

Kalau sebelum ini aku cerita pasal Media Player Classic (MPC), kali ini aku cerita pasal subtitles untuk VLC. Kepada aku pilih kedua-dua ni, sebabnya kedua-duanya percuma tetapi banyak fungsi yang berguna.

Cara paparkan Subtitles

1. Media player

Yang paling utama adalah perlu ada media player yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis media player yang boleh didapatkan secara percuma di internet. Antara yang popular adalah:
  1. Media player classic
  2. VLC Media Player
Hanya muat turun dan install salah satu media player tersebut.

2. Fail subtitle

Sebenarnya untuk memaparkan subtitles ini, kita perlu ada satu fail khas untuk subtitles. Fail ini terdapat dalam pelbagai format dan yang paling banyak digunakan adalah dalam format .srt dan juga  .sub. Terdapat banyak laman-laman web yang menawarkan fail-fail ini. Antaranya:
  1. Opensubtitles
  2. Subscene
  3. Addic7ed (untuk TV Series)

3. Cara mainkan

  1. Simpan fail subtitle tersebut ke dalam folder yang sama dengan video yang akan dimainkan. Tukar nama fail subtitles kepada nama fail video. Cara paling mudah pilih fail video, tekan F2, tekan Ctrl+C, pilih fail subtitles, tekan F2 dan tekan Ctrl+V.
  2. Mainkan video.
Pastikan dalam folder yang sama dan nama juga sama

Muat turun secara automatik menggunakan VLC

Untuk VLC ini memang lebih mudah. Tidak perlu tukar setting. Install dan terus guna.

  1. Mainkan video dengan menggunakan dan pergi ke View > Download Subtitles.
    View > Download Subtitles
  1. Masukkan nama video dan tekan Search by name atau Search by hash.
    Masukkan nama video
  1. Pilih mana-mana subtitles yang sesuai dan tekan Download selection.
    Pilih subtitle yang sesuai dan tekan Download selection

Aku rasa menggunakan VLC lebih mudah sebab ada fungsi Search.