Kalau sebelum ini aku cerita pasal Media Player Classic (MPC), kali ini aku cerita pasal subtitles untuk VLC. Kepada aku pilih kedua-dua ni, sebabnya kedua-duanya percuma tetapi banyak fungsi yang berguna.
Cara paparkan Subtitles
1. Media player
Yang paling utama adalah perlu ada media player yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis media player yang boleh didapatkan secara percuma di internet. Antara yang popular adalah:
Hanya muat turun dan install salah satu media player tersebut.2. Fail subtitle
Sebenarnya untuk memaparkan subtitles ini, kita perlu ada satu fail khas untuk subtitles. Fail ini terdapat dalam pelbagai format dan yang paling banyak digunakan adalah dalam format .srt dan juga .sub. Terdapat banyak laman-laman web yang menawarkan fail-fail ini. Antaranya:
- Opensubtitles
- Subscene
- Addic7ed (untuk TV Series)
3. Cara mainkan
- Simpan fail subtitle tersebut ke dalam folder yang sama dengan video yang akan dimainkan. Tukar nama fail subtitles kepada nama fail video. Cara paling mudah pilih fail video, tekan F2, tekan Ctrl+C, pilih fail subtitles, tekan F2 dan tekan Ctrl+V.
- Mainkan video.
Pastikan dalam folder yang sama dan nama juga sama |
Muat turun secara automatik menggunakan VLC
Untuk VLC ini memang lebih mudah. Tidak perlu tukar setting. Install dan terus guna.
Aku rasa menggunakan VLC lebih mudah sebab ada fungsi Search.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan