Biasa ada terdengar kawan-kawan mengadu bila simpan video dalam thumbdrive tiada subtitles yang keluar. Ada juga yang mengadu bila streaming elok saja ada subtitle tetapi bila download dan mainkan di komputer lain, subtitles tidak dipaparkan.
Cara paparkan Subtitles
1. Media player
Yang paling utama adalah perlu ada media player yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis media player yang boleh didapatkan secara percuma di internet. Antara yang popular adalah:
Hanya muat turun dan install salah satu media player tersebut.2. Fail subtitle
Sebenarnya untuk memaparkan subtitles ini, kita perlu ada satu fail khas untuk subtitles. Fail ini terdapat dalam pelbagai format dan yang paling banyak digunakan adalah dalam format .srt dan juga .sub. Terdapat banyak laman-laman web yang menawarkan fail-fail ini. Antaranya:
- Opensubtitles
- Subscene
- Addic7ed (untuk TV Series)
3. Cara mainkan
- Simpan fail subtitle tersebut ke dalam folder yang sama dengan video yang akan dimainkan. Tukar nama fail subtitles kepada nama fail video. Cara paling mudah pilih fail video, tekan F2, tekan Ctrl+C, pilih fail subtitles, tekan F2 dan tekan Ctrl+V.
- Mainkan video.
Pastikan dalam folder yang sama dan nama juga sama |
Muat turun secara automatik menggunakan Media player classic
Kebiasaannya agak rumit nak muat turun dan tukar nama fail subtitles ini. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan fungsi Download Subtitles yang ada dalam Media Player Classic ini. Sebelum itu, kita perlu ubah beberapa setting pada MPC ni.
- Buka MPC-HC dan pergi ke View > Options. Paling mudah tekan O.
Option atau tekan butang "O" |
- Pergi ke Playback > Output dan tukarkan DirectShow Video ke Video Mixing Renderer 9 (renderless) - ataupun VMR 9 (renderless). Kemudian untuk Subtitle Renderer, tukarkan ke Internal Subtitle Renderer.
Ubah DirectShow Video dan Subtitles Renderer |
- Kemudian pergi ke Subtitles > Misc. Pilih mana-mana laman web yang anda suka.
Pilih laman web pembekal |
- Tekan OK.
- Tutup MPC-HC dan buka semula.
- Pergi ke File > Subtitles > Download Subtitles. Atau pun tekan butang "D".
Download subtitles atau butang "D" |
- Tunggu sebentar dan pilihan mana-mana subtile yang sesuai. Tekan download.
- Siap.
Kadang-kala, MPC-HC tidak dapat cari subtitles yang dikehendaki. Cari terpaksalah gunakan cara yang pertama tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan