Baru-baru ini aku ada pergi ke kedai Mr. DIY. Niat awal nak beli adapter pam tapi masa lalu kawasan permainan, anak dah ternampak Rubik's Cube. Nasib baik harga RM5.90 jer. Daripada kena beli mainan yang lebih mahal, aku pun belikan.
Bila dah main tu, anak tak tahu pula nak betulkan semula. Jalan mudah si kakak akan cabut satu-satu dan pasang semula. Bukan senang nak pasang balik dan seperti biasa akhirnya aku jugak kena buatkan. Aku ni pulak sepanjang hayat tak pernah dapat selesai kiub ni.
Rupa-rupanya bila beli kiub ni ada didatangkan sekali dengan tutorial. Jadi dengan berpandukan manual yang diberikan, aku dapat siapkan untuk pertama Kalinga Rubik's Cube ni. Ambil masa 30 minit juga. Itupun lepas tambah tutorial dari aplikasi dalam handphone.
Lepas tu lagi ligat diorang main. Berpuluh-puluh kali jugak kena selesaikan sebab setiap sorang aku beli satu. Akhirnya lepas 2 hari tak perlu nak tengok tutorial. Dari 30 minit, dah jadi 15 minit.. Kemudian 5 minit dan sekarang 3 minit. Okla tu 3 minit, tapi nak kejar rekod dunia 4 saat memang mimpi jer la...
Jadi hasil daripada pengalaman aku ni, aku rasa nak tulis tutorial sendiri. Langkah demi langkah yang bagi aku paling mudah.
Pengenalan
Sebelum terus masuk tutorial kena kenal dulu kiub ni. Rubik's Cube terdiri daripada 26 kiub kecik yang saling bersambungan. Di tengah-tengah kiub ni ada bebola yang memegang 6 kiub yang tak berubah kedudukannya. Kiub-kiub ni boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
Kiub Tepi (Edge Pieces)
Kiub yang mempunyai dua (2) warna. Terletak ditengah-tengah baris.
Kiub Penjuru (Corner Pieces)
Kiub yang mempunyai tiga (3) warna. Terletak di sudut atau bucu Rubik's Cube.
Kiub Tengah (Center Pieces)
Kiub yang mempunyai satu (1) warna sahaja. Terletak ditengah-tengah permukaan. 6 kiub inilah yang dinyatakan di atas tadi. Kedudukan kiub ini tidak berubah dan boleh mewakili warna permukaan Rubik's Cube dengan kedudukan:
- Merah bertentangan dengan Oren
- Biru bertentanngan dengan Hijau
- Putih bertentangan dengan Kuning
Warna bertentangan Merah - Oren, Biru - Hijau dan Putih - Kuning |
Bahagian Muka Kiub
Setiap bahagian permukaan akan diwakili dengan satu huruf BOLD seperti di bawah:
Memutarkan Kiub
Langkah ini amat penting untuk mengetahui arah mana kita perlu memutarkan kiub. Pastikan permukaan hadapan kiub setiasa menghafal anda sepanjang masa apabila mengikut langkah atau algorithm yang disediakan.
Tanda ( ' ) bermaksud arah lawan arah jam. Contohnya untuk permukaan hadapan (Front). F bermaksud memutarkan muka hadapan mengikut arah jam dan F' bermaksud memutarkan permukaan hadapan mengikut arah lawan jam.
Tanda ( ' ) bermaksud arah lawan arah jam. Contohnya untuk permukaan hadapan (Front). F bermaksud memutarkan muka hadapan mengikut arah jam dan F' bermaksud memutarkan permukaan hadapan mengikut arah lawan jam.
Mengikut arah jam |
Melawan arah jam (simbol ') |
Setiap putaran hanya memerlukan 1/4 putaran, bukannya satu putaran lengkap.
Ok, dah tahu serba sedikit tetang kiub ni, kita teruskan ke Tahap 1: Silang Putih. Kalau sudah biasa selesaikan 1 permukaan, boleh terus ke Tahap 3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan