Rabu, 27 Jun 2018

Rubik's Cube Tahap 5: Permukaan Kuning

Rubik's Cube Tahap 5: Permukaan Kuning

Dalam Tahap 5 ini kita akan menyiapkan permukaan atas.
Mengisi petak-petak kuning di bahagian penjuru
Daripada Tahap 4, anda akan mendapat kiub lebih kurang dalam keadaan ini:

Dari Langkah 4
Akan ada beberapa petak kuning yang lain selain daripada kawasan silang kuning di atas. Jadi langkah seterusnya bergantung kepada keadaan permukaan atas ini.

Keadaan 1

Tiada petak kuning selain daripada silang kuning. Namun begitu pasti ada petak kuning di bahagian tepi seperti dalam gambar di bawah.
Pusingkan baris teratas supaya petak kuning sisi berada di sebelah kiri.

Keadaan 2

Terdapat 2 petak kuning selain daripada petak kuning dalam kawasan silang.

Sekiranya dalam keadaan ini, cari petak kuning di sisi dan letakkan di hadapan kiri atas.


Keadaan permukaan atas tidak penting, hanya pastikan petak kuning sisi pada tempat yang betul (kiri hadapan).

Sekiranya Rubik's Cube anda dalam salah satu keadaan di atas, gunakan algoritma berikut:


Gunakan algoritma ini sehingga mendapat Keadaan 3 (perlu ulang-ulang) atau pun kesemua permukaan atas menjadi kuning.

Keadaan 3

Terdapat satu lagi petak kuning selain daripada silang kuning. Petak kuning ini boleh berada di mana-mana bahagian sudut. Jadi pusingkan kiub supaya dalam keadaan seperti dalam gambar di bawah.

Berbentuk seperti ikan
Sekarang perhatikan sekali lagi di mana petak kuning sisi berada. Terdapat 2 kemungkinan.


Bergantung kepada salah satu daripada keadaan ini, gunakan algoritma di bawah. Perhatikan kedudukan hadapan sebelum bermula.



Akhirnya akan dapat..


Pengenalan
Tahap 1: Silang Putih
Tahap 2: Penjuru Putih
Tahap 3: Baris Tengah
Tahap 4: Silang Kuning
Tahap 5: Permukaan Kuning
Tahap 6: Baris Atas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan