Rabu, 27 Jun 2018

Rubik's Cube Tahap 4: Silang Kuning


Rubik's Cube Tahap 4: Silang Kuning

Kawasan kuning dalam gambar di bawah adalah dalam kawasan silang.

Silang Kuning
Setelah selesai Tahap 3, Rubik's Cube akan berada dalam salah satu keadaan seperti di bawah. Jadi gunakan salah satu daripada algoritma yang diberikan. Pastikan permukaan hadapan adalah sama seperti dalam gambar terutamanya untuk 3 kotak Kuning.


1 Petak Kuning

Satu petak kuning
Hanya satu saja petak kuning di dalam kawasan silang kuning iaitu di tengah-tengah permukaan. Tetapi biasanya akan ada 1-2 petak kuning tetapi berada di kiub penjuru.

Sama dengan satu petak kuning

3 Petak Kuning - V

3 Petak Kuning V
Tedapat 3 petak kuning dengan berbentuk V. Kesemua gambar di bawah ini boleh menggunakan algoritma yang sama dengan 3 Petak Kuning. Terdapat juga keadaan yang tidak ditunjukkan dalam gambar di bawah tetapi asalkan ada 3 petak kuning berbentuk V, boleh gunakan algoritma ini. Pastikan bentuk V itu berada pada kedudukan yang sama seperti dalam gambar.

Sama dengan 3 Petak Kuning V

3 Petak Kuning - Melintang

3 Petak Kuning Melintang
Apabila dapat keadaan ini, hanya sekali sahaja perlu gunakan algoritma yang diberikan. Pastikan kedudukan melintang sama seperti dalam gambar. Terdapat juga keadaan seperti gambar di bawah.

3 Petak Kuning Melintang di tengah
Kebiasaanya apabila dapat 1 Petak Kuning, anda perlu membuat sekali algoritma untuk mendapatkan 3 Petak Kuning - V dan seterus beberapa kali lagi untuk dapatkan 3 petak Kuning melintang.


Akhirnya siap untuk Tahap 4 ini.


Pengenalan
Tahap 1: Silang Putih
Tahap 2: Penjuru Putih
Tahap 3: Baris Tengah
Tahap 4: Silang Kuning
Tahap 5: Permukaan Kuning
Tahap 6: Baris Atas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan