Rabu, 27 Jun 2018

Rubik's Cube Tahap 3: Baris Tengah

Rubik's Cube Tahap 3: Lapisan Tengah

Untuk tahap ini, matlamatnya adalah untuk menyiapkan lapisan pertengahan.
Matlamat akhir untuk Tahap 3
Sila terbalikkan kiub dengan permukaan Kuning menghadap ke atas (permukaan Putih ada di bahagian bawah).
Permukaan Kuning menghadap ke atas
Untuk langkah ini, cari kiub tepi (Edge Pieces) yang tidak mempunyai warna Kuning. Pusing baris teratas (Upper) sehingga kiub berwarna pada permukaan yang sama.

Pastikan permukaan yang akan diselesaikan berada di hadapan.

Kemudian ikut algoritma ini.

Tahap 3a
Tahap 3b

Kadang-kadang akan dapat kiub tepi pada kedudukan ini:
Sekiranya ini berlaku, gunakan Tahap 3a sebanyak 2 kali dengan 2 putaran U di antaranya.


Sekiranya berada disebelah kiri.


Teruskan dengan  petak yang lain. Nampak seperti susah tetapi sebenarnya algoritma ini berulang-ulang sahaja. Untuk baris tengah ini, algoritma yang perlu ingat hanya Langkah 3a dan Langkah 3b. Akhirnya Rubik's Cube akan kelihatan seperti ini:

Siap untuk baris tengah
Teruskan untuk Tahap seterusnya.
Pengenalan
Tahap 1: Silang Putih
Tahap 2: Penjuru Putih
Tahap 3: Baris Tengah
Tahap 4: Silang Kuning
Tahap 5: Permukaan Kuning
Tahap 6: Baris Atas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan