Kelas ke-2.
Tak banyak tip kali ini sebab trail bukit. Bila tak biasa training naik bukit ni, memang terasa sakit kaki walaupun hanya 4km. Walaupun banyak berhenti, tetapi sebab dah lama berehat aku cepat rasa penat.
Kali ini aku dapat cuba Garmin Forerunner 235 ada masa nak cuba betul-betul jam ini sebab masuk trail lambat sikit.
Skrin jam ini memang ok tapi bukan touch screen. Seperti Garmin Forerunner 980XT sebelum ini, mula-mula aku rasa agak sukar nak guna jam ini tetapi lepas lebih 10 minit, ok dah. Dibandingkan dengan Forerunner 980XT, Forerunner 235 ada fungsi heart rate. Jadi aku berkesempatan bandingkan fungsi heart rate Forerunner 235 dengan Mi Band 2.
Dari segi pengesan pula, Forerunner 235 lebih mudah mengesan heart rate daripada Mi Band 2. Sebelum ini aku ada terangkan Mi Band 2 ini menghadapi masalah untuk mendapatkan bacaan heart rate. Untuk Forerunner 235, tiada masalah untuk mengesan walaupun tengah berlari dan tangan berpeluh.
Dari segi harga memang seperti langit dan bumi. Mi Band 2 harga biasa adalah RM125 dibandingkan Garmin Forerunner 235 iaitu RM1,550. Tetapi fungsi GPS memang memudahkan aku untuk rekod jarak larian. Tidak perlu bawa handphone. Jadi my next wishlist, Xiami masukkan GPS pulak dalam Mi Band. Sebelum ini harap ada skrin, dah jadi kenyataan.
Harap-harap kelas seterusnya aku dapat cuba Fenix pulak.
Tak banyak tip kali ini sebab trail bukit. Bila tak biasa training naik bukit ni, memang terasa sakit kaki walaupun hanya 4km. Walaupun banyak berhenti, tetapi sebab dah lama berehat aku cepat rasa penat.
Forerunner 235 |
Kali ini aku dapat cuba Garmin Forerunner 235 ada masa nak cuba betul-betul jam ini sebab masuk trail lambat sikit.
Skrin jam ini memang ok tapi bukan touch screen. Seperti Garmin Forerunner 980XT sebelum ini, mula-mula aku rasa agak sukar nak guna jam ini tetapi lepas lebih 10 minit, ok dah. Dibandingkan dengan Forerunner 980XT, Forerunner 235 ada fungsi heart rate. Jadi aku berkesempatan bandingkan fungsi heart rate Forerunner 235 dengan Mi Band 2.
Forerunner 235 vs Mi Band 2
Secara kesuluruhannya bacaan Mi Band kurang 20-30 daripada Forerunner 235. Memang banyak perbezaan. Jadi yang mana lebih tepat? Setelah kira secara manual, heart rate aku ketika waktu rehat (berdiri dan sedikit pergerakan) adalah dalam 70-80. Mi Band 2 mendapat bacaan dalam 70-75 dan Garmin Forerunner 235 mendapat bacaan 70-75 juga. Tetapi ketika berlari dan aktif, terdapat jauh perbezaan bacaan. Dalam keadaan ini aku tak dapat nak kira secara manual jadi tak tahu bacaan mana yang tepat. Untuk Mi Band 2, ketika aktif mendapat bacaan 110-140 dan untuk Garmin Forerunner 235 mendapat bacaan 130-170. Jadi tak pasti mana yang tepat.Dari segi pengesan pula, Forerunner 235 lebih mudah mengesan heart rate daripada Mi Band 2. Sebelum ini aku ada terangkan Mi Band 2 ini menghadapi masalah untuk mendapatkan bacaan heart rate. Untuk Forerunner 235, tiada masalah untuk mengesan walaupun tengah berlari dan tangan berpeluh.
Dari segi harga memang seperti langit dan bumi. Mi Band 2 harga biasa adalah RM125 dibandingkan Garmin Forerunner 235 iaitu RM1,550. Tetapi fungsi GPS memang memudahkan aku untuk rekod jarak larian. Tidak perlu bawa handphone. Jadi my next wishlist, Xiami masukkan GPS pulak dalam Mi Band. Sebelum ini harap ada skrin, dah jadi kenyataan.
Harap-harap kelas seterusnya aku dapat cuba Fenix pulak.
#garminmalaysiarunningclinic2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan