Selasa, 27 Disember 2016

DIY: Kepala paip patah dalam dinding

Baru-baru ini kepala paip di dapur patah. Sebabnya blind tingkap bila diturunkan selalu terjatuh terkena kepala paip. Bila dah berbulan-bulan kena hentak, terus patah. Biasalah.. beli yang murah-murah saja.

Bila dah patah ni, susah nak keluarkan baki yang tertinggal sebab tidak ada kepala paip untuk dijadikan pemulas. Cari-cari di internet tak jumpa pulak cara yang sesuai, jadi aku pergilah ke kedai hardware yang terdekat. Terus tanya dengan perkerja di situ ada tak alat untuk keluarkan baki kepala paip dalam dinding. Terus dia tunjukkan besi tajam ni.
  

Guna peralatan ini saja
Aku tak ingat apa nama besi tajam ni. Tapi pekerja tu syorkan aku guna yang ini. Pastikan guna cerucuk yang hujungnya bersegi macam dalam gambar tu.

Masukkan dalam lubang paip dan ketuk sedikit
Cara guna memang mudah, masukkan cerucuk tu dalam lubang kepala paip yang patah dan ketuk-ketuk sikit biar masuk ke dalam. Bahagian yang bersegi-segi di kepala cerucuk itu akan buatkan baki paip ada alur untuk memudahkan kita pusing baki tu. Lepas ketuk, pusingkan arah lawan jam untuk keluarkan baki kepala paip. Kalau tak boleh jugak, ketuk kuat sedikit untuk cerucuk tu cengkam lebih. Tapi hati-hati takut lubang paip tak cukup dalam.

Dapat juga keluar
Dah keluar tu, kenalah cari kepala paip baru. Kali ini beli yang tahan skit. :)

13 ulasan:

  1. terbaikkkkk ....thanks for sharing

    BalasPadam
  2. Bagaimana untuk berbaiki kepala paip yang patah di dinding

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf saya kurang pakar hal-hal baiki ni... ni DIY saja.. kepala paip murah.. air yang masuk banyak keladak sampai makan paip air. Saya cuba buka cara biasa tapi kepala patah, tinggal sisa dalam dinding. Yang dalam dinding tu saya cuba nak keluarkan.

      Padam
  3. paip yg patah tu jenis pvc atau jenis mcm besi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paip biasa di dapur... bukan pvc dan besi.. kepala paip murah..plastik

      Padam
  4. mmg tengah sarabut kepala la ni..trim kasih.. nak cari tools..

    BalasPadam
  5. Kalau patah dalam paip pvc mcm mana ye?

    BalasPadam
  6. Paip sinki sy pn pth dlm sy gn skru driver pn x leh klur... Skrg ni gn drill utk buang baki tp x berkesan mcm mn nk bt.... Skrg ni air kt rum x leh gn sbb kn tutup meter... Huhuhu... Hrp de yg leh membantu.

    BalasPadam
  7. Huhhhhu call plumber pertama katanya rm380. Plumber kedua rm260 tanya mmber katanya barang rm50 je tapi servis kemahiran tu yg mahaiii.. tq atas perkingsian hari isnin ni cari barang . ❤

    BalasPadam