Sudah beberapa hari ada orang tu sibuk pasal i-THINK. Masalah nak loading. Dari subuh sampai ke malam asyik nampak roda pusing-pusing tak berhenti-henti. Mula-mula tu masalah tak jumpa link, kemudian masalah nak download Java dan akhirnya bila dah install semua, masalah loading pulak. Kesian.. banyak masalah jugak nak pakai sistem ini. Tapi sebab dah wajib, cikgu-cikgu kena juga hadap.
Kalau pakai sistem Java di PC memang akan ada masalah begini sebab sebelum ini pun pernah alami. Memang pelik kalau pakai sistem ini sebab kena pakai versi Java yang disyorkan sahaja. Jadi kalau jenis yang sentiasa kemaskini (update) Java, akan ada masalah nak masuk sistem. Kadang-kadang tak keluar langsung dan kadang-kadang masalah loading. Jadi aku syak sistem i-THINK ini pun alamai masalah yang sama.
Langkah Pertama
- Amat-amat disyorkan lawat laman web i-THINK dulu. http://mygfl.moe.gov.my/
- Muat turun i-THINK User Installation Guide dan cuba ikut langkah-langkah yang ada dalam manual tersebut.
- Pastikan muat turun aplikasi seperti Mozila Firefox, Java dan Flash melalui link yang diberikan.
- Kalau tak berjaya, baru ikut apa yang saya tulis di bawah.
Semak versi Mozilla Firefox 32-bit atau 64-bit
Cara paling mudah, type "about:support" dan Enter.
Type about:support dan Enter |
Dalam ruangan Application Basic cari User Agent dan lihat versi Firefox.
User Agent |
Kalau anda lihat
|
Maksudnya
|
---|---|
Win64; x64 | 64-bit Firefox |
WOW64 | 32-bit Firefox on 64-bit Windows |
(selain dari yang di atas) | Anda menggunakan 32-bit Windows |
Untuk i-THINK, kita memerlukan 32-bit Firefox. Jadi dari screenshot itu, Firefox ini sesuai digunakan.
Kalau anda mendapat 64-bit Firefox, sila install 32-bit Firefox. Tetapi besar kemungkinan anda menggunakan sama seperti di atas sekiranya muat turun dari link i-THINK.
Kalau anda mendapat 64-bit Firefox, sila install 32-bit Firefox. Tetapi besar kemungkinan anda menggunakan sama seperti di atas sekiranya muat turun dari link i-THINK.
Cara muat turun Java SE 7
Dari pengalaman malam tadi, aku tak dapat nak muat turun Java dari laman i-THINK. Dapat status "File Transfer Blocked". Kalau muat turun dari laman Oracle, akan muat turun Java JRE yang terkini iaitu Java JRE 8. Java versi ini tak serasi dengan sistem i-THINK dan ia juga adalah 64-bit yang tidak serasi dengan Firefox 32-bit.Muat turun Windows x86 Offline |
- Sila lawat link ini http://www.oracle.com/technetwork/java/java-archive-downloads-javase7-521261.html.
- Cari "Java SE Runtime Environment 7u79".
- Tick "Accept License Agreement".
- Muat turun "jre-7u79-windows-i586.exe". (Pastikan anda muat turun Windows x86 Offline bukannya Windows x64 Offline.)
- Sign-in. Kalau tidak ada akaun, cipta akaun baru.
- Selesai muat turun, install.
Masalah yang timbul
Disebabkan pakai Java versi lama, Firefox akan keluarkan beberapa amaran seperti:
1. Outdated plugin
Amaran dari Firefox |
Tekan Allow |
Tekan saja Later |
Pilih Allow and Remember |
4. Application Blocked by Security Settings
Punca Masalah |
Selesaikan masalah "Application Blocked by Security Settings"
Inilah punca sebenar kenapa tak dapat nak loading. Java tak benarkan capaian kena laman i-THINK. Cara selesaikan:
- Kalau guna Windows 10, di search box cari "configure java".
Untuk Windows 10 - Tekan tab Security.
Tekan Tab Security - Tekan Edit Site List.
- Tekan "Add" dan masukkan "http://mygfl.moe.gov.my/"
Masukkan "http://mygfl.moe.gov.my/". - Tekan "OK" dan "Continue".
- Tekan "OK".
i-THINK
Masa untuk mencuba.
- Buka Firefox dan pergi ke laman i-THINK. http://mygfl.moe.gov.my/
- Pergi MyGfl. (Disebelah Halaman Utama).
- Tekan MyLesson.
- Tekan Launch.
- Di penjuru kiri Firefox, tekan ikon lego dan pilih "Allow and Remember" untuk kedua-dua plugin.
Pilih "Allow and Remember" - Sekira keluar "Security Warning", pilih "Run".
Pilih "Run". - Tekan "Launch".
- Ok, setel.
Berjaya Masuk
Tahun depan tak tahu pakai ke tak sistem ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan