Isnin, 28 November 2016

Pendawaian Rumah (House Wiring) - 2 suis 1 lampu


Isnin ni aku ambil cuti sehari sebab nak buat wiring rumah. Walaupun wireman developer dah tambah fius, tetapi penambahan wiring untuk lampu dan kipas kena buat sendiri. Disebabkan ada tambahan ruang  tamu, jadi banyak wiring yang perlu dibuat.
Point lampu dan kipas di ruang tamu
Agak sukar nak buat wiring di ruang tamu tambahan ini sebab terpisah dengan dinding di atas siling. Jadi kena buka atap genting dan langkau dinding. Tengah-tengah kusyuk buat wiring, tak sedar hujan turun, jadi satu kerja pulak kena mop sebab air hujan masuk. Susah buat wiring masa musim hujan ni.

Bumbung pula amat rendah, tak boleh nak berdiri. Terpaksa merangkak. Kaki pun lenguh-lenguh. Walaupun hari hujan tetapi rasa macam dalam sauna. Berpeluh macam lepas workout.

Untuk rumah ni kecuali ruang tamu tambahan, aku pakai lampu panjang LED mengantikan lampu pendaflour. Disebabkan harga lampu LED sudah hampir sama dengan lampu pendaflour jadi aku pilih lampu LED sebab lebih jimat elektrik. Harga satu set boleh dapat bawah RM15. Mula-mula survey di MR DIY harga dapat dalam RM24. Tetapi bila pergi kedai peralatan elektrik yang biasa aku pergi, diorang jual RM13.50 jer. Tapi 'casing' dia macam lampu pendaflour biasa. Nak pasang kena cabut 'casing' dulu. Kalau Mr DIY pakai klip saja.
Jadilah.. budget punya pasal...
Untuk ruang tamu, atas permintaan orang rumah, aku pasang lampu downlight. Pakai siling lepar simen, bukan kapur. Jadi kurang cantik bila guna lampu downlight ni. Nak pasang pun agak sukar sebab siling ni keras dibandingkan dengan siling kapur. Drill aku pulak dah lama rosak sejak tenggelam banjir 2013. Terpaksa buat cara manual. Macam-macam cara aku cuba, tapi yang paling senang aku tebuk lubang guna screwdrive sekiling bulatan kemudian guna pisau untuk potong. Ada jugak yang terpecah-pecah tetapi boleh cover dengan cat nanti. Nak buat macam mana, nak jimat kos.
Guna jangka lukis untuk bulan dan screwdriver mata philip untuk tebuk lubang kecil

Di bawah ini aku tulis harga barang-barang yang aku beli.


Harga
Nota
Lampu LED T8 Mr DIY RM24 Mudah pasang
Lampu LED T8 20W RM13.50
Suis 1 hala 3-point (3 gang 1 way) RM4.80
Suis 2 hala 4-point (4 gang 2 way) RM9.70
Suis 1 hala 4-point (4 gang 1 way)RM
Wayar 1.5mm (1 gelung)RM35.00
Wayar 2.5mm (1 gelung)RM55.00

Cara pemasangan

Sebenarnya nak pasang wiring tak susah, tetapi kena berani dan kenal jenis wayar. Terdapat beberapa cara sambungan dan antaranya:

1 Suis, 1 lampu

Satu suis, satu lampu
Sambungkan wayar Hidup (merah) ke suis dan wayar Neutral (hitam) ke sambungan neutral lampu. Sambungan Hidup (Live) lampu disambungkan ke suis. Biasa guna wayar hidup yang lain dari merah. Untuk wayat Bumi (hijau), sambungkan ke badan lampu.

1 suis, 2 lampu

Satu suis, dua lampu
Sama seperti 1 suis, 1 lampu, untuk sambungan ini, wayar hidup L1 dan L2 disambungkan terus. Satu wayar hidup dari salah satu lampu L1 atau pun L2 disambungkan ke S1. Kedua-dua L1 dan L2 akan menyala bila S1 dipetik.

2 suis, 1 lampu

2 suis, 1 lampu
Sambungan yang ini nampak mudah dalam diagram tetapi bila melibatkan wiring di atas siling, memang agak rumit sebab banyak wayar yang digunakan. Untuk sambungan ini, suis dua hala digunakan. Kebiasaanya gaya sambungan ini digunakan di tangga. Satu suis di bawah dan satu suis di atas. Bila suis S1 dipetik, lampu L1 akan menyala dan apabila suis S1 ataupun S2 dipetik L1 akan terpadam. Jadi tak perlu turun tangga untuk tutup lampu.

Sebelum ini aku tak pernah mencuba sambungan ini tetapi sebab untuk loteng rumah, aku cuba buat sambungan ini.
Kiri Loteng, Kanan Bawah
Agak berserabut kepala nak buat wiring lebih-lebih lagi bila buat sorang-sorang. Kena naik turun tangga. Di tingkat bawah juga ada lampu dan kipas jadi memang berselirat dengan wayar. Bila banyak-banyak wayar macam ini, amat penting ada pelbagai warna wayar untuk kena wayar hidup. Kalau semua pakai merah, memang kena "trial and error". Tetapi sebab aku nak "save budget", aku akan tanda dengan wayar tape jer, lagi jimat.

Selesai sudah wiring untuk ruang tamu dan bilik tengah. Untuk dapur dan bilik belakang kena tunggu cuti lain.

4 ulasan:

  1. Asaalamualaikum diy.. boleh ajar x psg kipas siling dgan regulator skali. .yg sya bingung byk jnis suis dan regulator ni.. dn nk tnya lagi apa fungsi neutral.. sbb life tu yg ada karen.. dan apa maksud COM kat suis tu.. trima kasih..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Bole cuba tengok dlm utube tuan. Dalam satu litar satu fasa, pendawaian rumah, ada wayar hidup (live) dan neutral untuk arus return ke punca. Com dalam suis maksud Common, biasanya digunakan utk parallel wayar live jika kita sambungkan beberapa suis dalam satu litar dr punca yg sama. Harap boleh bantu utk pencerahan dari soalan tuan.

    BalasPadam
  4. As salam tuan..nk tnya apa akn jd kalau wayar bumi yg looping ke body lampu n kipas tu di looping blk masuk ke suis..kan dkt connector blkg suis tu ada L1,L2....ada bijak pandai looping msk ke situ pula..apa akan jd yea..tq tuan..

    BalasPadam