Selasa, 22 November 2016

Ukuran design banner dan bunting di Adobe Photoshop

Antara kerja aku yang tidak ada dalam skop kerja adalah buat design banner dan bunting. Padahal aku tak ada kesenian langsung tetapi disebabkan ambil jurusan Teknologi Maklumat, jadi ramai orang berfikir apa-apa sahaja berkenaan komputer, aku mesti tahu. Jadi selalulah jadi bidan terjun. Dan antara masalah utama yang berlaku adalah menentukan ukuran saiz banner dan bunting di dalam perisian Adobe Photoshop. Sebab aku kena buat design ni hanya 2, 3 kali sahaja setahun jadi selalu lupa pasal setting.

Saiz Banner dan Bunting

Ada pelbagai saiz banner ni tetapi yang biasa dibuat adalah:
  • 12 kaki x 4 kaki
  • 15 kaki x 4 kaki
  • 10 kaki x 4 kaki
  • 20 kaki x 4 kaki
Tetapi saiz ini sebenarnya bergantung kepada tempat banner ini akan digantung. Biasa yang aku guna saiz 10 x 4.

Untuk bunting, lebih senang sebab kebiasaannya saiz 2 kaki x 5 kaki.

Perbezaan antara Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator

Kedua-dua perisian ini boleh digunakan untuk mereka design banner dan bunting tetapi setiap satu ada kelebihan.

Adobe Photoshop


Sesuai untuk design yang menggunakan banyak gambar. Sebabnya Photoshop ini lebih kepada bitmap editor. Penentuan resolusi amat penting dalam Photoshop sebab gambar yang beresolusi rendah akan memberikan cetakan yang tidak jelas. Sebagai contoh, gambar bersaiz A4 dicetak besar di atas kertas saiz A1, pasti akan nampak imej pecah-pecah. Tetapi gambar saiz A1 jika dicetak di atas kertas saiz A4, gambar akan lebih jelas.

Adobe Illustrator

Illustrator adalah sebuah perisian melukis imej vektor. Imej vektor ini adalah gabungan garisan dan bulatan yang terhasil dari kiraan matematik yang membenarkan imej dibesarkan atau dikecilkan. Lebih sesuai untuk design logo dan banner yang hanya menggunakan imej vektor.

Disebabkan pada kebiasaanya banner ini memerlukan dimasukkan gambar, jadi saya selalu menggunakan Adobe Photoshop untuk design banner.

Formula untuk setting Adobe Photoshop

Ada beberapa cara untuk mengira ukuran saiz banner dan bunting dan yang paling mudah adalah darab 3.

Bila bercakap tentang saiz banner dan bunting, kita akan sebut dalam kiraan kaki. Jadi untuk banner bersaiz 10 kaki x 4 kaki, hanya darabkan 10x3 dan 4x3. Jadi ukuran yang perlu dimasukkan dalam setting Adobe Photoshop adalah 30 x 12. Perlu diingatkan, tukar unit kepada inci.
Guna CMYK Color dan Resolusi 300
  • Ukuran dalam kaki darab dengan 3 
  • Resolussion : 300 pixel/inch 
  • Color mode : CMYK
Mudah saja rupanya...

16 ulasan:

  1. Terima kasih untuk ilmu ini tuan!

    BalasPadam
  2. Nak design sticker
    1.5cmx6.5cm
    Berapa setting pada photoshop
    T kasih

    BalasPadam
  3. sangat membantu. terima kasih. semoga diberkati

    BalasPadam
  4. Terima kasih, ilmu bermanfaat

    BalasPadam
  5. untuk ukuran 190cm x 280cm mcm manae ye? dalam photoshop?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ukuran cm kan ada dlm photoshop tu. Masukkan saja.

      Padam
  6. Tq ye admin.. Sgt membantu, Saya pon x selalu buad, baru nk cuba..

    BalasPadam
  7. kalau saiz kita nak fit pada satu kawasan..contohnya 2 kaki 11 inci x 3 kaki 1 inci..macamana nak tukar dalam inci tu yer..tq banyak2...

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. ukuran banting 2x5 ke ukuran photoshop

    BalasPadam
  10. Ukuran 2*6 dalam pix brpa ya?

    BalasPadam
  11. hai. khemah ukuran 8x8, jadi saiz banner 8'x3' berapa ye ukuran dalam photoshop?

    BalasPadam