Memaparkan catatan dengan label saiz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saiz. Papar semua catatan

Khamis, 11 Jun 2020

Saiz plastik sampah yang sesuai


Kali ini aku buat post sampah...Ha..ha.. Sebab selalu tak ingat saiz yang sesuai untuk tong sampah kat rumah, jadi aku buat post ni.

Plastik sampah ini biasa aku beli bila teringat je. Jadi masa tu kedai mana aku pergi, kedai itulah aku akan beli. Yang merumitkan lagi, setiap kedai akan menjual mengikut jenama-jenama yang berlainan. Jenama-jenama ini pula akan memaparkan saiz mengikut standard mereka tersendiri. Kadang-kadang ada yang tulis saiz S, M, L sahaja tanpa menulis ukuran saiz dan kadang-kadang ada juga tulis dalam unit cm dan ada juga dalam unit inci.

Selalu jugak kedai yang aku selalu pergi asyik bertukar saja jenama plastik sampah yang dijual. Jadi memang selalu juga la aku teragak-agak saiz mana nak dibeli. Walaupun setiap bulan memang kena beli, aku memang selalu lupa saiz yang sesuai untuk tong sampah kat rumah aku ni. Jadi ini aku senaraikan plastik-plastik sampah yang sempat aku survey.

Tong Sampah Saiz Ukuran (cm) Ukuran (inci) Plastik

Tong sampah kecil yang biasa ada di ofis atau di dalam bilik. Yang ni senang nak pilih sebab memang kebiasaanya saiz S.
Kapasiti <8L (~2 Gelen)
Ketinggian 26-30 cm (10-12 inci)

S 48 x 53 19 x 21

Ini yang saya letak dalam rumah.
Kapasiti 50L (~10 Gelen)
Ketinggian 40-45cm (15-18inci)
M


Banyak digunakan di rumah-rumah sebelum tong sampah hijau dibekalkan oleh Alam Flora.
Kapasiti 70L (~15 Gelen)
Ketinggian 65-70cm (25-27 inci)

66 x 90 26 x 35
71 x 91 28 x 36


Saiz kecil daripada yang dibekalkan Alam Flora. Kapasiti 100L (~22 Gelen)
Ketinggian 78-80cm (30-32 inci)

L 74 x 92 29 x 36

76 x 100 30 x 39

Tong sampah yang dibekalkan Alam Flora. Kapasiti 120L (~26 Gelen)
Ketinggian 94cm (37 inci)

XL 82 x 110 32 x 43
82 x 110 32 x 43
82 x 102 32 x 40
XXL 90 x 117 35 x 46

Jadual di atas ini hanya yang aku buat sendiri, jadi bukan saiz standard untuk saiz S,M, L ataupun XL. Segala maklumat aku dapatkan dari plastik bag itu sendiri dan ukurannya aku tukar sendiri unit kalau tidak dipaparkan.

Bila dah buat senarai ni baru nampak jelas setiap jenama ada standard saiz sendiri. Saiz S senang nak kenal tapi kalau tong sampah jenis saiz M memang susah nak kenal pasti plastik yang sesuai. Macam yang aku guna di rumah, kalau beli saiz S akan terlalu kecil dan kalau beli saiz M akan jadi terlebih besar pula. Jadi biasanya aku akan terbeli yang lebih besar.

Tapi dari pengalaman, kalau tong saiz 50L macam aku ni, beli plastik sampah saiz 70L lebih sesuai. Kalau ngam-ngam asyik kena betulkan plastik je sebab selalu termasuk dalam tong sampah.

Selasa, 22 November 2016

Ukuran design banner dan bunting di Adobe Photoshop

Antara kerja aku yang tidak ada dalam skop kerja adalah buat design banner dan bunting. Padahal aku tak ada kesenian langsung tetapi disebabkan ambil jurusan Teknologi Maklumat, jadi ramai orang berfikir apa-apa sahaja berkenaan komputer, aku mesti tahu. Jadi selalulah jadi bidan terjun. Dan antara masalah utama yang berlaku adalah menentukan ukuran saiz banner dan bunting di dalam perisian Adobe Photoshop. Sebab aku kena buat design ni hanya 2, 3 kali sahaja setahun jadi selalu lupa pasal setting.

Saiz Banner dan Bunting

Ada pelbagai saiz banner ni tetapi yang biasa dibuat adalah:
  • 12 kaki x 4 kaki
  • 15 kaki x 4 kaki
  • 10 kaki x 4 kaki
  • 20 kaki x 4 kaki
Tetapi saiz ini sebenarnya bergantung kepada tempat banner ini akan digantung. Biasa yang aku guna saiz 10 x 4.

Untuk bunting, lebih senang sebab kebiasaannya saiz 2 kaki x 5 kaki.

Perbezaan antara Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator

Kedua-dua perisian ini boleh digunakan untuk mereka design banner dan bunting tetapi setiap satu ada kelebihan.

Adobe Photoshop


Sesuai untuk design yang menggunakan banyak gambar. Sebabnya Photoshop ini lebih kepada bitmap editor. Penentuan resolusi amat penting dalam Photoshop sebab gambar yang beresolusi rendah akan memberikan cetakan yang tidak jelas. Sebagai contoh, gambar bersaiz A4 dicetak besar di atas kertas saiz A1, pasti akan nampak imej pecah-pecah. Tetapi gambar saiz A1 jika dicetak di atas kertas saiz A4, gambar akan lebih jelas.

Adobe Illustrator

Illustrator adalah sebuah perisian melukis imej vektor. Imej vektor ini adalah gabungan garisan dan bulatan yang terhasil dari kiraan matematik yang membenarkan imej dibesarkan atau dikecilkan. Lebih sesuai untuk design logo dan banner yang hanya menggunakan imej vektor.

Disebabkan pada kebiasaanya banner ini memerlukan dimasukkan gambar, jadi saya selalu menggunakan Adobe Photoshop untuk design banner.

Formula untuk setting Adobe Photoshop

Ada beberapa cara untuk mengira ukuran saiz banner dan bunting dan yang paling mudah adalah darab 3.

Bila bercakap tentang saiz banner dan bunting, kita akan sebut dalam kiraan kaki. Jadi untuk banner bersaiz 10 kaki x 4 kaki, hanya darabkan 10x3 dan 4x3. Jadi ukuran yang perlu dimasukkan dalam setting Adobe Photoshop adalah 30 x 12. Perlu diingatkan, tukar unit kepada inci.
Guna CMYK Color dan Resolusi 300
  • Ukuran dalam kaki darab dengan 3 
  • Resolussion : 300 pixel/inch 
  • Color mode : CMYK
Mudah saja rupanya...