Isnin, 28 November 2016

Dah 30 Minggu

7 bulan yang lalu...

7 bulan yang lalu, berat aku 80kg.

7 bulan yang lalu, nak jogging 1 km pun tak mampu.

7 bulan yang lalu jugak, doktor kata aku berisiko untuk kena tekanan darah tinggi. Siap kena nasihat untuk jaga makan dan bersenam.

30 minggu yang lalu aku mula buat Freeletics. 
3 tahun lepas, berat tak sampai 80kg tapi dah macam kena pam

30 minggu lalu...

Sebelum aku kenal Freeletics, pertama kali dengar tentang senaman HiiT adalah dari kursus Getting Fit - Healthy Lifestyle. Bermula dari situ, aku mula buat senaman biasa seperti Pushups, Situps dan Squat. Tetapi hanya bertahan beberapa hari. Walaupun dah kena nasihat doktor, masih kurang motivasi nak bersenam ni.

Kemudian aku teringat pasal Freeletics. Pernah terbaca tentang aplikasi ini tetapi masa tu hanya sekali lalu sebab tak minat. Kebetulan ternampak post tentang Freeletics di Facebook,  jadi aku cuba install dan cuba buat workout pertama.

Aku bermula dengan 2/5 Morpheus. 2 pusingan saja tetapi ambil masa hampir 4 minit. Masa tu memang azab nak habiskan 2 round. Pushups pulak hanya mampu buat 5. Sebab rasa macam susah sangat, rasa malas tu datang. Tetapi cuba jugak selama seminggu. Dalam masa yang sama aku mula juga jogging. Test run... memang mencungap nak habiskan 4km saja...
Workout Minggu #1
Pertama kali cuba 10 pusingan balapan
Minggu ke-2, Bro. Rejim masukkan aku dalam group Freeletics Pahang. Mula-mula tu rasa macam poyo jugak sebab rasa macam tak percaya jer nak terus buat Freeletics ni, tapi impaknya sangat besar. Lepas masuk group ni, bersemangat nak ber'Freeletics' lebih-lebih lagi lepas buat workout dengan kawan-kawan di SUKPA, 11hb Mei 2016.


Masa tu kena buat 10 Push, 10 Situps, 10 Squat,  Morpheus dan Nyx. Banyak masa berehat antara workout tetapi sampai Nyx tu tetap rasa sangat penat sampai tak mampu nak bangun dah, nak buat Stand Up pun kena tolak dengan tangan. Mula-mula ingat Nyx ni 3 round saja jadi senang nak buat, tetapi azab. Tetapi masa inilah berjumpa dengan geng-geng Freeletics yang masih kekal bersama-sama buat benda memenatkan ni.


14hb May 2016 (Sabtu), 1st Official Mass Workout untuk Freeletics Pahang. Yang ini memang ramai yang hadir. Kena buat Metis, Morpheus dan Prometheus. Boleh tahan jugak azabnya. Pertama kali rasa nak termuntah bila bersenam. Memang rasa nak berhenti jer.

2nd Mass Workout
2nd Mass Workout di minggu ke-2, lagilah sakit badan. Kena buat Dione. Nasib baik hujan masa round terakhir. Sejuk sikit badan. Dione pertama kali ni mengambil masa 1 jam lebih, itu pun selepas beberapa kali mengelat, form tak perfect. Masa ni aku tak beli Exercise Mat lagi, jadi bawak alas meja yang ada anti-slip. Janji ada alas...

Berbunga-bunga alas meja
Dan minggu-minggu seterusnya aku terus buat Freeletics walaupun masa bulan puasa (ada post dalam blog ni). Dari biasa buat sorang-sorang di rumah sehingga Mini Stadium IIUM Kuantan dah jadi tempat aku berpeluh petang-petang bersama geng-geng Freeletics. Memang kadang-kadang rasa malas akan datang dan kadang-kadang tak sempat buat. Tapi bila tengok geng-geng lain buat, memang akan ada rasa semangat nak teruskan.

Freeletics Pahang

Mengapa Freeletics?

Kenapa aku pilih Freeletics? Sebenarnya bukan hanya Freeletics yang aku cuba buat. Dalam masa yang sama ada juga aku cuba Tabata, berjogging dan lain-lain. Tetapi kenapa aku lebih fokuskan Freeletics?  Sebabnya ada komuniti Freeletics Pahang yang superb. Group whatsapp memang aktif sesangat. Memang kena 'mute' terus. Yang bestnya bukan hanya cerita pasal Freeletics saja tapi macam-macam.

3 orang budak botak sekarang ni
Tetapi sebab utama aku masih kekal dan fokus dengan Freeletics ini disebabkan adanya 2 orang hebat.  Sepanjang 6 bulan ini diorang masih terus bersemangat dan kental untuk ber'Freeletics'. Literally, dari fat to fit. Bro. Ikmal a.k.a. Botak dan Bro. Salehuddin a.k.a. Pok Leh. Kalau nak tengok perubahan ketara disebabkan Freeletics ni, boleh tengok diorang. Terbaik...

Bukan saja Freeletics, long distance run pun cuba buat
Bagi aku, tak kisahlah nak buat apa pun, janji kena maintain.

Mula-mula aku sorang jer di sini

Diet?

Susah nak berdiet ni sebab dah bertahun cuba tapi tak berjaya. Tetapi kali ini aku lebih kepada kawal permakanan dan kurangkan air bergula.

Kalau dulu roti canai banjir 2 keping sekali makan. Kekadang sampai 3.
Nasi kalau tak mengunung tak sah.
Minuman kegemaran Milo Ais memang selalu dipesan bila keluar makan. Sampai office mate pun tahu apa yang aku nak pesan bila nak mnum.

Tapi sekarang yang aku sebut tu dah kurang. 
Roti canai, sebulan mungkin sekali.
Nasi, memang segenggam saja.
Milo ais, kadang-kadang seminggu sekali. Biasanya tak. 

Makanan bergoreng masih lagi makan sebab masih tak rajin nak sediakan bekal ke tempat kerja. Kalau makan di Cafe, memang takde pilihan dah. 

6 bulan kemudian

6 bulan kemudian..  berat aku 63kg.

6 bulan kemudian... tekanan darah dah turun.

6 bulan kemudian... aku mampu berlari 10km (okaylah.. yang last ni masih kurang lagi).

Uda Bridge Run - Pekan


6 bulan akan datang

Kemungkinan akan mula masuk gym. Bukan nak berketul-ketul tetapi lebih kepada untuk strength saja. Target loss %fat.

Long distance, may be not my forte. Sakit kaki punca utama. Tetapi masih lagi boleh diusahakan. Masih lagi target nak buat Marathon satu hari nanti.


#freeleticspahang
#freeleticskuantan
#aok2fitker

Tiada ulasan:

Catat Ulasan