Memaparkan catatan dengan label quota. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label quota. Papar semua catatan

Khamis, 11 April 2019

Akhirnya.. Unifi 30Mbps (Kos Pemasangan)

Selepas post aku Disember lepas, selain daripada dapat call 1, 2 hari selepas apply, takde lagi apa-apa khabar berita yang lain. Jadi bulan lepas aku pergi sekali lagi ke TM Point. Sebabnya sudah ada 2, 3 rumah telah ada cable fiber dipasang. Mesti line dah jalan.

Kebetulan dapat pegawai yang sama uruskan application sebelum ini. Mula-mula tanya pasal application lepas, rupa-rupanya kena apply semula sebab setiap application hanya terpakai untuk jangka masa yang tertentu. Jadi aku kena apply semula. Jasa Pack memang dah terlepas jadi kena pakai "plan" yang sedia ada.

Hanya 2 Plan ini dalam budget
Dalam budget hanya unifi Basic dan 100Mbps sahaja. Lagipun nak pakai laju-laju sangat pun bukan pakai. Tak layan game dan 4k video pun. Masa guna Streamyx 8Mbps dulu nak streaming HD pun dah ok. Jadi akhirnya pilihan hanya 2 ini saja. Ada satu lagi plan RM159. Yang itu sekali dengan Hypptv.

Jadi akhirnya aku pilih ambil yang basic saja dulu. Sebab masa nak daftar pegawai tu kata kuota dah naik ke 120GB. Aku tanya kuota 120GB ni hanya untuk tempoh promosi saja ke atau terus kekal. Pegawai tu jawab akan kekal walupun dah habis kontrak. Yang ini aku musykil juga sebab dalam laman web TM Net tulis 60GB jer. Harap-harap kekal 120GB. Kebetulan juga masa tu masih lagi dalam promosi unlimited untuk plan basic ni. Jadi aku nak cuba dulu.

Update:
Sedihnya hari (17 April 2019) buka unifi | Care. Sudah ada ruangan Data Quota. Yang sedih laginya kuota masih 60 GB bukan 120GB seperti yang diberitahu sebelum ini.

Sudah ada kuota


Proses Pendaftaran

Memang mudah, bagi IC dan pegawai TM Point akan uruskan yang lain. Hanya kena pengesahan jari dan juga tandatangan selepas habis semua maklumat di isi. Semasa daftar juga tak perlu bayar apa-apa tetapi pada bil pertama perlu bayar untuk 2 bulan (deposit untuk satu bulan). Untuk kos pemasangan pula kena bincang dengan kontraktor. Aku sebut bincang ni sebab bergantung kepada cara dan di mana wayar akan dipasang, jumlah kos akan berbeza.

Beberapa cara wiring di buat

Buat temu janji dengan kontraktor

Lepas balik dari TM Point aku dapat sms berkenaan pengesahan pesanan dan tarikh appointment dengan kontraktor. Dapat jugak link ke video ini:



Mula-mula appointment dengan kontraktor pada hari Isnin (3 hari selepas hari daftar), yang ini aku dapat sms. Kemudian terima panggilan daripada kontraktor. Tetapi semasa panggilan dengan kontraktor tu aku anjak ke Isnin seminggu lagi sebab kebetulan ada hal sepanjang hari. Lepas panggilan tu dapat lagi sms pengesahan masa pemasangan.  Bagus pulak rasanya sistem TM kali ni. Pada hari Isnin berikutnya, aku buat panggilan untuk set masa dan pengesahan. Sebab memang sudah diingatkan untuk set masa dulu. Takut-takut kontraktor buat projek untuk rumah lain dulu. 

Sampai masa yang ditetapkan, memang tempat masa diorang sampai. Aku pulak lambat.

Cara pemasangan wayar fiber optik

Okay, kebiasaanya ada 2 cara wayar akan dipasangkan dalam rumah.
  1. Yang pertama wayar dipasang di dinding, akan jelas kelihatan ikut dinding. Yang ni percuma untuk 30m pertama dan RM10 untuk 1meter seterusnya.
  2. Yang keduanya di atas siling. Jadi wayar tak kelihatan kecuali dari siling ke BTU. Yang ni kena bayar RM60 untuk 10m pertama dan RM10 untuk 1 meter seterusnya. Untuk wayar dari tiang ke dinding belakang rumah, percuma kalau pemasangan biasa (tarik terus dari tiang ke dinding). Kalau pasang bawah tanah, pastilah kena cas sebab rumit.


Jadual kos pemasangan
Kos pemasangan

Kalau ikut kiraan secara kasar, pada mulanya aku ingat tak sampai RM100. Tapi rupa-rupanya dalam 18 meter jugak wayar yang telah digunakan. Dari siling ke BTU saja sudah dalam 4 meter. Jadi jumlah semua aku kena bayar RM140 (RM60+RM80).

Komen aku

Tapi dari penerangan kontraktor, cara pertama lagi rumit nak pasang sebab kena ikut bentuk dinding dan kena jugak kena tebuk dinding. Kalau cara kedua, wayar fiber optic tu akan dipasangkan dengan "microduct protection" dan lalu atas siling. Sebab aku dah pernah buat wiring atas siling ni, aku tahu tak susah mana pun kalau guna cara ni. Microduct protection ni sama macam getah wayar extension cable yang warna kelabu tu. Jadi bila dah dipasangkan dengan protection tu, cara tarik tu dah jadi macam tarik wayar biasa (tapi sebab fiber optic ni fragile, masih kena berhati-hati). Rasa macam tak berpatutan pulak harga sampai RM10 semeter.

Microduct protection (gmabr dari Alibaba.com)
Tempoh masa kotraktor tu pasang pun tak lama, dalam 20-30 minit dah selesai. Dari mula diorang sampai, ukur jarak, bincang harga, pasang wayar, dan setup BTU sampailah diorang  pergi ke job lain, semuanya dalam masa sejam. Rasanya kalau guna cara pertama mesti lagi lama dan leceh.

Selepas sebulan

Jadi lepas lebih sebulan pakai ni, aku tak de apa-apa masalah. Setakat ini tidak ada lagi masalah disconnection ataupun kelajuan menurun. Buat masa ini kebanyakkan masa anak-anak guna untuk layan Youtube. Tidak ada tersangkut-sangkut. Berkenaan kuota, aku tak tahu nak semak di mana. Guna aplikasi care@unifi pun takde ruang untuk kuota. Harap-harap akan terus unlimited sampai bila-bila.

Router Model DLink AC1200

BTU