Memaparkan catatan dengan label unifi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label unifi. Papar semua catatan

Khamis, 25 April 2019

Hypptv... playTV... Unifi..

Dulu aku pernah tulis TM dah tambah kuota dari 60GB ke 120GB. Rupa-rupanya tak betul pun. Mesti pegawai perkhidmatan di TM Point tu silap dapat info. Lepas TM mula hidupkan fungsi kuota ni, dalam masa seminggu kuota internet aku dah habis. Rasanya kalau nak kira file yang aku download tak sampai 10GB pun. Kemungkinan sebab anak-anak banyak menonton youtube dan dalam masa pengguna internet kat rumah aku ramai.

Hypptv atau playTV?

Unifi 100mbps plan

Sebelum ini aku ada langgan streamyx 8Mbps dengan Hypptv. Tetapi sebab pindah rumah, terpaksa tamatkan akaun. Jadi untuk Unifi RM79 lepas, aku kena daftar untuk akaun baru dan kemudian upgrade pulak ke pelan 100Mbps (RM129). Untuk pelan RM129 ini tidak ada TV Bundle maksudnya tidak akan dibekalkan dengan TV Box.

Unifi TV Box
Semasa aku tamatkan akaun Streamyx, aku tak perlu pulangkan TV Box jadi box ni masih aku guna sebagai android box. Walaupun spesifikasi kotak putih ni rendah, aku masih dapat memainkan video beresolusi tinggi (720p, 1080p). Kebanyakkan movies dalam simpanan juga masih dapat dimainkan dengan baik kecuali peralihan dari satu antaramuka ke antaramuka yang lain agak perlahan. Namun begitu, disebabkan kotak putih ni sudah lama tidak disambungkan ke internet jadi kotak ini selamat daripada firmware update. Aku masih dapat memuat turun aplikasi melalui Google Play.

Aplikasi HyppTV

Jadi boleh ke aku gunakan terus aplikasi HyppTV dalam kotak putih ni? Jawapannya  TIDAK BOLEH.... Memang tak dapat nak guna aplikasi HyppTV ni disebabkan akaun untuk HyppTV dan juga playTV yang didatangkan dalam pakej 100Mbps (without TV Bundle) adalah berlainan. Jadi  untuk menonton siaran Unifi TV di kotak putih ini aku kena memasang aplikasi playTV ataupun upgrade lagi ke pakej dengan TV Bundle.

playTV

Pakej yang aku dapat

Untuk upgrade dari pelan 30Mbps ke 100Mbps, technician akan datang ke rumah untuk menukar STB. Setelah siap pasang, aku terima email untuk username dan password playTV. Tetapi masalahnya bagaimana nak pasang aplikasi playTV? Dalam Google Play aplikasi ni tak dapat muat turun ke box putih ni. Jadi terpaksalah aku guna cara lain iaitu laman web alternative untuk Google Play seperti apkpure.

Username untuk akaun unifi dan playTV ada sedikit perbezaan
Setelah siap pasang dan log in aku pun cuba guna playTV. Kemungkinan aplikasi yang aku pasang ini tidak serasi dengan Android Box, playTV ini langsung tidak sesuai digunakan di kotak Hypptv ni. Remote control memang tak sesuai digunakan melainkan anda ada gunakan wireless keyboard+mouse. Nak tukar channel pun amat sukar. Jadi playTV ni aku rasa memang hanya sesuai digunakan di dalam handphone sahaja. Sepatutnya TM kena bangunkan satu aplikasi yang mesra android box. Astro substitute, memang jauh sekali.

My 2 cent

Pada mulanya dengan penambahan RM50 ni (dari pakej RM79)  aku ingat ke bolehlah untuk tamatkan langganan Astro. Tetapi malangnya tidak (walaupun rasanya akan guna Njoi sahaja selepas ini). playTV bukanlah satu aplikasi yang sesuai digunakan untuk TV. Kenapa TM tidak bekalkan sahaja akaun HyppTV untuk pengguna  pakej ini?

Penambahan kelajuan dari 30Mbps ke 100Mbps sebenarnya tidak banyak memberikan impak kepada pengguna seperti aku ni. Kemungkinan langganan ke Maxis Fiber RM89 lebih berbaloi walaupun tanpa apa-apa aplikasi TV. 

Khamis, 11 April 2019

Akhirnya.. Unifi 30Mbps (Kos Pemasangan)

Selepas post aku Disember lepas, selain daripada dapat call 1, 2 hari selepas apply, takde lagi apa-apa khabar berita yang lain. Jadi bulan lepas aku pergi sekali lagi ke TM Point. Sebabnya sudah ada 2, 3 rumah telah ada cable fiber dipasang. Mesti line dah jalan.

Kebetulan dapat pegawai yang sama uruskan application sebelum ini. Mula-mula tanya pasal application lepas, rupa-rupanya kena apply semula sebab setiap application hanya terpakai untuk jangka masa yang tertentu. Jadi aku kena apply semula. Jasa Pack memang dah terlepas jadi kena pakai "plan" yang sedia ada.

Hanya 2 Plan ini dalam budget
Dalam budget hanya unifi Basic dan 100Mbps sahaja. Lagipun nak pakai laju-laju sangat pun bukan pakai. Tak layan game dan 4k video pun. Masa guna Streamyx 8Mbps dulu nak streaming HD pun dah ok. Jadi akhirnya pilihan hanya 2 ini saja. Ada satu lagi plan RM159. Yang itu sekali dengan Hypptv.

Jadi akhirnya aku pilih ambil yang basic saja dulu. Sebab masa nak daftar pegawai tu kata kuota dah naik ke 120GB. Aku tanya kuota 120GB ni hanya untuk tempoh promosi saja ke atau terus kekal. Pegawai tu jawab akan kekal walupun dah habis kontrak. Yang ini aku musykil juga sebab dalam laman web TM Net tulis 60GB jer. Harap-harap kekal 120GB. Kebetulan juga masa tu masih lagi dalam promosi unlimited untuk plan basic ni. Jadi aku nak cuba dulu.

Update:
Sedihnya hari (17 April 2019) buka unifi | Care. Sudah ada ruangan Data Quota. Yang sedih laginya kuota masih 60 GB bukan 120GB seperti yang diberitahu sebelum ini.

Sudah ada kuota


Proses Pendaftaran

Memang mudah, bagi IC dan pegawai TM Point akan uruskan yang lain. Hanya kena pengesahan jari dan juga tandatangan selepas habis semua maklumat di isi. Semasa daftar juga tak perlu bayar apa-apa tetapi pada bil pertama perlu bayar untuk 2 bulan (deposit untuk satu bulan). Untuk kos pemasangan pula kena bincang dengan kontraktor. Aku sebut bincang ni sebab bergantung kepada cara dan di mana wayar akan dipasang, jumlah kos akan berbeza.

Beberapa cara wiring di buat

Buat temu janji dengan kontraktor

Lepas balik dari TM Point aku dapat sms berkenaan pengesahan pesanan dan tarikh appointment dengan kontraktor. Dapat jugak link ke video ini:



Mula-mula appointment dengan kontraktor pada hari Isnin (3 hari selepas hari daftar), yang ini aku dapat sms. Kemudian terima panggilan daripada kontraktor. Tetapi semasa panggilan dengan kontraktor tu aku anjak ke Isnin seminggu lagi sebab kebetulan ada hal sepanjang hari. Lepas panggilan tu dapat lagi sms pengesahan masa pemasangan.  Bagus pulak rasanya sistem TM kali ni. Pada hari Isnin berikutnya, aku buat panggilan untuk set masa dan pengesahan. Sebab memang sudah diingatkan untuk set masa dulu. Takut-takut kontraktor buat projek untuk rumah lain dulu. 

Sampai masa yang ditetapkan, memang tempat masa diorang sampai. Aku pulak lambat.

Cara pemasangan wayar fiber optik

Okay, kebiasaanya ada 2 cara wayar akan dipasangkan dalam rumah.
  1. Yang pertama wayar dipasang di dinding, akan jelas kelihatan ikut dinding. Yang ni percuma untuk 30m pertama dan RM10 untuk 1meter seterusnya.
  2. Yang keduanya di atas siling. Jadi wayar tak kelihatan kecuali dari siling ke BTU. Yang ni kena bayar RM60 untuk 10m pertama dan RM10 untuk 1 meter seterusnya. Untuk wayar dari tiang ke dinding belakang rumah, percuma kalau pemasangan biasa (tarik terus dari tiang ke dinding). Kalau pasang bawah tanah, pastilah kena cas sebab rumit.


Jadual kos pemasangan
Kos pemasangan

Kalau ikut kiraan secara kasar, pada mulanya aku ingat tak sampai RM100. Tapi rupa-rupanya dalam 18 meter jugak wayar yang telah digunakan. Dari siling ke BTU saja sudah dalam 4 meter. Jadi jumlah semua aku kena bayar RM140 (RM60+RM80).

Komen aku

Tapi dari penerangan kontraktor, cara pertama lagi rumit nak pasang sebab kena ikut bentuk dinding dan kena jugak kena tebuk dinding. Kalau cara kedua, wayar fiber optic tu akan dipasangkan dengan "microduct protection" dan lalu atas siling. Sebab aku dah pernah buat wiring atas siling ni, aku tahu tak susah mana pun kalau guna cara ni. Microduct protection ni sama macam getah wayar extension cable yang warna kelabu tu. Jadi bila dah dipasangkan dengan protection tu, cara tarik tu dah jadi macam tarik wayar biasa (tapi sebab fiber optic ni fragile, masih kena berhati-hati). Rasa macam tak berpatutan pulak harga sampai RM10 semeter.

Microduct protection (gmabr dari Alibaba.com)
Tempoh masa kotraktor tu pasang pun tak lama, dalam 20-30 minit dah selesai. Dari mula diorang sampai, ukur jarak, bincang harga, pasang wayar, dan setup BTU sampailah diorang  pergi ke job lain, semuanya dalam masa sejam. Rasanya kalau guna cara pertama mesti lagi lama dan leceh.

Selepas sebulan

Jadi lepas lebih sebulan pakai ni, aku tak de apa-apa masalah. Setakat ini tidak ada lagi masalah disconnection ataupun kelajuan menurun. Buat masa ini kebanyakkan masa anak-anak guna untuk layan Youtube. Tidak ada tersangkut-sangkut. Berkenaan kuota, aku tak tahu nak semak di mana. Guna aplikasi care@unifi pun takde ruang untuk kuota. Harap-harap akan terus unlimited sampai bila-bila.

Router Model DLink AC1200

BTU

Khamis, 13 Disember 2018

Masalah dengan Telekom Malaysia


Makin kurang post aku kat blog ni sekarang. Sebabnya tak sempat post. Lebih-lebih lagi sejak line internet takde kat rumah. Nak mengharapkan update guna mobile phone memang susah nak tekan skrin saiz kecik ni. PC pun lama dah tak on... Sekali ada banyak pulak reply dari visitor....

Sebenarnya dah 2 tahun aku apply internet kat TM Point. Sejak masuk rumah lagi. Masalah kawasan perumahan baru macam ni la. Kena tunggu permintaan banyak... baru TM akan pertimbangkan untuk tarik wayar. Masalah kat perumahan aku ni sebab tiang TM jauh jadi kena tanam tiang baru boleh tarik wayar (ikut apa yang pegawai TM cakap la..)

Dulu pernah jugak apply line streamyx semasa pindah rumah. Kawasan perumahan baru siap juga. Lepas setengah tahun baru TM datang rumah pasang interet. Ingat ke itu dah kira lama tapi kali ini lagi lama rupanya....

2-3 bulan lepas baru nampak tiang TM terpacak belakang rumah... Siap dapat brochure promote Unifi. Esoknya terus aku pergi TM Point nak apply tapi kena tunggu 2-3 bulan pulak. Ni dah bulan ke berapa pun tak tahu la... Mungkin tahun depan baru dapat...

Jasa pack
Masa kat TM Point ni aku dapat tahu plan untuk guru masih ada lagi. RM99 untuk unifi 100Mbps (lepas upgrade dari 30Mbps) dan RM59 untuk Unifi Mobile. Kalau check di https://unifi.com.my/pekjasa/index.html harga RM129. Pelik jugak mana satu betul ni. Masa pergi TM Point 2-3 bulan lepas, pegawai tu kata RM99 tak termasuk Hypptv. Aku silap faham kut...


Jadi aku nak apply la plan Jasa pack ni sebab sekarang ni pakai Webe RM79 dengan 2nd line RM69. Yang 2nd line tu nak tukar plan ke Jasa pack (nak tukar nama) tapi rupa-rupanya tak boleh. Sebab nak tukar 2nd line kena tukar yang main line jugak. Sistem TM ni tak boleh nak tukar-tukar plan macam tu jer. Diorang beri 2 pilihan:
  1. Terminate 2nd line, apply line baru dengan nombor baru. Yang ni masalah sebab aku nak kekalkan nombor lama.
  2. Port-out kedua-dua line ke telco lain kemudian baru apply semula. Nampak macam best tapi kalau nak apply semula, yang main line tu tak dapat dah line RM79 tapi kena apply plan baru RM99.
Kedua-dua pilihan macam tak best jer... Kenapalah rumit sangat nak tukar plan...

Rasanya nak tukar jer ke telco lain....