Rabu, 27 Jun 2018

Rubik's Cube Tahap 6: Baris Atas

Rubik's Cube Tahap 6: Baris Atas

Tahap terakhir sebelum menyelesaikan semua permukaan Rubik's Cube. Dalam langkah terakhir ini, kita akan menyusun kiub penjuru ke tempat yang betul dan kemudiannya kiub tepi.

Kiub Sudut

Pusingkan baris atas supaya akan ada satu atau 2 kiub sudut pada permukaan yang betul.

Contoh 1

atau

Contoh 2

Dari gambar di bawah, perhatikan posisi kiub penjuru yang betul. Dari Contoh 1, kiub C dan D berapa pada kedudukan yang sepatutnya. Untuk Contoh 2, kiub yang betul pada posisi D.

Sekarang kita perlu alihkan kiub-kiub yang lain. Berpandukan dari gambar di atas, gunakan algoritma di bawah untuk alihkan antara A-B (A ke B dan B ke A), B-D, D-C dan C-A. Pastikan kiub yang tidak perlu diubah berada di bahagian belakang.

Seperti Contoh 1, alihkan C-D ke belakang dengan A-B berapa di hadapan. 

Untuk Contoh 2, anda boleh memilih untuk alihkan antara C-A atau A-B. Ulang algoritma sehingga semua kiub hujung berada di kedudukan yang betul.


Dengan menggunakan algoritma ini, tukar posisi untuk semua kiub sudut untuk mendapatkan kedudukan begini.




Setelah membetulkan semua kiub penjuru, kita perlu menyelesaikan kiub tepi pula. Perhatikan posisi kiub tepi ini.


Kali ini, cari baris atas yang mempunyai ketiga-tiga petak yang sama dan alihkan ke permukaan yang betul. Jika tiada, terus gunakan salah satu algoritma di bawah. Kebiasaannya setelah satu algoritma, akan ada satu baris yang lengkap.


Permukaan yang lengkap ini dialihkan ke belakang. Untuk mengalihkan dari d ke b dan b ke c (ikut arah jam), gunakan algoritma di bawah.


Dan algoritma ini untuk mengalihkan c ke b dan b ke d (arah lawan jam).


Dan akhirnya siap untuk semua permukaan.

Tahniah!

Pengenalan
Tahap 1: Silang Putih
Tahap 2: Penjuru Putih
Tahap 3: Baris Tengah
Tahap 4: Silang Kuning
Tahap 5: Permukaan Kuning
Tahap 6: Baris Atas

Rubik's Cube Tahap 5: Permukaan Kuning

Rubik's Cube Tahap 5: Permukaan Kuning

Dalam Tahap 5 ini kita akan menyiapkan permukaan atas.
Mengisi petak-petak kuning di bahagian penjuru
Daripada Tahap 4, anda akan mendapat kiub lebih kurang dalam keadaan ini:

Dari Langkah 4
Akan ada beberapa petak kuning yang lain selain daripada kawasan silang kuning di atas. Jadi langkah seterusnya bergantung kepada keadaan permukaan atas ini.

Keadaan 1

Tiada petak kuning selain daripada silang kuning. Namun begitu pasti ada petak kuning di bahagian tepi seperti dalam gambar di bawah.
Pusingkan baris teratas supaya petak kuning sisi berada di sebelah kiri.

Keadaan 2

Terdapat 2 petak kuning selain daripada petak kuning dalam kawasan silang.

Sekiranya dalam keadaan ini, cari petak kuning di sisi dan letakkan di hadapan kiri atas.


Keadaan permukaan atas tidak penting, hanya pastikan petak kuning sisi pada tempat yang betul (kiri hadapan).

Sekiranya Rubik's Cube anda dalam salah satu keadaan di atas, gunakan algoritma berikut:


Gunakan algoritma ini sehingga mendapat Keadaan 3 (perlu ulang-ulang) atau pun kesemua permukaan atas menjadi kuning.

Keadaan 3

Terdapat satu lagi petak kuning selain daripada silang kuning. Petak kuning ini boleh berada di mana-mana bahagian sudut. Jadi pusingkan kiub supaya dalam keadaan seperti dalam gambar di bawah.

Berbentuk seperti ikan
Sekarang perhatikan sekali lagi di mana petak kuning sisi berada. Terdapat 2 kemungkinan.


Bergantung kepada salah satu daripada keadaan ini, gunakan algoritma di bawah. Perhatikan kedudukan hadapan sebelum bermula.



Akhirnya akan dapat..


Pengenalan
Tahap 1: Silang Putih
Tahap 2: Penjuru Putih
Tahap 3: Baris Tengah
Tahap 4: Silang Kuning
Tahap 5: Permukaan Kuning
Tahap 6: Baris Atas

Rubik's Cube Tahap 4: Silang Kuning


Rubik's Cube Tahap 4: Silang Kuning

Kawasan kuning dalam gambar di bawah adalah dalam kawasan silang.

Silang Kuning
Setelah selesai Tahap 3, Rubik's Cube akan berada dalam salah satu keadaan seperti di bawah. Jadi gunakan salah satu daripada algoritma yang diberikan. Pastikan permukaan hadapan adalah sama seperti dalam gambar terutamanya untuk 3 kotak Kuning.


1 Petak Kuning

Satu petak kuning
Hanya satu saja petak kuning di dalam kawasan silang kuning iaitu di tengah-tengah permukaan. Tetapi biasanya akan ada 1-2 petak kuning tetapi berada di kiub penjuru.

Sama dengan satu petak kuning

3 Petak Kuning - V

3 Petak Kuning V
Tedapat 3 petak kuning dengan berbentuk V. Kesemua gambar di bawah ini boleh menggunakan algoritma yang sama dengan 3 Petak Kuning. Terdapat juga keadaan yang tidak ditunjukkan dalam gambar di bawah tetapi asalkan ada 3 petak kuning berbentuk V, boleh gunakan algoritma ini. Pastikan bentuk V itu berada pada kedudukan yang sama seperti dalam gambar.

Sama dengan 3 Petak Kuning V

3 Petak Kuning - Melintang

3 Petak Kuning Melintang
Apabila dapat keadaan ini, hanya sekali sahaja perlu gunakan algoritma yang diberikan. Pastikan kedudukan melintang sama seperti dalam gambar. Terdapat juga keadaan seperti gambar di bawah.

3 Petak Kuning Melintang di tengah
Kebiasaanya apabila dapat 1 Petak Kuning, anda perlu membuat sekali algoritma untuk mendapatkan 3 Petak Kuning - V dan seterus beberapa kali lagi untuk dapatkan 3 petak Kuning melintang.


Akhirnya siap untuk Tahap 4 ini.


Pengenalan
Tahap 1: Silang Putih
Tahap 2: Penjuru Putih
Tahap 3: Baris Tengah
Tahap 4: Silang Kuning
Tahap 5: Permukaan Kuning
Tahap 6: Baris Atas

Rubik's Cube Tahap 3: Baris Tengah

Rubik's Cube Tahap 3: Lapisan Tengah

Untuk tahap ini, matlamatnya adalah untuk menyiapkan lapisan pertengahan.
Matlamat akhir untuk Tahap 3
Sila terbalikkan kiub dengan permukaan Kuning menghadap ke atas (permukaan Putih ada di bahagian bawah).
Permukaan Kuning menghadap ke atas
Untuk langkah ini, cari kiub tepi (Edge Pieces) yang tidak mempunyai warna Kuning. Pusing baris teratas (Upper) sehingga kiub berwarna pada permukaan yang sama.

Pastikan permukaan yang akan diselesaikan berada di hadapan.

Kemudian ikut algoritma ini.

Tahap 3a
Tahap 3b

Kadang-kadang akan dapat kiub tepi pada kedudukan ini:
Sekiranya ini berlaku, gunakan Tahap 3a sebanyak 2 kali dengan 2 putaran U di antaranya.


Sekiranya berada disebelah kiri.


Teruskan dengan  petak yang lain. Nampak seperti susah tetapi sebenarnya algoritma ini berulang-ulang sahaja. Untuk baris tengah ini, algoritma yang perlu ingat hanya Langkah 3a dan Langkah 3b. Akhirnya Rubik's Cube akan kelihatan seperti ini:

Siap untuk baris tengah
Teruskan untuk Tahap seterusnya.
Pengenalan
Tahap 1: Silang Putih
Tahap 2: Penjuru Putih
Tahap 3: Baris Tengah
Tahap 4: Silang Kuning
Tahap 5: Permukaan Kuning
Tahap 6: Baris Atas

Rubik's Cube Tahap 2: Penjuru Putih

Tahap 2: Penjuru Putih

Pada akhir nanti, anda akan mendapatkan keadaan kiub seperti ini:
Matlamat akhir Tahap 2
Setelah selesai Tahap 1 sebelum ini, kebiasaanya kiub berwarna putih berada di baris bawah.
Kiub Putih akan berada di salah satu antara kiub sudut
Gerakkan kiub sudut ke tempat yang diperlukan.
Kemudian pilih salah satu dari situasi di bawah:








Selesaikan semua permukaan putih.

Teruskan ke Tahap seterusnya.

Pengenalan
Tahap 1: Silang Putih
Tahap 2: Penjuru Putih
Tahap 3: Baris Tengah
Tahap 4: Silang Kuning
Tahap 5: Permukaan Kuning
Tahap 6: Baris Atas