Sebab di rumah sudah pasang Unifi, aku berkeputusan untuk port out dari Webe. Ada aku baca di sosial media yang komplen susah nak port out jadi aku agak takut-takut jugak nak port out ni. Nombor dah pakai lama jadi sayang nak terminate terus. Ini yang aku buat:
1. Bayar semua bil dengan sedikit advance.
Kebiasaannya bil Webe dikeluarkan pasa awal bulan. Jadi pada awal bulan biasanya memang aku sudah habis bayar untuk bulan tersebut. Tetapi untuk port out ni, aku lewatkan bayaran sehingga hampir hujung bulan. Aku bayar lebih kurang RM200. Untuk 2 line biasa RM157 (termasuk tax) jadi lebihan RM30-RM40.
Kenapa perlu buat lebihan bayaran?
Sebabnya kalau bayar cukup-cukup takut ada caj-caj lain yang tak sempat masuk dalam bil. Setakat yang aku baca, terdapat pengguna yang menghadapi masalah masa nak port out disebabkan masih ada lagi baki bil yang belum dilangsaikan. Kadang-kadang ada yang beli di Google Play tetapi bayarannya hanya dimasukkan di dalam bil bulan seterusnya. Jadi nak elakkan perkara ini berlaku, aku buat lebihan bayaran. Kalau ikutkan ada yang syor bayaran lebihan sebulan.
Kenapa pula aku pilih hujung bulan nak port out?
Sebabnya kalau ikut pengalaman lepas, TM akan bayar semula lebihan bayaran selepas pro-ratakan penggunaan bulanan. Jadi kalau awal bulan, aku tetap kena bayar penuh satu bulan dan kemungkinan ada RM70-RM100 lebihan bayaran. Banyak tu. Jadi sebab nak kurangkan lebihan tu, aku buat hujung bulan.

2. Isi borang pendaftaran di telco lain. Ambil sim card baru.
Dapatkan sim card untuk telco baru |
3. Jawab sms pengesahan
SMS pengesahan |
Tak sampai sehari setelah daftar dah dapat sms pengesahan untuk port out. Jawab "YES".
Lepas sehari baru aku dapat sms daripada telco baru. Itu pun lepas aku sedar sim card webe dah tak boleh guna dan aku masukkan sim card baru. Habis urusan.. tak susah pun.
4. Terima sms dari telco baru
SMS dari telco baru |
Kenapa port out?
Masa mula-mula daftar Webe ni sebab rumah tak dapat masuk apa-apa line internet (berwayar). Jadi sudah ada Unifi ni aku rasa tak perlu pakai Webe dah. Selain itu sebab nak mencuba guna prepaid pulak lepas lebih 10 tahun pakai postpaid. Nak cuba boleh jimat ke dengan guna prepaid.
Tetapi sebab utamanya bila guna Webe/Unifi Mobile yang ada subline, nak port out satu nombor kena port out semua sekali. Jadi semasa ada promosi Jasa Pack (sekarang sudah ada semula), aku tak dapat nak daftar sebab kena port out ke telco lain. Jadi sekarang ni baik asingkan.
Post seterusnya kemungkinan aku cerita pasal review pasal prepaid ni...

Tuan nak tanya, Tuan port out mainline serta subline ke?
BalasPadamKena port out semua sekali.aku ni pegi blk celcom center mntk dia reassign blk port out request.asyik kene rejek je
PadamSaya nak port out subline. Ada saya dalam sebut post Disember lepas. Memang kena port out semua line kalau nak port out. Tapi kalau nak terminate subline, boleh terus terminate je.
BalasPadamMacam saya sebut dalam post ni, saya setelkan semua bil dengan sedikit lebihan. Tapi sayangnya lepas berjaya port out, takde pulak dapat refund.
BalasPadamHi. saya nak tanya. saya pakai 2 sim dalam 1 account webe. sim 1 nak keluar dari webe. so apa akan jadi dekat sim 2 saya?
BalasPadamMacam yang saya kena. 2 sim dalam satu account. Sim utama nak port keluar, jadi kedua-dua kena portout.
PadamDua2 sim kena port out sekali.. Kalau salah satu port out, satu lagi automatik kena terminate
BalasPadamkalau i nak ambil webe supline i jadi prepaid boleh kah? atau tukar nama bini..
BalasPadamApa yang saya faham, webe ni ni takde istilah tukar nama, tukar plan. Kalau satu port out, yang lain pun kena port out. Masa saya tu diberikan 2 option. 1) Portout semua dan register semula 2) Terminate nombor downline dan kekal nombor upline untuk webe.
Padamtelko mana yg boleh buat PortOut dr webe utk kesemua number dlm 1 application?
BalasPadam