Ahad, 17 Julai 2016

Freeletics (Minggu #11)


Minggu #10 tiada sebab balik raya. Jadi tiada menu. Dan kemungkinan minggu depan aku nak cuba Freeletics coach sebab setakat ini tengok dari hasil workout memang memuaskan. Jadi akan cuba ikut coach untuk 15 minggu seterusnya.

Log Minggu #11

Tarikh
(Hari)
Jogging
 Workout
(Masa)
11/7/2016
(Isnin)
-
-
12/7/2016
(Selasa)
-
-
31/7/2016
(Rabu)
-
-
14/7/2016
(Khamis)
-
-
15/7/2016
(Jumaat)
3.39km
(00:28:54)
2x Nyx - Standard
(24:54)
50 Pushups
(03:04)
16/7/2016
(Sabtu)
 -
-
17/7/2016
(Ahad)
 -
25 Knee Pushups
(00:52)
25 Crunches
(01:20)
25 Mountain Climbers
(00:25)
Aphrodite - Standard
(35:28)
10 Jumping Pullups
(00:59)
Menu Minggu #10

Sebelum raya aku kurang sihat jadi hampir 3 minggu tak konsisten buat workout, performance kurang untuk permulaan. Straight-leg ada masalah sebab kaki kanan tak dapat nak lurus sebab sakit lama datang balik. Tetapi berjaya juga habis walaupun tidak perfect form. Buat standup sampai kena guna tangan untuk bangun.

Pada hari Ahad sebab ada masa aku cuba workout guna coach. Senaman ringan-ringan  untuk coach tahu tahap kecergasan dan membiasakan diri dengan fungsi coach. Bila guna coach ni, ia amat menekankan warm-up sebelum senaman dan juga stretching selepas senaman. Nanti aku akan tulis tentang fungsi coach ni bila ada masa nanti.

Sebab dah lama tidak workout, berat naik mendadak. Berat minggu ni (Isnin) = 70kg.

Sabtu, 2 Julai 2016

Freeletics (Minggu #9)


Minggu terakhir sebelum balik raya. Menu mantap. Seperti yang aku tulis sebelum ini, minggu ini aku buat standard tapi eksesais ada yang digantikan dengan eksesais strength. Nak membiasakan diri.

Log Minggu #9

Tarikh
(Hari)
Jogging
 Workout
(Masa)
13/6/2016
(Isnin)
-
Metis - Standard
(15:43)
50 Push ups
(02:16)
10 Jackknives
(00:32)
14/6/2016
(Selasa)
-
-
15/6/2016
(Rabu)
-
-
16/6/2016
(Khamis)
-
-
17/6/2016
(Jumaat)
-
3x Athena - Standard
(23:14)
18/6/2016
(Sabtu)
 -
-
19/6/2016
(Ahad)
 -
-
Menu Minggu #9

Menu Isnin aku tukar jadi Metis campuran dan 50 Pushup. Campuran sebab Burpees aku tukar dengan Burpees Squat Jump dan Climber aku tukar kepada Frogger. Hanya Jumps kekal walaupun aku cuba buat High Jump beberapa. Bentuk pergerakkan memang tak betul langsung.

Minggu yang tak produktif. Ni gara-gara mood nak raya dah sampai. Tapi amat berpuas hati buat 3x Athena. Buat non-stop walaupun masa sit up agak perlahan sebab penat. 

Jumaat, 1 Julai 2016

Panduan Qiamullail (Jakim)


Biasa selalu cerita tentang menu senaman, kali ini nak tulis tentang menu qiamullail. Boleh tulis secara ringkas sahaja sebab kalau nak terang panjang-panjang aku bukan ahlinya. Yang ini pun aku ambil dari JAKIM.

Beberapa sembahyang sunat qiamullail

Sunat Awwabin
Awwabin bererti kembali iaitu kembali mengingati Allah SWT ketika berada dalam kelalaian. Sembahyang sunat ini biasa dilakukan di antara waktu Maghrib dengan Isyak. Sembahyang ini boleh dikerjakan 20 rakaat, 4 rakaat dan 2 rakaat.

Sembahyang Sunat Tahajjud
Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurangkurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

Sembahyang Sunat Hajat
Sembahyang Hajat bererti sembahyang untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu. Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut hajat masing-masing dan boleh juga dilakukan secara berjemaah jika untuk niat yang sama.

Sembahyang Sunat Taubat
Sembahyang sunat Taubat bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT Sembahyang ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Asas sembahyang ini ialah:

  1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
  3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

Sembahyang Sunat Tasbih
Mengenai sembahyang ini Imam Nawawi pernah berkata bahawa telah menjadi pegangan jumhur ulama syafi’iyah bahawa sembahyang Tasbih ini adalah hukumnya sunat. Terdapat hadithhadith yang menggesa supaya beramal pada setiap hari, jika tidak melakukannya hendaklah dilakukan seminggu sekali, jika tidak dapat dilakukan seminggu sekali hendaklah dilakukan sebulan sekali, jika tidak dapat dilakukan sebulan sekali, hendaklah dilakukan setahun sekali, jika tidak dapat melakukan setahun sekali hendaklah dilakukan sekali seumur hidup.

Walaupun hadith-hadith tersebut tidak kuat untuk dijadikan hujah, tapi ulama membolehkan beramal dengan fadhai’l amal. Waktu mengerjakannya ialah pada waktu siang dilakukan empat rakaat dengan satu malam.

Cara Solat Tasbih

Niat

Lafaz niat sembahyang sunat Tasbih jika dua rakaat satu salam ialah:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّسْبِيْحِ رَكَعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah ta‘ala.”
Atau jika dilakukan empat rakaat:
أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّسْبِيْحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى.
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah ta‘ala.”
Bacaan Tasbih
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Waktu Bacaan Tasbih

  1. Selesai bacaan al-Fatihah dan surah selepasnya dan sebelum rukuk (15 kali)
  2. Selepas bacaan tasbih rukuk (10 kali)
  3. Selepas bacaan i'tidal (10 kali)
  4. Selepas bacaan tasbih sujud (10 kali)
  5. Selepas bacaan doa duduk antar dua sujud (10 kali)
  6. Selepas bacaan tasbih sujud (10 kali)
  7. Ketika duduk istirahah - duduk sebelum berdiri dan selepas bacaan tahayat (10 kali)

Bacaan yang elok dibaca

  1. Rakaat pertama - At-Takathur
  2. Rakaat kedua - Al-'Asr
  3. Rakaat ketiga - Al-Kafirun
  4. Rakaat kempat - Al-Ikhlas
Rujukan lanjut.

Sembahyang Sunat Witir
Witir ertinya ganjil, yakni tidak genap rakaatnya. Sembahyang ini boleh dilakukan secara perseorangan atau berjemaah.

Hukumnya sunat muakkad, dikerjakan sekurang-kurangnya satu rakaat dua salam dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat dengan tujuh salam. Waktunya selepas sembahyang Isyak.

Cara Solat Witir

Niat

Bacaan niat untuk 2 rakaat
أصلي سنة الوتر وكعتين لله تعالي
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua rakaat kerana Allah ta‘ala.”
Bacaan niat untuk 1 rakaat
أصلي سنة الوتر وكعة لله تعالي
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat kerana Allah ta‘ala.”

Bacaan yang elok dibaca

  1. Rakaat pertama - Al-'Ala
  2. Rakaat kedua - Al-Kafirun
  3. Rakaat ketiga - Al-Ikhlas, Al-Falaq, Surah An-Nas

Rujukan Lanjut

Amalan Lain Yang Disunatkan Semasa Qiamullail

Antara amalan-amalan lain yang disunatkan semasa qiamullail ialah:

Membaca al-Quran
Membaca al-Quran adalah satu ibadat yang mempunyai pahala yang besar kerana setiap huruf yang dibaca itu akan digandakan sepuluh kebajikan.

Zikir
Berzikir ialah sama ada menyebut kalimah (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ ) atau (اللّهُ اللّهُ ) atau (سبحان الله ) atau
(اَللّهُ اَكْبَرُ) atau (اَلْحَمْدُلِلّهِ).

Apa yang aku tulis ini boleh didapati dalam buku "Panduan Qiamullail" yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Ahad, 26 Jun 2016

Freeletics (Minggu #8)


Minggu ini aku kurang sihat. Dah jadi kebiasaan agaknya, lepas anak-anak demam, aku pula yang akan demam. Dah la menu minggu ni menu tak ingat dunia. Ada Prometheus - Strength, Metis - Strength, Zeus yang tak pernah aku buat lagi dan Dione. Memang minggu yang mencabar.

Log Minggu #8

Tarikh
(Hari)
Jogging
 Workout
(Masa)
13/6/2016
(Isnin)
-
2x Nyx - Standard
(20:35)
14/6/2016
(Selasa)
-
-
15/6/2016
(Rabu)
-
Metis - Standard
(12:11)
Morpheus - Standard
(05:05)
Athena - Standard
(08:18)
16/6/2016
(Khamis)
-
Prometheus - Strength
(36:53)
17/6/2016
(Jumaat)
-
Dione
(52:02)
18/6/2016
(Sabtu)
 -
-
19/6/2016
(Ahad)
 -
-
Menu Minggu #07
Menu Minggu #8

Aku cuba buat Prometheus - Strength. Tapi One-Hand Push up dan Pistol memang cacar-marba. Jacknives kadang-kadang saja jadi. Jadi walaupun masa dapat PB, itu pun sebab tak pernah buat. Lepas ni aku nak buat eksesais strength perlahan-perlahan menggantikan eksesais Standard dalam workout. Jadi tak de lagi personal best untuk Workout Standard aku.

Zeus sebab mesti kena ada pull bar, jadi bertangguh. Dah beli pull bar tapi tak sempat pasang lagi.

Berat bertambah minggu ni sebab rasa tak sedap badan dan lemah, jadi tak jaga diet. Memang makan semua benda. Jadi naik berat minggu ni = 71 kg. Rabu ni ada pre-weigh in untuk Biggest Loser Challenge. Memang tak dapat the best la untuk bulan ini.

Khamis, 23 Jun 2016

Pengambilan Ubat Ketika Puasa


Tengah-tengah puasa ni aku boleh demam, batuk dan selsema, memang complete set. Kepala pening-pening sebab hidung tersumbat. Habis menu Freeletics lari, tak larat nak buat. Nasib baik demam kejap saja tapi selsema ni tak hilang-hilang lagi. Sebab doktor dah bagi ubat, jadi aku pun kenalah makan. Tapi puasa-puasa ni macam mana nak jaga makan ubat ikut masa? Kalau yang sekali atau 2 kali sehari senang saja, berbuka dan bersahur. Tapi kalau sampai 3 dan 4 kali?

Lepas buat pencarian, jumpa satu laman web, http://www.knowyourmedicine.gov.my/. Terjumpa satu risalah dari laman web ini.
Bahagian Hadapan
Bahagian Dalam



Panduan Pengambilan Ubat Yang Perlu Dimakan/minum
Kekerapan
Masa Pengambilan
Sebelum Makan
Selepas Makan
Sekali Sehari
  • Sebelum bersahur
  • Selepas berbuka
Dua Kali Sehari
  • Sebelum bersahur
  • Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
  • Selepas bersahur
  • Selepas berbuka
Tiga Kali Sehari
  • Sebelum bersahur
  • Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
  • Sebelum tidur
  • Selepas bersahur
  • Selepas berbuka
  • Sebelum tidur
Empat Kali Sehari Bergantung kepada jenis penyakit atau minta nasihat akan alternatif lain jika ingin berpuasa. Sila rujuk ahli farmasi anda.
Tak susah pun. Hanya untuk empat kali sehari. Sebab kekerapannya tinggi (6 jam sekali) maka memang patut ambil nasihat pakar.

Semoga bermanfaat untuk semua.