Isnin, 10 April 2017

Freeletics 4.0 (Minggu 6 - Hell Week)


Akhirnya sampai ke minggu penyeksaan. Freeletics Coach terus decide berapa kekerapan senaman dalam seminggu. Kali ini 7 hari terus. Untuk Freeletics Running nasib baik 3 hari sahaja tetapi kena buat 2, satu pagi dan satu petang.

Ada 2 hari kena buat Apollon dan 1 hari Dione. Aku kalau yang ada burpees ni memang lemah semangat. Walaupun dah buat banyak kali tapi rasa terseksa juga nak habiskan.

Log Minggu #6
Tarikh
(Hari)
Running
 Workout
(Masa)
3/4/2017
(Isnin)
3 km (Pagi)
(20:20)
Thot 1/2 (Petang)
(11:57)
Nyx -
(07:15)
4/4/2017
(Selasa)
-
Apollon - Standard
(31:59)
5/4/2017
(Rabu)
-
Apollon -
(29:31)
6/4/2017
(Khamis)
3 km (Pagi)
(18:38)
5.0 km
(33:13)
1/2 Thot (Petang)
(10:08)
Hyperion - Endurance
(09:44)
7/4/2017
(Jumaat)
-
Persephone -
Standard
(08:53)
8/4/2017
(Sabtu)
-
Dione -
Standard
(33:47)
9/4/2017
(Ahad)
3km
(20:17)
1/2 Thot
(12:48)
Morpheus
(04:00)

Freeletics Bodyweight

Nyx - Standard

Isnin, hari pertama buat Nyx. Dah lama tak buat tapi dapat masa terbaik 7:15. Sebelum ni 7:40. Kalau tak kerana sit up masih sakit, mungkin boleh laju lagi. Nampaknya kena selalu buat situp lepas ni.

Apollon - Standard

Selasa, setelah lama tak buat Apollon penuh, hari ini aku rasa seperti tak mampu nak habiskan terutama berlari 400m selepas 25 burpess. Disebabkan burpees kali ini aku buat cepat dengan kiraan 25 (pusing 1), 10..10..5 (pusingan 2) dan 15..10 (pusingan 3), aku dapat Personal Best. Tapi kecewa sebab waktu 400m run aku memang sangat perlahan. Jadi untuk Apollon - Endurance hari Rabu aku nak cuba lari dengan lebih laju.

Apollon - Endurance
Rabu, masih kurang memuaskan. Tengah-tengah workout ada terima panggilan jadi masa agak lama. Sprawl berjaya habiskan 25 (pusingan 1), 15..10 (pusingan 2) dan 15..10 (pusingan 3). Lari jugak lebih laju sedikit. Nasib baik HH Squat jadi walaupun penat boleh guna tangan untuk tolong ringankan sakit kaki.

Hyperion - Endurance
Khamis, kalau ikutkan badan memang rasa penat. Nasib baik hanya Pike, Squat dan High Knees. Kalau kena yang standard Kipping HS Pushups dan Jumps memang surrender dah.

Persephone - Standard
Burpees lag...aahh... tapi kali ini perfrom lebih baik dari dulu. Leg raises boleh buat terus habis. Lunges pun ok. Nasib baik bilangan menurun.

Dione - Standard
Sabtu, Dione yang dah lama tak buat. Pusingan pertama masih mampu nak buat 25 burpees terus. Masuk pusingan ke-2, mampu 15..10.. saja... tapi memang Dione ni memenatkan. Masih tak dapat nak buat bawah 30 minit.

Morpheus - Standard
Akhirnya hari terakhir Hell Week. Morpheus saja tapi sebab nak buat laju, semput rasanya. Dapat personal best. Rasa dah cukup laju dah, tapi macam mana nak buat laju lagi? Rasanya sebab ambil masa untuk tekan skrin handphone.

Habis sudah



  Freeletics Running 

Larian Pagi 3km

Disebabkan hari-hari lain aku rasa tak dapat nak berlari, aku ambil Isnin untuk buat Freeletics Running ni. Disebelah pagi lari 3km. Ada peningkatan sedikit tetapi tak mencapai target. Masih belum di bawah 20 minit untuk 3 km ni. Masih lagi masalah sama, sakit kaki.

1/2 Thot



Sebelah petang larian agak perlahan. Terasa penat pulak lari kali ini. Jadi buat perlahan-lahan saja. Lagipun lepas lari ni kena buat Nyx.


Hari ke-2
Larian pagi

Larian petang
Khamis, disebabkan menu Freeletics Coach untuk hari ini boleh dikatakan ringan, aku pilih buat Freeletics Run pada hari ini. Jadi pagi-pagi berlari 3km untuk Freeletics Running dan tambah lagi 2km untuk cukupkan 5 km. Berpuas hati dengan larian pagi ini sebab berjaya habiskan 3km di bawah 20 minit dan 5km di bawah 35 minit.

Untuk larian petang aku buat 1/2 Thot. 100m aku lari laju (tak pecut) dan 400m buatlebih laju dari biasa. Tetapi bila buat laju ini untuk 400m, aku masih tak dapat habiskan cukup 400m. 100m terakhir rasa dah tercungap-cungap.

Larian pagi

Pagi-pagi Ahad aku lari 3km. Untuk 1/2 Thot aku buat hari Isnin sebab Aha tak sempat buat. Keluar berjalan-jalan dengan keluarga, tak sempat nak buat. Larian pagi ini agak perlahan dari sebelum.

1/2 Thot
Larian 1/2 Thot ni tak sempat buat pada hari Ahad. Jadi mengelat buat petang Isnin. Larian agak perlahan sebab sambil berlari, tolak stroller anak.

Minggu ke-6 (Hell Wek)


#freeleticspahang
#freeleticskuantan
#freeleticsmalaysia
#aok2fitker

Isnin, 3 April 2017

Freeletics 4.0 (Minggu 5)


Disebabkan minggu lepas aku tidak sempat buat menu untuk Week 4 dan terpaksa ambil hari Isnin dan Selasa untuk habiskan juga,  jadi minggu ini aku ambil 2 hari saja untuk Freeletics Coach dan 2 hari juga untuk Freeletics Running.

Setelah hampir sebulan buat Freeletics ini, berat badan masih sama saja. Sebabnya tak jaga makan dan masih lagi makan lepas jam 8 malam. Tetapi dari segi kecergasan sudah ada sedikit peningkatan. Freeletics Coach kali ini tidak memberikan workout yang berat untuk permulaan. Kemungkinan sebab aku pilih program untuk setahun ataupun kemungkinan juga sebab aku komen exhausting untuk beberapa workout, jadi menu mingguan masih kurang berat. Tapi kurang berat macam mana pun aku tetap tercungap nak buat.

Log Minggu #5
Tarikh
(Hari)
Running
 Workout
(Masa)
29/3/2017
(Rabu)
-
1/5 Athena -
Endurance
(01:35)
30/3/2017
(Khamis)
2/3 Ra
(25:08)
6km
(45:39)
-
31/3/2017
(Jumaat)
3km Run
(20:22)
20m Lunges
(00:28)
3/4 Hermes
(08:39)
1/4/2017
(Sabtu)
-
-
2/4/2017
(Ahad)
-
-

Freeletics Bodyweight


Pada mulanya nak buat Freeletic Running tetapi tak cukup masa nak lari 4km dengan 18 minit waktu rehat. Akhirnya buat Freeletics Coach.

Kali ini Conditioning adalah lebih penat dibandingkan 1/5 Athena. Untuk Athena, Crunches masih lagi tak dapat buat seperti 4 bulan lepas. Kena buat 15...5...5... sebab perut memang terasa sakit.


Hari Jumaat sebab ada Hermes, aku buat di Mini Stadium. Kali ini berjaya habiskan 20m sprint sampai pusingan ke-3.

Menu Minggu-5


  Freeletics Running 

2/3 RA

Hari Khamis, disebabkan kena lari 4km untuk 2/3 RA, aku berlari di mini stadium. Boleh tahan jugak larian kali ini tetapi kaki sakit bermula dari pusingan 3. Kalau ikut Freeletics Running, total 4 km sahaja tetapi aku guna Mi Fit untuk kira semua jumlah larian termasuk waktu rehat. Jadi jumlah semua 6 km. Matlamt nak capai 10km bawah satu jam. Masih jauh lagi ni.

3km Run

Hari Jumaat, sebab banyak masa lagi  selepas buat Freeletic Coach, aku buat 3km Run. Tak dapat capai 3km bawah 20 minit lagi.

#freeleticspahang
#freeleticskuantan
#freeleticsmalaysia
#aok2fitker

Selasa, 28 Mac 2017

Freeletics 4.0 (Minggu 4)


Minggu ke-4 ini adalah cuti sekolah. Jadi aku ambil 3 hari untuk Freeletics Bodyweight dan 3 hari Running. Running tu aku tersilap pilih 3 hari, sepatutnya 2 hari sahaja dan disebabkan itu untuk pertama kalinya aku tak dapat habiskan menu minggu ini. Sempat buat 2 hari sahaja untuk Bodyweight dan 1 saja Running. Sebab kebanyakkan masa kena pandu kereta jadi terpaksa ambil 2 hari dari minggu ke-5 untuk habiskan menu.

Log Minggu #4

Tarikh
(Hari)
Running
 Workout
(Masa)
 20/3/2017
(Isnin)
-
Strength - Legs, Abs
2/4 Hermes
(05:45)
21/3/2017
(Selasa)
Maat
(13:33)
-
22/3/2017
(Rabu)
Seth
(03:46)
3/6 Kentauros -
Endurance
(13:21)
23/3/2017
(Khamis)
-
-
24/3/2017
(Jumaat)
-
-
25/3/2017
(Sabtu)
-
-
26/3/2017
(Ahad)
-
-
27/3/2017
(Isnin)
3km
(22:46)
3/5 Nemesis -
Endurance
(05:55)
28/3/2017
(Selasa)
1/2 Thot
(14:48)
-


Freeletics Bodyweight



Minggu ini aku hanya ambil 3 hari sahaja sebab takut tak sempat buat, cuti sekolah. Untuk hari pertama ini hanya buat 10 Lunges dan 2/4 Venus. Tangan masih tidak gagah. Baru buat 20 ulangan sudah mula sakit-sakit tangan. Sebelum ini boleh buat 50 Push ups terus, tapi ini memang dah jatuh jauh prestasi. Nasib baik 2/4 sahaja. Tak tahulah bila Hell Week Freeletics Coach nanti nak kasi menu apa.


Hari Rabu, buat Kentauros tetapi 3/6 sahaja dan endurance. Walaupun hanya 3/6 dan Endurance, terasa sangat penat. Kaki memang sakit.


Hari Isnin minggu ke-5. Ha..ha.. terlajak masuk minggu ke-5 sebab mode bercuti minggu lepas. Banyak improvement 3/5 Nemesis ni. Mula-mula buat masa minggu pertama. Dekat 9 minit untuk habiskan dengan perut rasa sakit. Kali ini 6 minit sahaja.

Habis pun


  Freeletics Running 


Tak dapat save pula


Hari Selasa. buat Maat lagi. Cuba paksa diri lari cepat sedikit sebab nak buat bawah 7 minit/km. Memang dapat tetapi tak dapat nak save pulak dalam Freeletics Running. Nasib baik sebab buat screenshoot, jadi boleh masukkan result secara manual.


Hari Rabu, yang ini bukan dalam Freeletics Running Coach. Tapi aku buat sendiri sebab tak sempat nak lari 3km. Aku cuba sprint selaju yang boleh untuk 100m. Hasilnya paling laju aku buat 21 saat. Memang perlahan. Untuk 200m aku dah tak mampu nak pecut. Kepenatan.



Hari Isnin, sebelum buat Freeletics Coach aku lari 3 km dulu. Okla... Tapi kaki sakit lagi. Memang kena tukar kasut ker kalau macam ni? Stamina ada tapi kaki sakit-sakit.

1/2 Thot
Selasa, 1/2 Thot. Boleh tahan penat.

Running Week 5


#freeleticspahang
#freeleticskuantan
#freeleticsmalaysia
#aok2fitker

Bosch GSR 120-Li


Kalau sebelum ini aku ada beli Rotary Hammer cikai, kali ini aku beli pemutar skrew automatik yang berjenama. Jika dibandingkan dengan Rotary Hammer, pemutar skrew lebih banyak digunakan. Jadi aku pilih untuk beli jenama Bosch sebab ramai orang yang syorkan. Lebih-lebih lagi tengah ada promosi.
Kotak Bosch
Pemutar ini didatangkan dalam kotak kukuh seperti dalam gambar. Kalau dibandingkan kotak Boyai, memang terasa jauh beza kualiti bahan dan pembuatan kotak. Tapi nak buka kotak ni aku selalu buka terbalik sebab kotak lain klip akan ditolak ke atas, yang ini kena tolak ke bawah.

Bahagian dalam
Model ini dibekalkan dengan pemutar skrew automatik, 2 bateri dan 1 pengecas. Mata pemutar perlu beli berasingan. Kalau lihat gambar, banyak ruang kosong dalam kotak ini. Aku tak suka design macam ini sebab setiap kali dibuka, barang-barang dalam ini akan bertaburan. Tidak ada ruang untuk simpan mata pemutar dan bateri ke-dua tidak ada ruangan khas (kena pasang terus ke pemutar).

Setakar ini memang puas hati menggunakan pemutar automatik ini. Ini kali ke-2 aku beli pemutar skrew automatik. Sebelum ini aku beli brand Black & Decker. Guna 4 bateri AA. Memang tak tahan lama dan kuat makan bateri. Tetapi Bosch ini bateri tahan lama. Dalam seminggu aku guna, hanya sekali baru cas. Mungkin penggunaan yang kurang tetapi sebab dibekalkan 2 bateri, memang puas hati.

Menggunakan pemutar skrew automatik ini sangat-sangat memudahkan kerja. Sebelum ini aku biasa guna pemutar biasa sahaja. Untuk pasang kabinet buku biasa pun memerlukan masa yang lama semata-mata nak pasang skrew saja. Tapi bila pakai pemutar automatik ini, memang cepat. Patutla aku tengok orang pasang kabinet dapur guna pemutar ni. Cepat dan mudah.

Bagi aku kalau sesiapa yang nak pindah rumah baru dan suka buat DIY ni, patut ada 2 peralatan ini. Rotary hammer dan Cordless Screw Driver. Memang memudahkan kerja.