Kalau sebelum ini aku ada beli Rotary Hammer cikai, kali ini aku beli pemutar skrew automatik yang berjenama. Jika dibandingkan dengan Rotary Hammer, pemutar skrew lebih banyak digunakan. Jadi aku pilih untuk beli jenama Bosch sebab ramai orang yang syorkan. Lebih-lebih lagi tengah ada promosi.
Kotak Bosch |
Pemutar ini didatangkan dalam kotak kukuh seperti dalam gambar. Kalau dibandingkan kotak Boyai, memang terasa jauh beza kualiti bahan dan pembuatan kotak. Tapi nak buka kotak ni aku selalu buka terbalik sebab kotak lain klip akan ditolak ke atas, yang ini kena tolak ke bawah.
Bahagian dalam |
Model ini dibekalkan dengan pemutar skrew automatik, 2 bateri dan 1 pengecas. Mata pemutar perlu beli berasingan. Kalau lihat gambar, banyak ruang kosong dalam kotak ini. Aku tak suka design macam ini sebab setiap kali dibuka, barang-barang dalam ini akan bertaburan. Tidak ada ruang untuk simpan mata pemutar dan bateri ke-dua tidak ada ruangan khas (kena pasang terus ke pemutar).
Setakar ini memang puas hati menggunakan pemutar automatik ini. Ini kali ke-2 aku beli pemutar skrew automatik. Sebelum ini aku beli brand Black & Decker. Guna 4 bateri AA. Memang tak tahan lama dan kuat makan bateri. Tetapi Bosch ini bateri tahan lama. Dalam seminggu aku guna, hanya sekali baru cas. Mungkin penggunaan yang kurang tetapi sebab dibekalkan 2 bateri, memang puas hati.
Menggunakan pemutar skrew automatik ini sangat-sangat memudahkan kerja. Sebelum ini aku biasa guna pemutar biasa sahaja. Untuk pasang kabinet buku biasa pun memerlukan masa yang lama semata-mata nak pasang skrew saja. Tapi bila pakai pemutar automatik ini, memang cepat. Patutla aku tengok orang pasang kabinet dapur guna pemutar ni. Cepat dan mudah.
Bagi aku kalau sesiapa yang nak pindah rumah baru dan suka buat DIY ni, patut ada 2 peralatan ini. Rotary hammer dan Cordless Screw Driver. Memang memudahkan kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan