Isnin, 6 Mac 2017

Freeletics 4.0 (Minggu 1)


Ha..ha..guna balik banner lama. Takper la.... sebab sama saja..bermula dari awal...

Log Minggu #1

Tarikh
(Hari)
Running
 Workout
(Masa)
 27/2/2017
(Isnin)
-
-
28/2/2017
(Selasa)
-
Endurance - Fullbody
2/5 Athena
(03;51)
1/3/2017
(Rabu)

-
2/3/2017
(Khamis)
Xerxes
(09:54)
10 Pushups
(00:21)
2/5 Aphrodite
(17:54)
3/3/2017
(Jumaat)


4/3/2017
(Sabtu)
Bastet
(08:12)
Conditioning
3/5 Nemesis
(08:34)
5/3/2017
(Ahad)
-
-

Untuk kali ini, disebabkan aku dah bayar untuk setahun dan dapat pakai Bodyweight, Running dan Gym, aku akan fokuskan kepada Bodyweight dan Running dahulu. Sebabnya kalu untuk Freeletics Gym, aku kena pergi Gym sebab takde peralatan Gym di rumah. Untuk Bodyweight, aku boleh buat di mana-mana sahaja dan untuk Running, kawasan perumahan aku ini jalan tak sibuk dan satu deret jalan ni ukurannya dalam 200m jadi senang petang-petang balik rumah boleh lari. Cuma beza dengan latihan di track stadium, jalan tar ni keras jadi kena pakai kasut lari yang bertul-betul bagus sebab nak kurangkan hentakan.

Freeletics Bodyweight


Fokus untuk Coach kali ini adalah Cardio dan Strength. Untuk minggu pertama ini aku ambil 3 hari saja. Disebabkan aku reset balik, jadi aku bermula dari awal. Hari pertama memang simple, Endurance Full Body dan 2/5 Athena. Kalau 3 bulan yang lepas, 2/5 Athena ni memang agak mudah nak lakukan tapi sebab sekarang ni lemak dah berkumpul di perut, agak sukar juga nak habiskan. Memang terasa perbezaan apabila lama tak bersenam ni.


Hari ke-2 ada Aphrodite. Dah lama tak buat Burpees, bila buat Sprawls pun dah semput. Crunches pun rasa macam seksaan.


Hari ke-3 buat Nemesis. Crunches baru 20-30 aku dan krem perut. Memang menyedihkan....

 Freeletics Running 


Untuk Freeletics Running, aku pilih 2 hari sahaja. Mula buat Xerxes di mana kena buat 200m interval. Lari-lari biasa sahaja atau kalau ikutkan kelajuan aku taraf berjalan je bagi orang lain (untuk aku dah cukup laju dah). Memang penat bila badan mula adjust semula. Kaki pun sakit. Tapi rasanya masa rehat tu cukup lama, ataupun aku lari kurang laju lagi...?


Bastet, lari 100m, 200m 400m, 200m, 400m, 200m dan 100m interval. Boleh tahan masa larian sebab jumlah larian 1.6km dalam masa 8:12 tapi masa rehat 21 minit.. ha..ha....

Next week akan pilihan ambil 4 hari untuk Bodyweight dan 3 hari untuk Running.

#freeleticspahang
#freeleticskuantan
#freeleticsmalaysia
#aok2fitker

Tiada ulasan:

Catat Ulasan