Ahad, 24 Julai 2016

Freeletics Coach (Minggu #1)


Okay, minggu di'reset'. Permulaan menggunakan fungsi coach. 

Log Minggu #1

Tarikh
(Hari)
Jogging
 Workout
(Masa)
18/7/2016
(Isnin)
3.15 km
(00:24:36)
Athena - Standard
(07:59)
Nyx - Standard
(10:19)
Krios - Standard
(12:29)
19/7/2016
(Selasa)
3.23 km
(00:25:48)
Nemesis - Standard
(17:02)
25 Squats
(00:51)
25 Straight Leg Level
(01:59)
10 Burpees
(01:09)
20/7/2016
(Rabu)
-
-
21/7/2016
(Khamis)
-
-
22/7/2016
(Jumaat)
-
1/3 Dione - Standard
(15:18)
23/7/2016
(Sabtu)
 -
-
24/7/2016
(Ahad)
Bukit Pelindung
2.15 km
(00:30:31)
2/5 Aphrodite - Standard
(21:52)
Menu minggu #12 (Freeletics Pahang)

Masa mula-mula guna fungsi coach ni, aku kena masukkan beberapa maklumat seperti sasaran, tahap kecergasan, tinggi dan berat terkini. Freeletics akan buat kiraan hasil dari maklumat yang diberikan untuk membuat senaman awal yang perlu dilakukkan. Jadi, hasilnya aku kena buat 25 Knee Pushups, 25 Crunches dan 25 Mountain Climbers yang telah aku buat pada hari Ahad lepas. Semua ni senaman Endurances sahaja tetapi sebelum tu kena buat dynamic Warm-up yang boleh tahan juga penatnya.



Workout permulaan untuk #freeleticscoach ini agak mudah sebab aku dah buat freeletics 2-3 bulan lepas. Tetapi sebab lama berehat, agak memenatkan buat workout. Burpees seperti kembali pada awal-awal, mampu buat 5..5.. sahaja. Disebabkan terdapat kekurangan masa terluang, aku hanya dapat buat 4 hari sahaja seminggu.

Minggu ini juga pertama kali aku daki Bukit Pelindung tapi jarak dan masa tak dapat nak detect sebab handphone bermasalah ketika mendaki.

Selasa, 19 Julai 2016

Xiaomi Mi Band Pulse


Sebelum raya dulu aku ada order Mi Band dari website Taobao. Sebab website ini dalam bahasa cina dan Google translate tak dapat nak terjemah semua teks, berlaku kekeliruan semasa nak beli. Aku guna khidmat dari ezbuy.my untuk beli. Aku ingat boleh dapat beli Mi Band 2 dengan harga yang lebih murah, rupa-rupanya ada satu menu yang aku tersilap tekan (menu dalam bahasa cina), aku terbeli Mi Band 1s ataupun Mi Band Pulse. Tapi apa-apa pun memang ok jer walaupun tersilap beli sebab Mi Band yang lama dah hilang.

Kotak kecil, minimalist
Kotak Mi Band 1s ni kecil saja kalau dibandingkan kotak Mi Band yang lama.


Ada barang
Dalam ada Mi Band, tali dan juga kabel untuk charge.


Fungsi Heart Rate

Beza generasi pertama dengan Mi Band 1s ni adalah fungsi pengesan denyutan nadi. Aku memang kagum dengan Xiaomi sebab dapat masukkan sensor heart rate ke dalam Mi Band yang kecil dan dijual dengan harga yang murah. Tetapi pengesan ini tidak melakukkan pengesanan secara berterusan. Hanya boleh kesan denyutan apabila menggunakan applikasi Mi Fit di handphone.
Tekan "Heart Rate"

Tekan "Measure"

Tunggu

Dapat bacaan
Bagi aku fungsi ni memang bagus tetapi terlalu banyak langkah untuk dapatkan bacaan heart rate. Disebabkan fungsi ini hanya berjalan bila di dalam applikasi Mi Fit, amat sukar untuk dapatkan bacaan bila sedang bersenam. Namun begitu, bacaannya agak tepat.

Pedometer

Fungsi pedometer Mi Band 1s masih seperti yang lama. Mi Band 1s lebih aktif dari aku sebab Mi Band selalu mempunyai kiraan langkah yang lebih banyak dari langkah sebenar. Mungkin kerana Mi Band dipakai di tangan, jadi apabila tangan bergerak seperti menaip atau melakukan pergerakan semasa duduk, ia akan mengira pergerakkan tersebut.

Sleep tracker

Untuk fungsi ini Mi Band memang bagus. Bacaan hampir tepat dengan kemungkinan ralat dalam 10 minit. Sama seperti yang dulu, Mi Band dapat mengesan corak waktu aku tidur dan bangun.

Kesimpulannya aku tetap berpuas hati dengan Mi Band ini walaupun tersilap beli. Ha...ha... tengah tunggu Xiaomi Malaysia bawa masuk Mi Band 2. Harap-harap harga tidak terlalu mahal.

Ahad, 17 Julai 2016

Freeletics (Minggu #11)


Minggu #10 tiada sebab balik raya. Jadi tiada menu. Dan kemungkinan minggu depan aku nak cuba Freeletics coach sebab setakat ini tengok dari hasil workout memang memuaskan. Jadi akan cuba ikut coach untuk 15 minggu seterusnya.

Log Minggu #11

Tarikh
(Hari)
Jogging
 Workout
(Masa)
11/7/2016
(Isnin)
-
-
12/7/2016
(Selasa)
-
-
31/7/2016
(Rabu)
-
-
14/7/2016
(Khamis)
-
-
15/7/2016
(Jumaat)
3.39km
(00:28:54)
2x Nyx - Standard
(24:54)
50 Pushups
(03:04)
16/7/2016
(Sabtu)
 -
-
17/7/2016
(Ahad)
 -
25 Knee Pushups
(00:52)
25 Crunches
(01:20)
25 Mountain Climbers
(00:25)
Aphrodite - Standard
(35:28)
10 Jumping Pullups
(00:59)
Menu Minggu #10

Sebelum raya aku kurang sihat jadi hampir 3 minggu tak konsisten buat workout, performance kurang untuk permulaan. Straight-leg ada masalah sebab kaki kanan tak dapat nak lurus sebab sakit lama datang balik. Tetapi berjaya juga habis walaupun tidak perfect form. Buat standup sampai kena guna tangan untuk bangun.

Pada hari Ahad sebab ada masa aku cuba workout guna coach. Senaman ringan-ringan  untuk coach tahu tahap kecergasan dan membiasakan diri dengan fungsi coach. Bila guna coach ni, ia amat menekankan warm-up sebelum senaman dan juga stretching selepas senaman. Nanti aku akan tulis tentang fungsi coach ni bila ada masa nanti.

Sebab dah lama tidak workout, berat naik mendadak. Berat minggu ni (Isnin) = 70kg.

Sabtu, 2 Julai 2016

Freeletics (Minggu #9)


Minggu terakhir sebelum balik raya. Menu mantap. Seperti yang aku tulis sebelum ini, minggu ini aku buat standard tapi eksesais ada yang digantikan dengan eksesais strength. Nak membiasakan diri.

Log Minggu #9

Tarikh
(Hari)
Jogging
 Workout
(Masa)
13/6/2016
(Isnin)
-
Metis - Standard
(15:43)
50 Push ups
(02:16)
10 Jackknives
(00:32)
14/6/2016
(Selasa)
-
-
15/6/2016
(Rabu)
-
-
16/6/2016
(Khamis)
-
-
17/6/2016
(Jumaat)
-
3x Athena - Standard
(23:14)
18/6/2016
(Sabtu)
 -
-
19/6/2016
(Ahad)
 -
-
Menu Minggu #9

Menu Isnin aku tukar jadi Metis campuran dan 50 Pushup. Campuran sebab Burpees aku tukar dengan Burpees Squat Jump dan Climber aku tukar kepada Frogger. Hanya Jumps kekal walaupun aku cuba buat High Jump beberapa. Bentuk pergerakkan memang tak betul langsung.

Minggu yang tak produktif. Ni gara-gara mood nak raya dah sampai. Tapi amat berpuas hati buat 3x Athena. Buat non-stop walaupun masa sit up agak perlahan sebab penat. 

Jumaat, 1 Julai 2016

Panduan Qiamullail (Jakim)


Biasa selalu cerita tentang menu senaman, kali ini nak tulis tentang menu qiamullail. Boleh tulis secara ringkas sahaja sebab kalau nak terang panjang-panjang aku bukan ahlinya. Yang ini pun aku ambil dari JAKIM.

Beberapa sembahyang sunat qiamullail

Sunat Awwabin
Awwabin bererti kembali iaitu kembali mengingati Allah SWT ketika berada dalam kelalaian. Sembahyang sunat ini biasa dilakukan di antara waktu Maghrib dengan Isyak. Sembahyang ini boleh dikerjakan 20 rakaat, 4 rakaat dan 2 rakaat.

Sembahyang Sunat Tahajjud
Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurangkurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

Sembahyang Sunat Hajat
Sembahyang Hajat bererti sembahyang untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu. Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut hajat masing-masing dan boleh juga dilakukan secara berjemaah jika untuk niat yang sama.

Sembahyang Sunat Taubat
Sembahyang sunat Taubat bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT Sembahyang ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Asas sembahyang ini ialah:

  1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
  3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

Sembahyang Sunat Tasbih
Mengenai sembahyang ini Imam Nawawi pernah berkata bahawa telah menjadi pegangan jumhur ulama syafi’iyah bahawa sembahyang Tasbih ini adalah hukumnya sunat. Terdapat hadithhadith yang menggesa supaya beramal pada setiap hari, jika tidak melakukannya hendaklah dilakukan seminggu sekali, jika tidak dapat dilakukan seminggu sekali hendaklah dilakukan sebulan sekali, jika tidak dapat dilakukan sebulan sekali, hendaklah dilakukan setahun sekali, jika tidak dapat melakukan setahun sekali hendaklah dilakukan sekali seumur hidup.

Walaupun hadith-hadith tersebut tidak kuat untuk dijadikan hujah, tapi ulama membolehkan beramal dengan fadhai’l amal. Waktu mengerjakannya ialah pada waktu siang dilakukan empat rakaat dengan satu malam.

Cara Solat Tasbih

Niat

Lafaz niat sembahyang sunat Tasbih jika dua rakaat satu salam ialah:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّسْبِيْحِ رَكَعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah ta‘ala.”
Atau jika dilakukan empat rakaat:
أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّسْبِيْحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى.
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah ta‘ala.”
Bacaan Tasbih
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Waktu Bacaan Tasbih

  1. Selesai bacaan al-Fatihah dan surah selepasnya dan sebelum rukuk (15 kali)
  2. Selepas bacaan tasbih rukuk (10 kali)
  3. Selepas bacaan i'tidal (10 kali)
  4. Selepas bacaan tasbih sujud (10 kali)
  5. Selepas bacaan doa duduk antar dua sujud (10 kali)
  6. Selepas bacaan tasbih sujud (10 kali)
  7. Ketika duduk istirahah - duduk sebelum berdiri dan selepas bacaan tahayat (10 kali)

Bacaan yang elok dibaca

  1. Rakaat pertama - At-Takathur
  2. Rakaat kedua - Al-'Asr
  3. Rakaat ketiga - Al-Kafirun
  4. Rakaat kempat - Al-Ikhlas
Rujukan lanjut.

Sembahyang Sunat Witir
Witir ertinya ganjil, yakni tidak genap rakaatnya. Sembahyang ini boleh dilakukan secara perseorangan atau berjemaah.

Hukumnya sunat muakkad, dikerjakan sekurang-kurangnya satu rakaat dua salam dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat dengan tujuh salam. Waktunya selepas sembahyang Isyak.

Cara Solat Witir

Niat

Bacaan niat untuk 2 rakaat
أصلي سنة الوتر وكعتين لله تعالي
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua rakaat kerana Allah ta‘ala.”
Bacaan niat untuk 1 rakaat
أصلي سنة الوتر وكعة لله تعالي
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat kerana Allah ta‘ala.”

Bacaan yang elok dibaca

  1. Rakaat pertama - Al-'Ala
  2. Rakaat kedua - Al-Kafirun
  3. Rakaat ketiga - Al-Ikhlas, Al-Falaq, Surah An-Nas

Rujukan Lanjut

Amalan Lain Yang Disunatkan Semasa Qiamullail

Antara amalan-amalan lain yang disunatkan semasa qiamullail ialah:

Membaca al-Quran
Membaca al-Quran adalah satu ibadat yang mempunyai pahala yang besar kerana setiap huruf yang dibaca itu akan digandakan sepuluh kebajikan.

Zikir
Berzikir ialah sama ada menyebut kalimah (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ ) atau (اللّهُ اللّهُ ) atau (سبحان الله ) atau
(اَللّهُ اَكْبَرُ) atau (اَلْحَمْدُلِلّهِ).

Apa yang aku tulis ini boleh didapati dalam buku "Panduan Qiamullail" yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.