Selasa, 19 Julai 2016

Xiaomi Mi Band Pulse


Sebelum raya dulu aku ada order Mi Band dari website Taobao. Sebab website ini dalam bahasa cina dan Google translate tak dapat nak terjemah semua teks, berlaku kekeliruan semasa nak beli. Aku guna khidmat dari ezbuy.my untuk beli. Aku ingat boleh dapat beli Mi Band 2 dengan harga yang lebih murah, rupa-rupanya ada satu menu yang aku tersilap tekan (menu dalam bahasa cina), aku terbeli Mi Band 1s ataupun Mi Band Pulse. Tapi apa-apa pun memang ok jer walaupun tersilap beli sebab Mi Band yang lama dah hilang.

Kotak kecil, minimalist
Kotak Mi Band 1s ni kecil saja kalau dibandingkan kotak Mi Band yang lama.


Ada barang
Dalam ada Mi Band, tali dan juga kabel untuk charge.


Fungsi Heart Rate

Beza generasi pertama dengan Mi Band 1s ni adalah fungsi pengesan denyutan nadi. Aku memang kagum dengan Xiaomi sebab dapat masukkan sensor heart rate ke dalam Mi Band yang kecil dan dijual dengan harga yang murah. Tetapi pengesan ini tidak melakukkan pengesanan secara berterusan. Hanya boleh kesan denyutan apabila menggunakan applikasi Mi Fit di handphone.
Tekan "Heart Rate"

Tekan "Measure"

Tunggu

Dapat bacaan
Bagi aku fungsi ni memang bagus tetapi terlalu banyak langkah untuk dapatkan bacaan heart rate. Disebabkan fungsi ini hanya berjalan bila di dalam applikasi Mi Fit, amat sukar untuk dapatkan bacaan bila sedang bersenam. Namun begitu, bacaannya agak tepat.

Pedometer

Fungsi pedometer Mi Band 1s masih seperti yang lama. Mi Band 1s lebih aktif dari aku sebab Mi Band selalu mempunyai kiraan langkah yang lebih banyak dari langkah sebenar. Mungkin kerana Mi Band dipakai di tangan, jadi apabila tangan bergerak seperti menaip atau melakukan pergerakan semasa duduk, ia akan mengira pergerakkan tersebut.

Sleep tracker

Untuk fungsi ini Mi Band memang bagus. Bacaan hampir tepat dengan kemungkinan ralat dalam 10 minit. Sama seperti yang dulu, Mi Band dapat mengesan corak waktu aku tidur dan bangun.

Kesimpulannya aku tetap berpuas hati dengan Mi Band ini walaupun tersilap beli. Ha...ha... tengah tunggu Xiaomi Malaysia bawa masuk Mi Band 2. Harap-harap harga tidak terlalu mahal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan