Makin kurang post aku kat blog ni sekarang. Sebabnya tak sempat post. Lebih-lebih lagi sejak line internet takde kat rumah. Nak mengharapkan update guna mobile phone memang susah nak tekan skrin saiz kecik ni. PC pun lama dah tak on... Sekali ada banyak pulak reply dari visitor....
Sebenarnya dah 2 tahun aku apply internet kat TM Point. Sejak masuk rumah lagi. Masalah kawasan perumahan baru macam ni la. Kena tunggu permintaan banyak... baru TM akan pertimbangkan untuk tarik wayar. Masalah kat perumahan aku ni sebab tiang TM jauh jadi kena tanam tiang baru boleh tarik wayar (ikut apa yang pegawai TM cakap la..)
Dulu pernah jugak apply line streamyx semasa pindah rumah. Kawasan perumahan baru siap juga. Lepas setengah tahun baru TM datang rumah pasang interet. Ingat ke itu dah kira lama tapi kali ini lagi lama rupanya....
2-3 bulan lepas baru nampak tiang TM terpacak belakang rumah... Siap dapat brochure promote Unifi. Esoknya terus aku pergi TM Point nak apply tapi kena tunggu 2-3 bulan pulak. Ni dah bulan ke berapa pun tak tahu la... Mungkin tahun depan baru dapat...
Jasa pack |
Jadi aku nak apply la plan Jasa pack ni sebab sekarang ni pakai Webe RM79 dengan 2nd line RM69. Yang 2nd line tu nak tukar plan ke Jasa pack (nak tukar nama) tapi rupa-rupanya tak boleh. Sebab nak tukar 2nd line kena tukar yang main line jugak. Sistem TM ni tak boleh nak tukar-tukar plan macam tu jer. Diorang beri 2 pilihan:
- Terminate 2nd line, apply line baru dengan nombor baru. Yang ni masalah sebab aku nak kekalkan nombor lama.
- Port-out kedua-dua line ke telco lain kemudian baru apply semula. Nampak macam best tapi kalau nak apply semula, yang main line tu tak dapat dah line RM79 tapi kena apply plan baru RM99.
Kedua-dua pilihan macam tak best jer... Kenapalah rumit sangat nak tukar plan...
Rasanya nak tukar jer ke telco lain....
Rasanya nak tukar jer ke telco lain....