Selasa, 14 Jun 2016

Freeletics - Langkah seterusnya

freeletics don't quit

Masa aku mula-mula nak buat Freeletics, aku memang tak tahu apa-apa. Semangat ada, tapi tak tahu nak buat apa. Puas cari di internet "training schedule' yang ada tapi ada sedikit dan sudah lama.

Aku memang plan tak nak gunakan servis berbayar dalam 3-6 bulan pertama ini. Nak tengok macam mana perubahan pada diri. Oleh sebab aku pernah mengalaminya sebelum ini, aku senaraikan perkara-perkara yang anda mesti buat kalau nak kekal lama buat Freeletics ni.


1. Tetapkan matlamat


Dalam apa perkara yang kita nak buat mesti ada matlamat. Baru boleh tahu sudah capai atau belum dan ada arah tuju. Kalau aku, matlamat awal hanya nak turun berat badan dan kekal cergas. Tak banyak, dari 78 kg ke 64 kg dalam 6 bulan. Kebetulan ada Biggest Loser Challenge, aku pun daftar sekali. Tapi untuk jangka masa panjang, sudah tentu untuk kesihatan.


2. Tonton video pergerakkan eksesais

Contoh video eksesais

Antara paling penting dalam Freeletics adalah kesempurnaan pergerakkan (perfect form). Cara nak dapatkan perfect form ini adalah dengan menonton video yang ada dalam app. Cuba fokuskan kepada tip-tip yang diberikan dan cuba lakukkan. Sejak buat Freeletics ni, aku selalu dengar nasihat tak perlu kejar masa, yang penting perfect form. Ya betul! Bila kita fokus untuk sentiasa buat perfect form, jumlah masa akan lebih cepat dengan sendirinya. Pencapaian yang perlahan tetapi konsisten lebih baik daripada, mengejar masa tapi 'form' ke laut. Sebab badan dah biasa dengan pergerakkan senaman, lama-lama akan jadi lebih mudah.


3. Biasakan diri dengan pergerakkan eksesais

Mulakan Freeltics dengan melakukan eksesais 'standard':
  • Push-up
  • Sit-up
  • Burpee
  • Squat
Lakukan setiap eksesais dalam kiraan 10 atau 25 ulangan setiap satu untuk membiasakan diri. Eksesais ini adalah yang paling asas yang akan sentiasa dibuat di dalam workout. Tapi ini untuk 1-2 hari pertama. Jangan sampai 2-3 minggu buat eksesais asas sahaja. Lepas 2 hari, boleh dah nak cuba workout.


4. Cuba workout Morpheus - Standard

Workout Morpheus - Standard

Morpheus adalah salah satu workout yang agak mudah jika dibandingkan dengan workout yang lain. Cuba habiskan dengan melakukan pergerakan sempurna. Jika anda tidak yakin, boleh mulakan dengan Morpheus - Endurance. Tidak perlu susah hati kalau mengambil masa yang lama untuk habiskan workout sebab itu memang perkara biasa. Selain Morpheus, boleh cuba Nyx - Endurance dan Athena - Endurance untuk minggu pertama.


5. Ikuti kumpulan Freeletics

Freeletics Pahang

Bersenam secara berkumpulan memberikan kuasa dorongan yang lebih. Ahli kumpulan biasanya akan memberi dorongan untuk anda menghabiskan sesuatu senaman. Dengan berkumpulan juga, kita dapat memastikan pergerakkan anda betul atau tidak. Melihat pencapaian ahli kumpulan juga dapat membantu kita menjadi lebih bersemangat untuk menghabiskan setiap menu. Dan yang paling penting banyak perkara baru yang anda boleh belajar jika ada group. Setakat ini aku ikut group whatsapp Freeletics Pahang. Memang best!
Freeletics Pahang


6. Ikut menu

Contoh Menu

Disebabkan aku pilih untuk kekal guna yang free, jadi tiada training schedule dari Freeletics. Memang pada mula aku cuba satu-satu workout (yang mudah). Tetapi lepas ikut group, baru ada menu. Aku ada masukkan screenshot menu-menu yang telah dibuat di setiap pos mingguan. Setiap orang mempunyai tahap kecergasan yang berbeza jadi boleh jadikan menu-menu ini sebagai panduan. Kadang-kala seperti yang terjadi pada aku, kejang otot perut dan melecet, jadi aku tukar sikit menu tu ikut kesesuaian. 


7. Jangan cepat mengalah

Buat workout memang memenatkan tetapi jangan cepat mengalah. Freeeltics tiada fungsi 'PAUSE'. Tetapi kalau penat boleh berehat sebentar di antara setiap pergerakan.

Contoh:
Untuk burpess boleh buat dalam kiraan 5, rehat, 5, rehat, 5, rehat... untuk cukupkan 25. Biasa juga terjadi bila di pusingan terakhir, burpees dah jadi 3,3,2,3,1,1,...... dan kadang-kadang berehat sampai seminit. Janji habiskan workout. Lama-lama akan improve.



Okay, aku rasa itu saja yang mampu aku fikirkan buat masa ini. Yang ini semua dari pengalaman aku setelah lebih sebulan terjebak dengan Freeletics. Sekarang baru nak masuk 7 minggu, hampir separuh jalan. Mula-mula memang perit siap ada rasa nak muntah. Tapi memang seronok bila ada group sebab bukan aku sorang saja yang rasa perit dan seronok dapat tengok pencapaian kawan-kawan group.

Aku sendiri masih tak mahir lagi tapi masih terus improve. Ada eksesais yang aku rasa seperti mustahil untuk aku lakukkan sebelum ini tetapi sudah aku lakukkan (DIONE!) walaupun masa masih out. Next step nak cuba pull bar. Rekod masih 0.

Sabtu, 11 Jun 2016

Freeletics (Minggu #6)

Minggu #06

Log Minggu #6

Tarikh
(Hari)
Jogging
 Workout
(Masa)
6/6/2016
(Isnin)
-
3x Metis - Endurance
(20:37)
2x Nyx - Endurance
(26:08)
7/6/2016
(Selasa)
-
Morpheus - Standard
(06:18)
Athena - Standard
(09:43)
Morpheus - Standard
(08:59)
8/6/2016
(Rabu)
-
2x Persephone - Endurance
(27:35)
9/6/2016
(Khamis)
-
2x Morpheus - Standard
(15:05)
Nyx - Standard
(12:45)
10/6/2016
(Jumaat)
-
3x Metis - Standard
(27:31)
11/6/2016
(Sabtu)
 -
Athena - Standard
(09:17)
50 Sprawls
(05:28)
50 Push Ups
(02:42)
12/6/2016
(Ahad)
 -
-

Menu Minggu ke-6
Setelah tidak buat Freeletics selama hampir seminggu, minggu ni pencapaian agak tidak memuaskan. Tercungap-cungap buat dan cepat penat. Banyak masa berehat antara setiap ulangan menyebabkan masa jadi lama. Kemungkinan sebab penat berpuasa dan kemungkinan juga sebab berat badan bertambah. Tapi yang paling penat workout hari Jumaat, 2X Metis. Burpees dan Jump memang kombinasi yang memenatkan. Jump ni senang saja, hanya melompat tetapi lutut mesti melebihi paras pinggang untuk mendapatkan pergerakan sempurna. Jadi memang tak cukup nafas bila kena lompat begini dalam 10 hingga 25 ulangan.

Setakat ni alhamdulillah boleh buat lagi. Sebelum buat memang rasa macam tak larat saja sebab puasa. Tapi #noexcuse. Ku tahan diri dari berhenti dan teruskan....

Minggu ni aku tak cuba berlari. Penat woi....

Sepanjang bulan Ramadhan ni, aku cuba buat 45 minit sebelum waktu berbuka puasa dan ada juga cuba buat lepas Tarawikh tapi tak best sebab berpeluh-peluh dan kena tunggu 2 jam sebelum mandi dan tidur. Lagipun bulan nak beramal, jadi sepanjang bulan puasa ni, aku hadkan waktu Freeletics (FL) ni masa sebelum berbuka sahaja.

Tapi dugaan bulan Ramadhan ni lain, bukan saja tak larat, tapi bila berbuka tu... macam-macam ada atas meja. Kuih-muih, air manis, makanan lagi.... dugaan.

Dari apa yang aku rasa sendiri kesan dari Freeletics setelah sebulan:

  • Kurang nak makan tapi selalu nak minum air.
  • Waktu makan jugak tak boleh nak makan banyak, rasa perut cepat penuh.
  • Waktu berbuka hanya makan ringan-ringan sahaja, kurma+air (suam, jus)
  • Walaupun penat selepas bersenam, tetapi waktu Tarawikh lebih rasa tenaga.
  • Berat badan memang turun, bahagian perut nampak macam takde kesan tapi seluar dah mula longgar. (Orang kata untuk lelaki lemak di perut paling susah nak hilang, jadi sabar jer lah)
Berat minggu ni = 71 kg. Yup... 71kg...ha..ha... 71kg. Lagi 1 kg sampai first target. Lepas tu second phase, 60kg.

Untuk mendaftar, sila tekan gambar Freeletics.

Jumaat, 10 Jun 2016

Calibre: Kemaskini lebih dari satu komputer


Kadangkala aku guna Calibre ni dengan lebih dari satu komputer. Satu di ruang tamu dan satu di dalam bilik. Jadi agak sukar kalau nak edit bila guna pelbagai komputer. Jadi aku jumpa ada beberapa cara untuk membenarkan Calibre akses ke satu pustakaan yang sama. Kalau edit satu buku dalam satu komputer, komputer yang akan dapat akses ke buku sama yang telah edit.

Cara #1: Shared Folder
Shared folder ni adalah satu fungsi yang terdapat dalam Windows. Oleh sebab sekarang ini ada pelbagai jenis Windows (XP, Vista, Windows 7 dan lain-lain), aku tak terangkan cara terperinci bagaimana nak buat Shared Folder ini sebab setiap versi windows ada cara yang tersendiri. Tetapi secara kasarnya: 
  1. Right-click folder yang dijadikan Shared Folder.
  2. Pilih Properties.
  3. Pilih Tab Sharing.
  4. Tekan butang Share.
Tapi cara Shared Folder ini aku rasa tak sesuai digunakan sebab:
  1. Kena ada satu komputer dijadikan pelayan.
  2. Kadangkala nak buat shared folder agak rumit disebabkan pelbagai sistem operasi
Cara #2: Cloud storage
Aku cuba gunakan Google Drive tapi tak jadi. Jadi aku guna Dropbox. Setakat ini memang okay saja.

  1. Mula-mula kena pasangkan Dropbox.
  2. Lepas Dropbox berjaya dipasangkan, sila catatkan alamat Folder (contoh D:\Dropbox).
  3. Cipta satu Folder baru di dalam Folder Dropbox (contoh D:\Dropbox\Calibre).
  4. Buka Calibre.
  5. Tekan butang Calibre.
    Butang calibre
  6. Tandakan "Move current library to new location".
    Pilih Folder
  7. Pilih folder baru yang telah dibuat tadi.
  8. Okay, done.
Sekarang setiap kali anda edit satu buku, Dropbox akan muat naik buku tersebut ke "cloud storage". Mana-mana komputer yang ada Dropbox dengan akaun anda, akan kemaskini ke versi baru. Setakat ini aku guna cara ini dan tiada masalah.

Khamis, 9 Jun 2016

Calibre: Bagaimana memasang plugin Reading List

Calibre eBook Management

Dalam catatan yang lepas, aku ada tulis bagaimana nak buat sambungan dari Calibre ke handphone. Sebelum ini, aku memang berjaya nak buat sambungan tetapi buku-buku tidak dikemaskini secara automatic apabila sambungan telah dibuat. Jadi kali ini aku nak tulis cara nak pasang plugin "reading List". Aku tak ingat macam mana plugin ini dapat membantu Calibrate kemaskini secara automatik, tapi selepas pasangkan, aku tak menghadapi masalah untuk 'sync'.

Bagaimana memasang plugin "Reading List"

  1. Selepas buka Calibre, cari butang Preferences di menu bar. Kalau tiada, tekan anak panah >> di penghujung kanan sekali. Tekan butang ke bawah di tepi butang Preferences.
    Butang Setting kadang-kala tersebunyi
  1. Pilih "Get plugins to enhance calibre".
  2. Dalam ruang "Filter by name:" sila tulis Reading List.
    User plugin dialog box
  3. Right-click plugin "Reading List" dan pilih "Install". Kalau ada dialog box keluar, tekan Yes.
    Pilih Install
  4. Okay, siap pasang.
    Siap pasang, tekan OK.
  5. Cari butang Reading List dan tekan.
    Butang Reading List

  6. Pilih Customize plugin...
    Pilih Customize plugin...
  7. Sila tanda  "Sync to this device as soon as it is connected".
    Tandakan Sync to the device...
  8. Sekarang kena buat "Default List". Pilih buku-buku yang anda nak muat naik ke handphone.
  9. Tekan butang Reading List dan pilih "Add to Default List".
  10. Okay siap, sekarang boleh buka Calibre Companion di handphone anda dan mula muat turun.

Rabu, 8 Jun 2016

Calibre eBook Management

Calibre eBook Management

Sebelum ini aku ada cerita tentang Web Novel dan juga sedikit tentang fail ePub. Jadi hari ini nak tulis lebih sedikit tentang Calibre.

Calibre (cali-bre) adalah satu perisian untuk menyimpan dan mengurus perpustakaan e-Book di dalam komputer peribadi anda. Perisian ini adalah 'open source' dan percuma. Untuk muat turun aplikasi ini, anda boleh lawat laman di bawah ini.


 Calibre download
Muat turun Calibre

Antara kelebihan Calibre

Ni aku ambil terus dari laman Calibre.
Mengurus koleksi eBook
Calibre menguruskan koleksi eBook anda. Ia boleh menyusun buku-buku di dalam koleksi mengikut: Tajuk, Penulis, Tarikh ditambah, Tarikh diterbitkan, Saiz, Penilaian, Siri, dan lain-lain. Di samping itu, ia menyokong metadata tambahan untuk kemudahan pencarian. Ia juga akan mencapai internet untuk mencari metadata buku berdasarkan tajuk / penulis yang sedia ada atau maklumat ISBN. Ia boleh memuat turun pelbagai jenis metadata dan kulit buku untuk buku anda secara automatik.

Penukaran format eBook
Calibre boleh menukar daripada pelbagai format kepada pelbagai format. Ia menyokong semua format e-buku utama. Senarai format yang disokong oleh calibre:

Format masuk: AZW, AZW3, AZW4, CBZ, CBR, CBC, CHM, DJVU, DOCX, EPUB, FB2, HTML, HTMLZ, LIT, LRF, MOBI, ODT, PDF, PRC, PDB, PML, RB, RTF, SNB, TCR, TXT, TXTZ

Format keluar: AZW3, EPUB, DOCX, FB2, HTMLZ, OEB, LIT, LRF, MOBI, PDB, PMLZ, RB, PDF, RTF, SNB, TCR, TXT, TXTZ, ZIP

Sambungan ke peranti eBook
Calibre direka untuk memudahkan penambahan sokongan untuk peranti eBook yang berbeza.  Pada masa ini, ia telah menyokong untuk sejumlah besar peranti yang berada di pasaran.

Pemapar eBook yang komprehensif

Calibre mempunyai pemapar ebook terbina dalam yang boleh memaparkan semua format utama ebook. Ia mempunyai sokongan penuh untuk isi kandungan, penanda buku, CSS, mod rujukan, percetakan, pencarian, menyalin, dan lain-lain

Editor eBook
Calibre mempunyai editor terbina dalam yang membolehkan anda untuk mengedit eBook dalam format eBook yang paling popular, EPUB dan AZW3 (Kindle). Editor mempunyai preview langsung menunjukkan kesan perubahan secara langsung dan alat pemeriksaan yang boleh mengesan daripada pelbagai kesilapan yang biasa dalam struktur buku secara automatik.
Aku memang suka guna Calibre untuk simpan koleksi eBook aku (setakat ni web novel sahaja). Paling best boleh edit eBook yang disimpan dan boleh upload ke dalam handphone dengan sambungan Wi-fi untuk dibaca secara offline.

Paparan muka Calibre

Cara sambungan ke handphone

  1. Di Calibre, tekan Connect/Share dan tekan Start wireless device connection.
Butang Connect/Share

  1. Sila salin alamat IP dan Port yang tertera. Boleh masukkan kata laluan jika mahu. Tekan OK.
Masukkan kata laluan jika mahu

  1. Di handphone anda, sila muat turun app Calibre Companion Demo Version. Yang Demo Version ni simpanan failnya terhad (20 buku sahaja), jadi kalau rasa nak beli yang full, boleh saja tapi harganya lebih dari RM10.

  1. Tekan butang Settings > Connecting to Calibre > Wireless device connection > IP Address and port. Masukkan alamat IP dan Port yang disalin tadi.
Menu Settings

Connecting to Calibre

Wireless device connection

Masukkan alamat IP yang disalin tadi.

  1. Tekan butang Connect >Wireless Device/sync books
Tekan butang CONNECT
Pilih Wireless Device/sync books

  1. Sekiranya anda mendapat sambungan tetapi tidak dapat sync, sila install plugin "Reading List" di dalam calibre.