Minggu #06 |
Log Minggu #6
Tarikh
(Hari) |
Jogging
|
Workout
(Masa) |
---|---|---|
6/6/2016
(Isnin) |
-
|
3x Metis - Endurance
(20:37) 2x Nyx - Endurance (26:08) |
7/6/2016
(Selasa) |
-
|
Morpheus - Standard
(06:18) Athena - Standard (09:43) Morpheus - Standard (08:59) |
8/6/2016
(Rabu) |
-
|
2x Persephone - Endurance
(27:35) |
9/6/2016
(Khamis) |
-
| 2x Morpheus - Standard (15:05) Nyx - Standard (12:45) |
10/6/2016
(Jumaat) |
-
|
3x Metis - Standard
(27:31) |
11/6/2016
(Sabtu) |
-
|
Athena - Standard
(09:17) 50 Sprawls (05:28) 50 Push Ups (02:42) |
12/6/2016
(Ahad) |
-
|
-
|
Menu Minggu ke-6 |
Setelah tidak buat Freeletics selama hampir seminggu, minggu ni pencapaian agak tidak memuaskan. Tercungap-cungap buat dan cepat penat. Banyak masa berehat antara setiap ulangan menyebabkan masa jadi lama. Kemungkinan sebab penat berpuasa dan kemungkinan juga sebab berat badan bertambah. Tapi yang paling penat workout hari Jumaat, 2X Metis. Burpees dan Jump memang kombinasi yang memenatkan. Jump ni senang saja, hanya melompat tetapi lutut mesti melebihi paras pinggang untuk mendapatkan pergerakan sempurna. Jadi memang tak cukup nafas bila kena lompat begini dalam 10 hingga 25 ulangan.
Setakat ni alhamdulillah boleh buat lagi. Sebelum buat memang rasa macam tak larat saja sebab puasa. Tapi #noexcuse. Ku tahan diri dari berhenti dan teruskan....
Minggu ni aku tak cuba berlari. Penat woi....
Sepanjang bulan Ramadhan ni, aku cuba buat 45 minit sebelum waktu berbuka puasa dan ada juga cuba buat lepas Tarawikh tapi tak best sebab berpeluh-peluh dan kena tunggu 2 jam sebelum mandi dan tidur. Lagipun bulan nak beramal, jadi sepanjang bulan puasa ni, aku hadkan waktu Freeletics (FL) ni masa sebelum berbuka sahaja.
Sepanjang bulan Ramadhan ni, aku cuba buat 45 minit sebelum waktu berbuka puasa dan ada juga cuba buat lepas Tarawikh tapi tak best sebab berpeluh-peluh dan kena tunggu 2 jam sebelum mandi dan tidur. Lagipun bulan nak beramal, jadi sepanjang bulan puasa ni, aku hadkan waktu Freeletics (FL) ni masa sebelum berbuka sahaja.
Tapi dugaan bulan Ramadhan ni lain, bukan saja tak larat, tapi bila berbuka tu... macam-macam ada atas meja. Kuih-muih, air manis, makanan lagi.... dugaan.
Dari apa yang aku rasa sendiri kesan dari Freeletics setelah sebulan:
- Kurang nak makan tapi selalu nak minum air.
- Waktu makan jugak tak boleh nak makan banyak, rasa perut cepat penuh.
- Waktu berbuka hanya makan ringan-ringan sahaja, kurma+air (suam, jus)
- Walaupun penat selepas bersenam, tetapi waktu Tarawikh lebih rasa tenaga.
- Berat badan memang turun, bahagian perut nampak macam takde kesan tapi seluar dah mula longgar. (Orang kata untuk lelaki lemak di perut paling susah nak hilang, jadi sabar jer lah)
Untuk mendaftar, sila tekan gambar Freeletics.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan