Kadangkala aku guna Calibre ni dengan lebih dari satu komputer. Satu di ruang tamu dan satu di dalam bilik. Jadi agak sukar kalau nak edit bila guna pelbagai komputer. Jadi aku jumpa ada beberapa cara untuk membenarkan Calibre akses ke satu pustakaan yang sama. Kalau edit satu buku dalam satu komputer, komputer yang akan dapat akses ke buku sama yang telah edit.
Cara #1: Shared Folder
Shared folder ni adalah satu fungsi yang terdapat dalam Windows. Oleh sebab sekarang ini ada pelbagai jenis Windows (XP, Vista, Windows 7 dan lain-lain), aku tak terangkan cara terperinci bagaimana nak buat Shared Folder ini sebab setiap versi windows ada cara yang tersendiri. Tetapi secara kasarnya:
- Right-click folder yang dijadikan Shared Folder.
- Pilih Properties.
- Pilih Tab Sharing.
- Tekan butang Share.
Tapi cara Shared Folder ini aku rasa tak sesuai digunakan sebab:
- Kena ada satu komputer dijadikan pelayan.
- Kadangkala nak buat shared folder agak rumit disebabkan pelbagai sistem operasi
Cara #2: Cloud storage
Aku cuba gunakan Google Drive tapi tak jadi. Jadi aku guna Dropbox. Setakat ini memang okay saja.
Aku cuba gunakan Google Drive tapi tak jadi. Jadi aku guna Dropbox. Setakat ini memang okay saja.
- Mula-mula kena pasangkan Dropbox.
- Lepas Dropbox berjaya dipasangkan, sila catatkan alamat Folder (contoh D:\Dropbox).
- Cipta satu Folder baru di dalam Folder Dropbox (contoh D:\Dropbox\Calibre).
- Buka Calibre.
- Tekan butang Calibre.
Butang calibre - Tandakan "Move current library to new location".
Pilih Folder - Pilih folder baru yang telah dibuat tadi.
- Okay, done.
Sekarang setiap kali anda edit satu buku, Dropbox akan muat naik buku tersebut ke "cloud storage". Mana-mana komputer yang ada Dropbox dengan akaun anda, akan kemaskini ke versi baru. Setakat ini aku guna cara ini dan tiada masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan