Khamis, 16 Jun 2016

Windows: Automatic Login


Biasanya kalau di rumah bila buka Windows, memang nak cepat terus masuk ke Desktop tanpa ada login. Jadi macam mana nak buat auto login ni. Tetapi sebelum itu, pastikan anda hanya lakukan autologin ini di komputer persendirian di rumah atau tempat-tempat yang anda yakin selamat. Biasa aku buat pada komputer HTPC (Home Theater PC). Jadi bila hidupkan, akan terus masuk ke paparan Desktop atau perisian HTPC yang ada.

Untuk Windows 10 (versi lain lebih kurang sama)
  1. Click pada butang Search (simbol Kanta Pembesar).
    Butang Search (Magnifying Glass)
  2. Taip netplwiz, tekan netplwiz.
    Taip netplwiz
  3. Pilih akaun yang anda mahu masuk secara automatik (a). Kosongkan kotak (unchecked) "User must enter a user name and password to use this computer" (b). Tekan OK (c).
    User account
  4. Masukkan username dan password untuk akaun. Tekan OK.
    Masukkan username dan password akaun
Ok, siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan