Ahad, 19 Jun 2016

Freeletics (Minggu #7)

Minggu #07
Minggu ke-2 Freeletics dalam keadaan berpuasa. Seperti minggu lepas aku buat sebelum berbuka dalam jam 6.00 petang. Sebab bila badan dah tak larat sangat boleh rehat tunggu waktu berbuka. Kalau buat awal (jam 5 petang), lambat pula nak menunggu berbuka. Kalau buat lepas Terawih, rasa susah nak tidur pulak lepas tu dan susah nak bangun sahur sebab tak cukup tidur. Jadi masih kekalkan jam 6.00 petang dan aku rasa adalah masa yang terbaik untuk Freeletics ni.

Log Minggu #7

Tarikh
(Hari)
Jogging
 Workout
(Masa)
13/6/2016
(Isnin)
-
Athena - Standard
(08:47)
Morpheus - Standard
(05:25)
Metis - Standard
(08:36)
14/6/2016
(Selasa)
-
2x Metis - Endurance
(09:44)
Nyx - Standard
(11:01)
Morpheus - Standard
(08:48)
15/6/2016
(Rabu)
-
50 Burpees
(05:18)
50 Sit Ups
(02:52)
Persephone - Endurance
(12:33)
16/6/2016
(Khamis)
-
2x Nyx - Standard
(21:57)
50 Push Ups
(02:03)
17/6/2016
(Jumaat)
-
Prometheus - Standard
(19:38)
18/6/2016
(Sabtu)
 -
Aphrodite
(40:01)
19/6/2016
(Ahad)
 -
-
Menu Minggu #07


Minggu ni memang banyak peningkatan dari jumlah masa. Semua dapat "Personal Best". Tak seperti minggu lepas yang rasa macam tak cukup nafas, minggu ni rasa lebih bertenaga. Mungkin badan dah semakin ringan dan biasa dengan keadaan berpuasa. Walaupun sebelum buat workout memang dalam fikiran rasa macam tak larat nak buat, tetapi bila dah mula, rasa lain. Lebih-lebih lagi kalau tengok dalam app ada yang dah siap buat menu, memang lebih gigih nak ber"Freeletics".

Cabaran Freeletics di bulan puasa ni bukan sahaja sebab fizikal tetapi juga mental. Lebih-lebih lagi buat yang ada burpees seperti Aphrodite yang ada 5 pusingan. Memang rasa macam nak berhenti setiap kali buat burpees. Memang mental....

Metis dan Aphrodite, workout yang ada burpees. Memang kena fikir I love burpess...I love burpees saja nak counter rasa penat tengah buat workout. Kalau Metis ok lagi sebab bermula dengan 10 dan paling banyak hanya 25. Tapi kalau Aphrodite, mula-mula dah makan tenaga, 50 burpess, 50 squats dan 50 situps. Memang nak berhenti saja rasanya.

Berat badan minggu ni kalau pakai penimbang Xiaomi aku tu = 69 kg. Timbang lepas berbuka, kalau penimbang lain mungkin 69-70 kg. Apa-apa pun dah mencapai target awal untuk bulan ni. Lepas ni nak turun lagi 10 kg. Agak-agaknya bila "Pre-weigh in Day" untuk Biggest Loser Challenge 2016 ni, berapa berat agaknya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan