Calibre eBook Management |
Dalam catatan yang lepas, aku ada tulis bagaimana nak buat sambungan dari Calibre ke handphone. Sebelum ini, aku memang berjaya nak buat sambungan tetapi buku-buku tidak dikemaskini secara automatic apabila sambungan telah dibuat. Jadi kali ini aku nak tulis cara nak pasang plugin "reading List". Aku tak ingat macam mana plugin ini dapat membantu Calibrate kemaskini secara automatik, tapi selepas pasangkan, aku tak menghadapi masalah untuk 'sync'.
Bagaimana memasang plugin "Reading List"
- Selepas buka Calibre, cari butang Preferences di menu bar. Kalau tiada, tekan anak panah >> di penghujung kanan sekali. Tekan butang ke bawah di tepi butang Preferences.
Butang Setting kadang-kala tersebunyi
- Pilih "Get plugins to enhance calibre".
- Dalam ruang "Filter by name:" sila tulis Reading List.
User plugin dialog box - Right-click plugin "Reading List" dan pilih "Install". Kalau ada dialog box keluar, tekan Yes.
Pilih Install - Okay, siap pasang.
Siap pasang, tekan OK. - Cari butang Reading List dan tekan.
Butang Reading List
- Pilih Customize plugin...
Pilih Customize plugin... - Sila tanda "Sync to this device as soon as it is connected".
Tandakan Sync to the device... - Sekarang kena buat "Default List". Pilih buku-buku yang anda nak muat naik ke handphone.
- Tekan butang Reading List dan pilih "Add to Default List".
- Okay siap, sekarang boleh buka Calibre Companion di handphone anda dan mula muat turun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan