Isnin, 6 Jun 2016

Penimbang berat Xiaomi (XiaoMi Mi Smart Weight Scale)

Kebiasaannya aku guna penimbang berat di klinik dan di makmal. Jadi setiap minggu pergi klinik untuk timbang berat saja. Pernah beli penimbang manual (spring) yang biasa ada di supermarket tapi dah rosak. Dah jadi tempat anak pijak untuk buka lampu. Minggu lepas pulak sebab sibuk sangat tak sempat nak timbang.

Sebelum ni memang berminat dengan produk Xiaomi jadi masa cari penimbang, terjumpa ada satu kedai jual "XiaoMi Mi Smart Weight Scale" dengan harga dalam budget. Kebetulan pula kedai tu ada cawangan on the way aku ke Shah Alam.
I'm

TradeShoppe

Aku jumpa dalam lelong.com.my. Kedai ni menjual accesories handphone. Tapi dari apa yang aku lihat, hampir semua barangan dari Xiaomi ada dijual. Semuanya terus dari China jadi waranti dari kedai sahaja. TradeShoppe ni ada 2 kedai, satu di Sunway dan Satu lagi di Petaling Jaya. Aku pergi yang di Sunway. Kedai dia beul-betul sebelah Sunway Pyramid, sederet dengan Maybank.

XiaoMi Mi Smart Weight Scale

Kotak Luar
Bungkusan dalam kotak

Harga penimbang ni RM90. Kenapa aku beli, sebab minat dengan produk Xiaomi.

Kiri (Depan) - Kanan (Belakang)

Pakai 4x Bateri AA (ada diberi)
Suis atas (Kiri - imperial unit, Tengah - jin 1/2 kg, Kanan - metric)

Design memang cantik. Permukaan depan dibuat daripada kaca jadi kena berhati-hati jangan terjatuh benda keras, boleh pecah.

Nampak futuristic dengan paparan lampu LED.

Mi Fit

Profile peribadi

Penimbang berat ini boleh disambung ke handphone dengan sambungan Bluetooth. Syaratnya kena muat turun app dari Google Play store atau App Store. Tapi ada yang komplen handphone tak dapat sambung tetapi untuk app versi lama.

 App Store  Google Play
English Manual

Disebabkan aku beli dengan waranti kedai dan terus dari China, aku dapat user manual dalam bahasa cina. Untuk bahasa inggeris aku terpaksa cari online. Tapi tak perlu manual pun takpe sebab cara guna memang teramat senang, sama saja dengan penimbang biasa. Bezanya sebelum nak timbang kena tetapkan unit timbangan. Imperila (paun), China (jin) ataupun Metric (kg). Lepas tu berdiri je atas penimbang.

Kalau guna handphone (pertama kali)
  1. Buka Mi Fit dulu.
  2. Sekiranya Bluetooth tidak dihidupkan, Mi Fit akan tanya untuk hidupkan atau tidak.
  3. Tekan 'Allow'.
  4. Tunggu sebentar (2-3 saat).
  5. Tekan Profile.
  6. Tekan Add Device.
  7. Tekan Mi Scale.
  8. Tunggu sehingga habis sambungan.
  9. Berdiri atas penimbang.
  10. Tunggu sehingga paparan berat berhenti berkelip.
  11. Turun dari penimbang.

Info tambahan
  • Pastikan penimbang diletakkan di atas permukaan yang rata dan keras seperti lantai simen atau ber'tile'.
  • Jika letak di atas karpet, bacaan akan jauh berbeza.
  • Setiap kali timbang, biasa aku buat 3 kali. Ambil bacaan ke-3. Tak tahu kenapa kalau seharian tak guna, bacaan pertama akan lebih berat.
  • Permukaan agak licin sebab diperbuat dari kaca, jadi jangan guna semasa kaki basah.
  • Kalau guna handphone, jangan timbang semasa memegang handphone sebab berat handphone akan memberi kesan.
  • Mi Fit boleh merekod sehingga 16 pengguna.
  • Hanya untuk timbang berat. Total fat tiada.
Update May 2020
Penimbang ini masih berfungsi dengan baik. Tapi akhirnya bateri habis. 4 x bateri AA kena tukar. Lama juga bertahan bateri ni. Guna purata dalam 3-5 kali sebulan. Banyak sebab bukan saya seorang yang pakai. Kira okaylah...

Tapi rasa macam nak upgrade tukar ke yang ada body weight.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan