Rabu, 8 Jun 2016

Calibre eBook Management

Calibre eBook Management

Sebelum ini aku ada cerita tentang Web Novel dan juga sedikit tentang fail ePub. Jadi hari ini nak tulis lebih sedikit tentang Calibre.

Calibre (cali-bre) adalah satu perisian untuk menyimpan dan mengurus perpustakaan e-Book di dalam komputer peribadi anda. Perisian ini adalah 'open source' dan percuma. Untuk muat turun aplikasi ini, anda boleh lawat laman di bawah ini.


 Calibre download
Muat turun Calibre

Antara kelebihan Calibre

Ni aku ambil terus dari laman Calibre.
Mengurus koleksi eBook
Calibre menguruskan koleksi eBook anda. Ia boleh menyusun buku-buku di dalam koleksi mengikut: Tajuk, Penulis, Tarikh ditambah, Tarikh diterbitkan, Saiz, Penilaian, Siri, dan lain-lain. Di samping itu, ia menyokong metadata tambahan untuk kemudahan pencarian. Ia juga akan mencapai internet untuk mencari metadata buku berdasarkan tajuk / penulis yang sedia ada atau maklumat ISBN. Ia boleh memuat turun pelbagai jenis metadata dan kulit buku untuk buku anda secara automatik.

Penukaran format eBook
Calibre boleh menukar daripada pelbagai format kepada pelbagai format. Ia menyokong semua format e-buku utama. Senarai format yang disokong oleh calibre:

Format masuk: AZW, AZW3, AZW4, CBZ, CBR, CBC, CHM, DJVU, DOCX, EPUB, FB2, HTML, HTMLZ, LIT, LRF, MOBI, ODT, PDF, PRC, PDB, PML, RB, RTF, SNB, TCR, TXT, TXTZ

Format keluar: AZW3, EPUB, DOCX, FB2, HTMLZ, OEB, LIT, LRF, MOBI, PDB, PMLZ, RB, PDF, RTF, SNB, TCR, TXT, TXTZ, ZIP

Sambungan ke peranti eBook
Calibre direka untuk memudahkan penambahan sokongan untuk peranti eBook yang berbeza.  Pada masa ini, ia telah menyokong untuk sejumlah besar peranti yang berada di pasaran.

Pemapar eBook yang komprehensif

Calibre mempunyai pemapar ebook terbina dalam yang boleh memaparkan semua format utama ebook. Ia mempunyai sokongan penuh untuk isi kandungan, penanda buku, CSS, mod rujukan, percetakan, pencarian, menyalin, dan lain-lain

Editor eBook
Calibre mempunyai editor terbina dalam yang membolehkan anda untuk mengedit eBook dalam format eBook yang paling popular, EPUB dan AZW3 (Kindle). Editor mempunyai preview langsung menunjukkan kesan perubahan secara langsung dan alat pemeriksaan yang boleh mengesan daripada pelbagai kesilapan yang biasa dalam struktur buku secara automatik.
Aku memang suka guna Calibre untuk simpan koleksi eBook aku (setakat ni web novel sahaja). Paling best boleh edit eBook yang disimpan dan boleh upload ke dalam handphone dengan sambungan Wi-fi untuk dibaca secara offline.

Paparan muka Calibre

Cara sambungan ke handphone

  1. Di Calibre, tekan Connect/Share dan tekan Start wireless device connection.
Butang Connect/Share

  1. Sila salin alamat IP dan Port yang tertera. Boleh masukkan kata laluan jika mahu. Tekan OK.
Masukkan kata laluan jika mahu

  1. Di handphone anda, sila muat turun app Calibre Companion Demo Version. Yang Demo Version ni simpanan failnya terhad (20 buku sahaja), jadi kalau rasa nak beli yang full, boleh saja tapi harganya lebih dari RM10.

  1. Tekan butang Settings > Connecting to Calibre > Wireless device connection > IP Address and port. Masukkan alamat IP dan Port yang disalin tadi.
Menu Settings

Connecting to Calibre

Wireless device connection

Masukkan alamat IP yang disalin tadi.

  1. Tekan butang Connect >Wireless Device/sync books
Tekan butang CONNECT
Pilih Wireless Device/sync books

  1. Sekiranya anda mendapat sambungan tetapi tidak dapat sync, sila install plugin "Reading List" di dalam calibre.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan