Buah tembikai merah |
Di bulan Ramadhan ni, antara favorite aku adalah berbuka dengan air jus. Dan yang paling best adalah jus tembikai merah. Lebih-lebih lagi buah tembikai ni rendah kalori dan banyak khasiat.
Siapa sangka buah tembikai ini berasal dari Afrika Selatan dan memerlukan suhu melebihi 25°C untuk hidup dan membesar. Terdapat juga tembikai yang boleh hidup di padang pasir. (sumber: wikipedia)
Siapa sangka buah tembikai ini berasal dari Afrika Selatan dan memerlukan suhu melebihi 25°C untuk hidup dan membesar. Terdapat juga tembikai yang boleh hidup di padang pasir. (sumber: wikipedia)
Jus buah tembikai |
Khasiat buah tembikai
Membantu mengawal tekanan darah
Buah tembikai mengandungi Arginine dan citrulline yang dapat membantu melancarkan saluran darah.
Membantu mengurangkan kolestrol
Vitamin C dan potassium yang ada dalam buah tembikai juga membantu mengurangkan kolestrol tidak baik di mana ia turut dapat mengurangkan hypertensi yang disebabkan oleh obesiti.
Mencegah kanser
Ia juga mengandungi unsur anti-oksida daripada karatenoid dan nutrien yang ada di dalamnya. Disebabkan buah tembikai dapat membantu mengimbangi tahap pH dalam badan, ia membantu menyeimbangkan kadar asid dan keaklian dalam badan kita dan membuang toksik.
Mengurangkan masalah terhidrat
92% kandungan buah tembikai adalah air yang dapat membantu mengurangkan suhu badan. Buah tembikai juga mengandungi fibre-fibre yang mudah dihadam yang dapat mengurangkan masalah tidak lawas.
Kulit yang sihat
Tembikai juga baik kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk membuatkan rambut menjdai lembap serta sangat diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.
Memang banyak khasiat buah tembikai ni tapi ada juga kemudaratannya. Sedangkan ubat pun boleh jadi racun.
Kemudaratan
Masalah pencernaan
Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak, buah tembikai ini boleh mengganggu sistem pencernaan dalam tubuh badan. Pemakanan buah tembikai secara berlebihan boleh menyebabkan gejala loya, muntah-muntah, cirit-birit, kembung, gas dan senak. Gejala ini lebih teruk sekiranya berlaku kepada warga tua yang mempunyai sistem percernaan yang lemah disebabkan usia.
Masalah kardiovaskular
Tembikai mengandungi kuantiti kalium yang sangat baik. Tiga cawan tembikai mengandungi kira-kira 560 mg kalium. Mempunyai tahap kalium yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan masalah kardiovaskular seperti degupan jantung yang tidak teratur, nadi lemah dan boleh membawa kepada serangan jantung. Tahap kalium yang tinggi juga boleh memberi kesan kepada sistem saraf dan kawalan motor. Ini adalah lebih penting bagi mereka yang mengalami masalah buah pinggang, kerana buah pinggang mereka tidak dapat mengeluarkan kalium yang berlebihan.
Reaksi alahan
Sesetengah orang mungkin mengalami reaksi alahan kepada pemakanan tembikai, seperti ruam kecil kepada ruam yang teruk dan bengkak muka. Mereka yang mengalami alahan kepada getah, lobak merah atau timun mungkin lebih terdedah kepada alahan tembikai
Cara memilih buah tembikai
Hari ini aku jadi pakar buah tembikai hasil kajian dari Universiti of Google.Yang aku nampak kebiasannya orang ketuk-ketuk kulit tembikai. Bunyi sedap jer, diorang beli. Aku pun selalulah cuba ketuk-ketuk tapi akhirnya tetap minta penjual tolong pilihkan. Alhamdulillah, setakat ni ok saja diorang pilihkan. Penjual yang jujur.
Yang di bawah ini gambar aku ceduk dari google. Pernah dapat dalam facebook tapi tak disimpan.
Cara pilih buah tembikai manis |
Cara-cara lain
- Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih licin (dah matang), kalau kasar masih muda.
- Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya.
- Jalur bertemu jalur di bahagian bawah.
- Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih.
- Jalur yang agak sekata
- Bila ketuk-ketuk atau jentik-jentik, cari yang bunyi padu dan padat (banyak air).
- Pilih tangkai tua yang senang cabut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan