Selasa, 7 Jun 2016

Buah tembikai

watermelon
Buah tembikai merah

Di bulan Ramadhan ni, antara favorite aku adalah berbuka dengan air jus. Dan yang paling best adalah jus tembikai merah. Lebih-lebih lagi buah tembikai ni rendah kalori dan banyak khasiat.

Siapa sangka buah tembikai ini berasal dari Afrika Selatan  dan memerlukan suhu melebihi 25°C untuk hidup dan membesar. Terdapat juga tembikai yang boleh hidup di padang pasir. (sumber: wikipedia)

jus tembikai
Jus buah tembikai

Khasiat buah tembikai

Membantu mengawal tekanan darah
Buah tembikai mengandungi Arginine dan citrulline yang dapat membantu melancarkan saluran darah.

Membantu mengurangkan kolestrol
Vitamin C dan potassium yang ada dalam buah tembikai juga membantu mengurangkan kolestrol tidak baik di mana ia turut dapat mengurangkan hypertensi yang disebabkan oleh obesiti.

Mencegah kanser
Ia juga mengandungi unsur anti-oksida daripada karatenoid dan nutrien yang ada di dalamnya. Disebabkan buah tembikai dapat membantu mengimbangi tahap pH dalam badan, ia membantu menyeimbangkan kadar asid dan keaklian dalam badan kita dan membuang toksik.

Mengurangkan masalah terhidrat
92% kandungan buah tembikai adalah air yang dapat membantu mengurangkan suhu badan. Buah tembikai juga mengandungi fibre-fibre yang mudah dihadam yang dapat mengurangkan masalah tidak lawas.

Kulit yang sihat
Tembikai juga baik kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk membuatkan rambut menjdai lembap serta sangat diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.

Memang banyak khasiat buah tembikai ni tapi ada juga kemudaratannya. Sedangkan ubat pun boleh jadi racun.

Kemudaratan

Masalah pencernaan
Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak, buah tembikai ini boleh mengganggu sistem pencernaan dalam tubuh badan. Pemakanan  buah tembikai secara berlebihan boleh menyebabkan gejala loya, muntah-muntah, cirit-birit, kembung, gas dan senak. Gejala ini lebih teruk sekiranya berlaku kepada warga tua yang mempunyai sistem percernaan yang lemah disebabkan usia.

Masalah kardiovaskular
Tembikai mengandungi kuantiti kalium yang sangat baik. Tiga cawan tembikai mengandungi kira-kira 560 mg kalium. Mempunyai tahap kalium yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan masalah kardiovaskular seperti degupan jantung yang tidak teratur, nadi lemah dan boleh membawa kepada serangan jantung. Tahap kalium yang tinggi juga boleh memberi kesan kepada sistem saraf dan kawalan motor. Ini adalah lebih penting bagi mereka yang mengalami masalah buah pinggang, kerana buah pinggang mereka tidak dapat mengeluarkan kalium yang berlebihan.

Reaksi alahan
Sesetengah orang mungkin mengalami reaksi alahan kepada pemakanan tembikai, seperti ruam kecil kepada ruam yang teruk dan bengkak muka. Mereka yang mengalami alahan kepada getah, lobak merah atau timun mungkin lebih terdedah kepada alahan tembikai

Cara memilih buah tembikai

Hari ini aku jadi pakar buah tembikai hasil kajian dari Universiti of Google.

Yang aku nampak kebiasannya orang ketuk-ketuk kulit tembikai. Bunyi sedap jer, diorang beli. Aku pun selalulah cuba ketuk-ketuk tapi akhirnya tetap minta penjual tolong pilihkan. Alhamdulillah, setakat ni ok saja diorang pilihkan. Penjual yang jujur.

Yang di bawah ini gambar aku ceduk dari google. Pernah dapat dalam facebook tapi tak disimpan.

Cara pilih buah tembikai manis
Cara pilih buah tembikai manis

Cara-cara lain

  • Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih licin (dah matang), kalau kasar masih muda.
  • Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya.
  • Jalur bertemu jalur di bahagian bawah.
  • Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih.
  • Jalur yang agak sekata
  • Bila ketuk-ketuk atau jentik-jentik, cari yang bunyi padu dan padat (banyak air).
  • Pilih tangkai tua yang senang cabut.

Isnin, 6 Jun 2016

Penimbang berat Xiaomi (XiaoMi Mi Smart Weight Scale)

Kebiasaannya aku guna penimbang berat di klinik dan di makmal. Jadi setiap minggu pergi klinik untuk timbang berat saja. Pernah beli penimbang manual (spring) yang biasa ada di supermarket tapi dah rosak. Dah jadi tempat anak pijak untuk buka lampu. Minggu lepas pulak sebab sibuk sangat tak sempat nak timbang.

Sebelum ni memang berminat dengan produk Xiaomi jadi masa cari penimbang, terjumpa ada satu kedai jual "XiaoMi Mi Smart Weight Scale" dengan harga dalam budget. Kebetulan pula kedai tu ada cawangan on the way aku ke Shah Alam.
I'm

TradeShoppe

Aku jumpa dalam lelong.com.my. Kedai ni menjual accesories handphone. Tapi dari apa yang aku lihat, hampir semua barangan dari Xiaomi ada dijual. Semuanya terus dari China jadi waranti dari kedai sahaja. TradeShoppe ni ada 2 kedai, satu di Sunway dan Satu lagi di Petaling Jaya. Aku pergi yang di Sunway. Kedai dia beul-betul sebelah Sunway Pyramid, sederet dengan Maybank.

XiaoMi Mi Smart Weight Scale

Kotak Luar
Bungkusan dalam kotak

Harga penimbang ni RM90. Kenapa aku beli, sebab minat dengan produk Xiaomi.

Kiri (Depan) - Kanan (Belakang)

Pakai 4x Bateri AA (ada diberi)
Suis atas (Kiri - imperial unit, Tengah - jin 1/2 kg, Kanan - metric)

Design memang cantik. Permukaan depan dibuat daripada kaca jadi kena berhati-hati jangan terjatuh benda keras, boleh pecah.

Nampak futuristic dengan paparan lampu LED.

Mi Fit

Profile peribadi

Penimbang berat ini boleh disambung ke handphone dengan sambungan Bluetooth. Syaratnya kena muat turun app dari Google Play store atau App Store. Tapi ada yang komplen handphone tak dapat sambung tetapi untuk app versi lama.

 App Store  Google Play
English Manual

Disebabkan aku beli dengan waranti kedai dan terus dari China, aku dapat user manual dalam bahasa cina. Untuk bahasa inggeris aku terpaksa cari online. Tapi tak perlu manual pun takpe sebab cara guna memang teramat senang, sama saja dengan penimbang biasa. Bezanya sebelum nak timbang kena tetapkan unit timbangan. Imperila (paun), China (jin) ataupun Metric (kg). Lepas tu berdiri je atas penimbang.

Kalau guna handphone (pertama kali)
  1. Buka Mi Fit dulu.
  2. Sekiranya Bluetooth tidak dihidupkan, Mi Fit akan tanya untuk hidupkan atau tidak.
  3. Tekan 'Allow'.
  4. Tunggu sebentar (2-3 saat).
  5. Tekan Profile.
  6. Tekan Add Device.
  7. Tekan Mi Scale.
  8. Tunggu sehingga habis sambungan.
  9. Berdiri atas penimbang.
  10. Tunggu sehingga paparan berat berhenti berkelip.
  11. Turun dari penimbang.

Info tambahan
  • Pastikan penimbang diletakkan di atas permukaan yang rata dan keras seperti lantai simen atau ber'tile'.
  • Jika letak di atas karpet, bacaan akan jauh berbeza.
  • Setiap kali timbang, biasa aku buat 3 kali. Ambil bacaan ke-3. Tak tahu kenapa kalau seharian tak guna, bacaan pertama akan lebih berat.
  • Permukaan agak licin sebab diperbuat dari kaca, jadi jangan guna semasa kaki basah.
  • Kalau guna handphone, jangan timbang semasa memegang handphone sebab berat handphone akan memberi kesan.
  • Mi Fit boleh merekod sehingga 16 pengguna.
  • Hanya untuk timbang berat. Total fat tiada.
Update May 2020
Penimbang ini masih berfungsi dengan baik. Tapi akhirnya bateri habis. 4 x bateri AA kena tukar. Lama juga bertahan bateri ni. Guna purata dalam 3-5 kali sebulan. Banyak sebab bukan saya seorang yang pakai. Kira okaylah...

Tapi rasa macam nak upgrade tukar ke yang ada body weight.

Freeletics (Minggu #5)

Minggu #05


Log Minggu #5

Tarikh
(Hari)
Jogging
 Workout
(Masa)
30/5/2016
(Isnin)
-
-
31/5/2016
(Selasa)
-
3x Athena - Standard
(40:41)
50 Pushups
(03:36)
1/6/2016
(Rabu)
-
-
2/6/2016
(Khamis)
-
-
3/6/2016
(Jumaat)
-
-
4/6/2016
(Sabtu)
 -
-
5/6/2016
(Ahad)
 -
-

Menu Minggu 5 yang aku tak dapat nak ikut

Minggu 5

Minggu terakhir sebelum bulan Ramadhan dan bukan minggu yang produktif. Minggu ni aku balik kampung dan tak sempat nak ber Freeletics sebab selalu jalan-jalan. Makan pun tak dapat nak kawal. Akhirnya berat naik dalam 2kg. Tapi takper sebab nak masuk Biggest Loser Changllenge.



Untuk mendaftar, sila tekan gambar Freeletics.

Isnin, 30 Mei 2016

Freeletics (Minggu #4)

Minggu #04

Log Minggu #4

Tarikh
(Hari)
Jogging
 Workout
(Masa)
23/5/2016
(Isnin)
Jogging - 3.01km
(00:24:39) (08:10 min/km)
Athena - Standard
(12:01)
Morpheus - Standard
(09:35)
25 Burpees
(04:46)
24/5/2016
(Selasa)
-
2x Metis - Endurance
(12:30)
Nyx - Standard
(14:36)
25 Burpees
(03:02)
25/5/2016
(Rabu)
-
50 Burpees
(06:58)
50 Squats
(02:42)
Persephone - Endurance
(12:40)
26/5/2016
(Khamis)
-
2x Nyx - Standard
(27:24)
50 Pushups
(02:42)
Morpheus - Endurance
(06:40)
10 Pushups
(00:28)
25 Burpees
(02:26)
Metis - Endurance
(05:11)
27/5/2016
(Jumaat)
-
25 Burpees
(02:20)
28/5/2016
(Sabtu)
 -
Aphrodite - Standard
(44:35)
25 Burpees
(02:08)
29/5/2016
(Ahad)
 -
-

Menu Minggu 4

Minggu 4


Minggu yang paling banyak buat workout dan pertama kali dapat lari 3 km tanpa henti. Sebelum ni setiap kali lari mesti ada satu pusingan hanya berjalan.

Minggu ni terlupa nak timbang berat. Lagipun hari Sabtu tu makan di kenduri dan malam tu pulak perkena Roti Nan dan Ayam Tandoori. Rasanya berat naik sikit.



Untuk mendaftar, sila tekan gambar Freeletics.

Floria 2016

Fuh.. Penat! Seharian berjalan di Royal Floria Putrajaya.

Sampai saja di tapak Floria Percint 4, Putrajaya, nampak ada kereta-kereta yang sudah mula parkir di atas jambatan (tak kena saman ker? Kalau ada MPK mesti dah kena). Pusing punya pusing jumpa jugak parking betul-betul depan pintu masuk Floria. 

Kemudian nak beli tiket masuk. Punyalah panjang orang beratur. 50 meter ada rasanya. Aku pergi dalam tengah matahari tegak atas kepala (12 tengahari), memang berpeluh kalau nak beratur. Tengok perlahan saja geraknya, ada dalam sejam kalau beratur nak beli tiket. Akhirnya aku beli tiket secara online.

Orang rumah dah suruh beli malam tadi tetapi setelah cuba beberapa kali tak dapat, buat bodoh saja. Hari ni cuba lagi. Akhirnya dapat jugak. Kena charge lebih RM1.50 (dewasa) dari harga beratur biasa. Siapa-siapa nak beli secara online, boleh pergi guna link ni, tapi kena register dulu. Paling senang download app Putrajaya Mobile > Tekan Floria > Scroll down,  tekan gambar cart tu.


Aku amat-amat syorkan korang beli online saja. Beli untuk masuk Floria sahaja. Tiket Magical Garden boleh beli kat dalam tapak Floria. Masa aku gi, Magical Garden tak ramai orang masuk, tak perlu beratur pun nak beli tiket. Jadi jimatlah RM1.50 tu.

Memang okla Floria ni, ada tempat teduh bila penat berjalan. Banyak landskap cantik-cantik. Tapi memang panaslah (ha.. ha.. tengahari memanglah panas). Memang kena bawak air masak banyak-banyak. Tapi makanan kat dalam ni boleh diterima harganya. Tak terlalu mahal dan dah tentu tak murah jugak.

Sebahagian gambar yang diambil.












Bot berhias (Flotila)

Malam lebih cantik sebab dihiasi lampu-lampu. Aku stay sampai malam sebab nk tengok bot berhias.

Difahamkan bot berhias biasa mula pada jam 9, tapi semalam sebab ada perasmian tahun melawat Pahang dan Perak,  program mula lewat. VIP pulak datang kul 9:20 malam (sepatutnya jam 9, tapi mungkin jem). Lepas tu ada tarian yang segelintir orang jer boleh nampak,  akhirnya jam 10 baru mula.  Sebab dah lewat sangat, anak-anak dah penat. Jadi jam 10 lebih aku balik.

Johor

Pulau Pinang

Sabah

Pulau Pinang

Putrajaya (siap orang menari lagi)

Johor (Angry bird dan harimau)

Kedah

Kelantan

Pros:
  • Banyak landskap yang sangat cantik
  • Ada tempat teduh yang banyak
  • Ada kemudahan seperti surau dan tandas
  • Kawasan parking berdekatan (walaupun ramai orang datang)
  • Tempat beli makanan dan minuman banyak (habis duit kat sini saja :( )
Cons:
  • Kurang cekap dalam proses pembelian tiket
  • Tidak mesra stroller, susah kalau bawak bayi
  • Tandas ada tapi masih kena beratur panjang
  • Pertunjukan bot berhias bermula lewat
  • Petugas atau penjual kurang peka aktiviti yang ada.

Overall, aku puas hati dengan Foria ni. Anak-anak pun suka saja walaupun terpaksa berjalan di bawah matahari terik. Tapi memang best, santai...