Isnin, 30 Mei 2016

Floria 2016

Fuh.. Penat! Seharian berjalan di Royal Floria Putrajaya.

Sampai saja di tapak Floria Percint 4, Putrajaya, nampak ada kereta-kereta yang sudah mula parkir di atas jambatan (tak kena saman ker? Kalau ada MPK mesti dah kena). Pusing punya pusing jumpa jugak parking betul-betul depan pintu masuk Floria. 

Kemudian nak beli tiket masuk. Punyalah panjang orang beratur. 50 meter ada rasanya. Aku pergi dalam tengah matahari tegak atas kepala (12 tengahari), memang berpeluh kalau nak beratur. Tengok perlahan saja geraknya, ada dalam sejam kalau beratur nak beli tiket. Akhirnya aku beli tiket secara online.

Orang rumah dah suruh beli malam tadi tetapi setelah cuba beberapa kali tak dapat, buat bodoh saja. Hari ni cuba lagi. Akhirnya dapat jugak. Kena charge lebih RM1.50 (dewasa) dari harga beratur biasa. Siapa-siapa nak beli secara online, boleh pergi guna link ni, tapi kena register dulu. Paling senang download app Putrajaya Mobile > Tekan Floria > Scroll down,  tekan gambar cart tu.


Aku amat-amat syorkan korang beli online saja. Beli untuk masuk Floria sahaja. Tiket Magical Garden boleh beli kat dalam tapak Floria. Masa aku gi, Magical Garden tak ramai orang masuk, tak perlu beratur pun nak beli tiket. Jadi jimatlah RM1.50 tu.

Memang okla Floria ni, ada tempat teduh bila penat berjalan. Banyak landskap cantik-cantik. Tapi memang panaslah (ha.. ha.. tengahari memanglah panas). Memang kena bawak air masak banyak-banyak. Tapi makanan kat dalam ni boleh diterima harganya. Tak terlalu mahal dan dah tentu tak murah jugak.

Sebahagian gambar yang diambil.












Bot berhias (Flotila)

Malam lebih cantik sebab dihiasi lampu-lampu. Aku stay sampai malam sebab nk tengok bot berhias.

Difahamkan bot berhias biasa mula pada jam 9, tapi semalam sebab ada perasmian tahun melawat Pahang dan Perak,  program mula lewat. VIP pulak datang kul 9:20 malam (sepatutnya jam 9, tapi mungkin jem). Lepas tu ada tarian yang segelintir orang jer boleh nampak,  akhirnya jam 10 baru mula.  Sebab dah lewat sangat, anak-anak dah penat. Jadi jam 10 lebih aku balik.

Johor

Pulau Pinang

Sabah

Pulau Pinang

Putrajaya (siap orang menari lagi)

Johor (Angry bird dan harimau)

Kedah

Kelantan

Pros:
  • Banyak landskap yang sangat cantik
  • Ada tempat teduh yang banyak
  • Ada kemudahan seperti surau dan tandas
  • Kawasan parking berdekatan (walaupun ramai orang datang)
  • Tempat beli makanan dan minuman banyak (habis duit kat sini saja :( )
Cons:
  • Kurang cekap dalam proses pembelian tiket
  • Tidak mesra stroller, susah kalau bawak bayi
  • Tandas ada tapi masih kena beratur panjang
  • Pertunjukan bot berhias bermula lewat
  • Petugas atau penjual kurang peka aktiviti yang ada.

Overall, aku puas hati dengan Foria ni. Anak-anak pun suka saja walaupun terpaksa berjalan di bawah matahari terik. Tapi memang best, santai... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan