Khamis, 5 Mei 2016

Road to 60 kg (Week #0)

Matlamat 60kg 

Minggu #0

Sebelum aku mula nak turunkan berat badan dan jadi "fit" ni kenalah ada baseline. Nak tahu juga tahap terkini untuk dijadikan kayu ukur. Jadi yang pertama aku buat adalah menghabiskan 10 pusingan balapan di stadium. 1 pusingan bersamaan dengan lebih kurang 400m. Aku pilih berlari di trek balapan ni sebab untuk elakkan sebarang kecederaan akibat salah 'step'. Untuk 'beginner' macam aku ni rasanya patut ambil perhatian lebih sebab pernah sakit kaki lepas berlari di Taman Bandar.

Di bawah ini keputusan yang aku dapat. Pakai app Runstatic.

Keputusan minggu 0
Pecahan 1km

Purata 10:21 min untuk satu kilometer. Hampir sama seperti orang berjalan. Kalau orang biasa maraton mesti gelak kaw-kaw. 

Keputusan lain
Push-up : 5x
Sit-up : 5x
Jumping-jack : 20x
Pull-up (tangan hadap depan) : 0
Berat: 78 kg

Semua eksesais ni aku buat setelah berehat beberapa minit. Kiraan berhenti bila aku berhenti untuk rehat. Jadi pada masa ni, 5 kali push-up yang paling banyak aku boleh buat tanpa henti. Nak sambung kali ke-6 kena rehat kejap.

Jadi itulah baseline aku. Memang tak 'fit'. Target aku untuk Freeletics ni untuk turunkan berat badan dan jadi fit. "Six-pack" dan badan sado ker, itu hanya bonus. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan