Minggu #02 |
Freeletics ada pilihan untuk gunakan perkhidmatan 'coaching' berbayar. Harga boleh tahan jugak. Kalau menggunakan khidmat mereka ini, beberapa workout baru akan di'unlock' dan setiap minggu akan mendapat workout mingguan.
Tetapi aku pilih untuk tidak menggunakan 'coaching' ini. Cuba guna yang free sehabis boleh. Kemungkinan selepas 3 bulan guna dan tiada perbezaan dari segi berat badan, aku akan mencuba khidmat mereka ini. Setakat ini, alhamdulillah... nampak penurunan berat badan. Tapi dari segi tubuh badan, masih sama. Perut masih maju ke depan.
Nak tambah sedikit info tentang Freeletics apps.

Bila pilih workout, kita akan diberi pilihan untuk memilih 3 tahap kesukaran:
- Endurance
- Standard
- Strength
Endurance
Tujuan utama 'Endurance' adalah untuk meningkatkan daya ketahananan kardiovascular (cardiovascular endurance). Dalam tahap ini kita menggunakan pergerakan yang kurang kompleks jika dibandingkan dengan tahap 'Standard' dan 'Strength'. Dengan itu kita boleh berlatih dengan lebih cepat dalam jumlah pengulangan yang lebih tinggi. Tahap 'Endurance' adalah tahap yang amat sesuai untuk diperkenalkan kepada pengguna baru.
Standard
Tahap ini adalah yang paling biasa dilakukan oleh para 'free athlete' dan mudah untuk dibuat perbandingan dengan atlit seluruh dunia yang lain kerana pangkalan data yang lebih meluas. Senaman dalam tahap ini adalah gabungan kedua-dua tahap 'Endurance' dan 'Strength' yang dapat membangunkan dan menggalakkan pelbagai keupayaan badan kita. Oleh itu amat penting melakukan pergerakan dengan teknik yang betul dan tepat.
Strength
Tahap yang paling sukar. Pergerakan dalam tahap ini lebih kompleks yang lebih fokus kepada kekuatan otot. Lebih sesuai untuk atlit berpengalaman.
Senang cakap, endurance, standard, strength = easy, medium, hard
Tapi endurance ni jangan anggap senang saja sebab tujuan 'endurance' ni kita buat dalam kekerapan yang lebih. Jadi walaupun senang tapi buat beberapa kali, memang boleh merecik peluh, banjir.
Tapi endurance ni jangan anggap senang saja sebab tujuan 'endurance' ni kita buat dalam kekerapan yang lebih. Jadi walaupun senang tapi buat beberapa kali, memang boleh merecik peluh, banjir.
Minggu #2
Ok, keputusan workout minggu ke-2.
Log Minggu #2
Tarikh
(Hari) |
Jogging
|
Workout
(Masa) |
---|---|---|
9/5/2016
(Isnin) |
-
|
-
|
10/5/2016
(Selasa) |
Jogging -
1.63km
(00:14:23) (08:50 min/km) |
Athena - Standard
(18:10) |
11/5/2016
(Rabu) |
-
|
10 Pushups
(00:29) 10 Situps (00:31) 10 Squats (00:23) Morpheus - Standard (08:31) 10 Burpees (00:59) Nyx - Standard (16:04) |
12/5/2016
(Khamis) |
-
|
Metis - Standard
(12:46) Morpheus - Standard (08:47) |
13/5/2016
(Jumaat) |
-
|
Nyx - Standard
(15:07) |
14/5/2016
(Sabtu) |
-
|
-
|
15/5/2016
(Ahad) |
-
|
Metis - Standard
(06:24) Morpheus - Standard (09:41) Prometheus - Standard (36:09) |
Workout Week 2 |
Jogging mingguan |
Minggu ni ikut group whatsapp Freeletics Pahang jadi bersemangat sikit. Boleh lawat Facebook mereka. Memang rasa lain bila ada group ni sebab masing-masing beri sokongan. Kadang-kadang rasa malas nak buat tapi bila lihat yang lain bersemangat, memang akan jadi bersemangat jugak.
Rabu dan Ahad mass workout, bersenam beramai-ramai dan hari Jumaat tu pertama kalinya aku rasa krem otot perut yang amat sakit sampai terbaring saja.
Minggu ni jugak banyak dapat best time sebab baru buat pertama kali(bold dan merah) :).
Berat minggu ni = 74.4 kg.
Turun 2.2 kg.
Diet macam biasa tapi banyak terbabas minggu ni sebab ada jamuan di tempat kerja.

Untuk mendaftar, sila tekan gambar Freeletics.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan