Sabtu, 7 Mei 2016

Freeletics (Intro)


Sebelum ini aku ada sebut tentang Freeletics tetapi hanya secara kasar. Ni aku copy paste dari FB Freeletics Malaysia.

Apa itu Freeletics?

Freeletics adalah satu kaedah latihan senaman. Ia terdiri daripada senaman berintensiti tinggi dan disesuaikan sama ada latihan untuk cardio, strength atau endurance. Anda boleh bersenam di mana sahaja dan bila-bila masa menggunakan smartphone anda. Masa latihan anda akan direkodkan, anda boleh follow free-athlete dari seluruh dunia dan melihat rutin latihan mereka setiap hari. Freeletics adalah satu komuniti yang besar atlet.

Mengapa saya perlu lakukan Freeletics?

Terdapat pelbagai sebab untuk mulakan dengan Freeletics : mengawal berat badan dan membina otot, mengurangkan berat badan, gaya hidup sihat, meningkatkan stamina dan mengubah cara berfikir. Tidak kira apa yang anda mahu untuk mencapai ia akan mengubah hidup anda untuk memastikan anda lebih yakin dengan penampilan diri anda yang lebih sihat.

Adakah senaman Freeletics untuk lelaki atau perempuan sahaja?

Ianya untuk sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan kehidupan yang sihat. Tidak kira sama ada anda lelaki ataupun perempuan, matlamat kita adalah sama iaitu untuk menurunkan berat badan, membina otot, untuk penampilan diri yang lebih yakin dan sihat.

Adakah Freeletics benar-benar memberi kesan?

Ya, banyak yang sudah berjaya menurunkan berat badan dan mendapatkan berat badan yang ideal, ada juga yang berjaya meningkatkan fitness level bagi yang sememangnya aktif bersukan. Jika anda tidak yakin, anda boleh mendapatkan kisah kejayaan mereka di internet dan youtube.

Bagaimana Freeletics berfungsi?

Freeletics adalah kaedah latihan mengunakan berat badan tanpa memerlukan penggunaan peralatan lain kecuali bar/palang untuk digunakan semasa melakukan pullups. Tiada rehat semasa senaman dilakukan dan matlamatnya adalah untuk mendapatkan catatan masa lebih baik. Ini bagi memastikan hasil yang cepat dan perubahan besar struktur badan. Dengan memberi tekanan pada tubuh badan dengan kaedah ini (pushing the limits), ia dapat membantu menyesuaikan diri dengan cepat dan anda akan kehilangan berat badan atau membina otot dalam masa yang singkat.

Variasi latihan dengan Freeletics?

Setiap senaman datang dalam tiga variasi iaitu cardio, standard dan strength. Variasi cardio adalah yang paling mudah dilakukan tetapi dilakukan dengan jumlah ulangan lebih banyak. Variasi standard adalah dilakukan pada intensiti yang sederhana daripada latihan dengan ulangan dikurangkan. Akhir sekali, latihan strength adalah yang paling sukar untuk dilakukan tetapi mempunyai ulangan sebagaimana latihan standard.

Latihan utama adalah yang berikut:

  • sit-ups
  • push-ups
  • pull-ups
  • squats
  • deep squats
  • sprints
  • burpees
  • climbers
  • jackknives
  • high jumps
  • hand-stand push-ups

Berapa lama masa diambil untuk melakukan senaman Freeletics?

Kebiasaan senaman dilakukan pada jangka masa antara 3 minit hingga 30 minit. Jika anda baru melakukan Freeletics anda mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk melakukannya. Tetapi setiap kali anda melakukannya, masa anda akan menjadi lebih baik selepas beberapa minggu. Apabila anda berada di tahap itu, anda akan lebih berkeyakinan dan boleh melakukan senaman ini dengan mudah berbanding pada waktu permulaan anda mencuba senaman ini.

Di mana saya boleh lakukan senaman Freeletics ini?

Di mana sahaja. Anda boleh melakukannya di dalam rumah, di belakang rumah, taman, di mana-mana sahaja yang anda mahu melakukannya, asalkan ada ruang untuk anda bergerak. Ini adalah salah satu kelebihan yang terbaik Freeletics. Anda tidak bergantung kepada cuaca atau faktor-faktor lain.
Rumusannya, Freeletics ni free. Boleh dibuat di mana-mana saja. Tapi saranan dari aku kena ada:
  • Pakaian sukan yang sesuai
  • Exercise mat atau yoga mat
  • Botol air 1 liter ke atas (memang akan banyak minum air)
Untuk mendaftar, sila tekan gambar Freeletics.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan